PKNS Mula Bertindak ke
atas Utusan
SELANGOR
– Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini mengemukakan notis
tuntutan terhadap Utusan Malaysia dan penulis ruangan Cuit akhbar itu, Zaini
Hassan berhubung penyiaran artikel berunsurkan fitnah terhadap perbadanan itu.
Demikian menurut satu kenyataan akhbarnya hari ini.
Menurut
Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata artikel yang disiarkan
dengan tajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” bertarikh 31 Oktober
2012 itu seolah-olah memberi gambaran yang PKNS terlibat dalam amalan bisnes
yang tidak sah; terlibat dengan kesalahan jenayah; tidak jujur, korup dan tidak
beretika.
“
Penyiaran artikel berkenaan memberi gambaran seolah-olah PKNS telah
mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Selangor.
“Kenyataan
yang dikeluarkan adalah salah, berniat jahat dan ditulis semberono tanpa usul
periksa dengan tujuan untuk menjatuhkan imej PKNS di mata umum,” katanya.
Dalam
kenyataan tersebut, PKNS turut menuntut Utusan Malaysia dan Zaini mengeluarkan
artikel berkenaan dari siaran, mengemukakan permohonan maaf yang telah
dipersetujui PKNS di akhbar atau media yang dipilih PKNS dan memberi akujanji
untuk tidak akan mengulangi sebarang kenyataan yang mengandungi unsur fitnah,
hasutan dan seumpamanya.
“Selain
tuntutan ganti rugi, PKNS tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan
undang-undang sekiranya maklumbalas yang diterima oleh pihak yang dituntut
tidak memuaskan,” jelas Norita.
No comments:
Post a Comment