SPR terpaksa menolak pencalonan Najib
untuk bertanding dalam PRU 13
Mat Zain:
Najib guna nama berbeza dalam afidavit
PETALING JAYA: Ketua Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan dua nama berbeza dalam
afidavitnya.
Beliau berkata,
afidavit yang berbeza memungkinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak
pencalonan beliau dalam pilihan raya umum ke 13.
Mat Zain merujuk
kepada afidavit yang diikrarkan Najib pada 21 dan 23 September 2011 dan juga
oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada 21 September 2011, ketika memohon
mahkamah mengenepikan sapina untuk memberi keterangan dalam kes sodomi II.
Katanya, semasa
mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke 6 di hadapan Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 3 April 2009 dengan melafazkan
“Wallahi,Wabillahi,Watallahi, Najib secara jelas dan lantang menyebut nama
beliau sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Bagaimanapun,
katanya, pada 21 dan 23 September 2011, sewaktu mengikrarkan nama beliau di hadapan
seorang Pesuruhjaya Sumpah, Najib telah mengistiharkan nama penuh beliau dalam
afidavit-afidavit berkenaan sebagai Najib bin Tun Abdul Razak sahaja.
Manakala Rosmah
dalam affidavit berasingan bertarikh 21 September 2011 yang diikrarkan di
hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang sama,memberikan nama suami beliau, sebagai
Najib bin Tun Abdul Razak.
“Fakta yang jelas di
sini ialah nama Muhammad telah digugurkan daripada menjadi sebahagian daripada
nama Najib secara bersumpah oleh kedua-dua PM dan isteri beliau, seperti yang
terdapat dalam afidavit masing-masing.
“Memberikan nama
penuh dan betul apabila mengikrarkan sesuatu afidavit adalah keperluan
undang-undang.,” kata beliau dalam suratnya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri
Ismail Omar dan salinannya kepada Najib.
Mat Zain merujuk kes
bekas pembaca berita RTM, Sharma Kumari Shukla yang pernah dijatuhkan hukuman
penjara enam tahun kerana kesalahan membuat dua afidavit berasingan yang
berkisar di antara Sharma Kumari dan Sharma Kumari Shukla.
Beliau meminta
Ismail membuat semakan mengenai perkara “Afidavit YAB PM:Membongkar kelemahan
diri sendiri” yang disalinkan juga kepada Menteri Dalam Negeri.
Turut dilampirkan
dalam surat tersebut ialah salinan afidavit Najib.
Beri pertimbangan
ikut undang-undang
“Selain itu saya
sarankan Tan Sri melihat rencana saya yang disiarkan sepenuhnya oleh
Malaysiakini pada 10 Disember 2011 atas tajuk “Najib’s name game may cost him GE nomination”
“Susulan itu satu
lagi rencana yang disiarkan oleh beberapa blog khasnya blog Lim Kit Siang pada
20 Disember 2011 bertajuk, “Election Commission gets rid of candidate
objection period :A pre-emptive move to save PM Najib?.” kata Mat
Zain lagi.
Beliau juga
menegaskan jika terdapat bantahan daripada mana-mana pihak, sama ada bakal
calon atau individu persaorangan terhadap pencalonan Najib, untuk bertanding
bagi kerusi mana pun dalam PRU 13 dengan mengemukakan perbezaan nama penuh
Perdana Menteri yang beliau ikrarkan dalam afidavit-afidavit dengan nama yang
beliau lafazkan ketika mengangkat sumpah Perdana Menteri Ke-6, SPR terpaksa
memberi pertimbangan mengikut undang-undang bersangkutan dengan kecelaruan nama
Najib itu.
Setakat yang
diketahuinya, SPR tidak mempunyai hak atau kuasa untuk membatalkan sesuatu
afidavit yang telah dikemukakan dan diterima oleh Mahkamah Tinggi atau kuasa
untuk memutuskan sama ada afidavit berkenaan palsu atau tidak.
“Dalam keadaan yang
ada sekarang, SPR terpaksa menolak pencalonan Najib untuk bertanding dalam PRU
akan datang, sama ada PM menggunakan nama Mohd.Najib atau pun nama Najib.
“Tanggungjawab untuk
menyelesaikan kecelaruan ini dengan pihak Istana Negara,Kerajaan dan Mahkamah
serta menjelaskan isu kecelaruan ini kepada seluruh rakyat, terletak di atas
bahu Najib sendiri dan isteri beliau.
“Pembikinan
afidavit-afidavit berkenaan yang mencetuskan kekeliruan ini adalah urusan
persendirian dan kerelaan mereka suami isteri,” kata Mat Zain.
Bekas pegawai kanan
polis itu berkata, Najib sepatutnya bersyukur dan berterima kasih, kerana isu pertandingan
merebut kerusi Parlimen Pekan ditimbulkan sekarang.
Sekiranya isu ini
tambah beliau dibangkitkan selepas Parlimen di-bubarkan atau pada hari penamaan
calon, maka Najib mungkin tidak ada masa untuk membuat pembetulan kepada
afidavit beliau.
Najib wajar isytihar
nama sebenar
Kemungkinan terdapat
pihak yang telah bersedia untuk membuat permohonan mendapatkan perintah
Mahkamah untuk menghalang Najib dari dibenarkan bertanding dalam PRU kKatanya,
tanggungjawab membuat laporan polis berkaitan pembikinan afidavit palsu yang
difailkan ketika sesuatu prosiding kehakiman seperti ini, terletak diatas bahu
Pegawai Penyiasat atau Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes yang
sedang dibicarakan itu seperti yang lazimnya.
Setakat yang
diketahuinya kedua-dua pihak ini tidak ada membuat sebarang laporan
mengenainya, tegasnya.
Mat Zain juga
berkata, sama ada Najib suka atau tidak, tindakan beliau dan isteri
menggugurkan nama Muhammad (atau Mohd.) secara bersumpah dalam afidavit-afidavit
mereka, boleh menyinggung perasaan atau membangkitkan perasaan marah sesetengah
rakyat yang beragama Islam khasnya orang Melayu.
Seolah-olah Najib
hanya menggunakan kegemilangan dan kebesaran nama Muhammad itu ketika
mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri sahaja dan menggugurkan nama
tersebut sebagai tidak berguna lagi, apabila telah mendapat apa yang diidamkan.
Najib, katanya tidak
boleh menyalahkan sesiapa jika terdapat dikalangan orang Islam yang menganggap
tindakan PM menggugurkan nama Mohd dalam afidavit beliau, sebagai suatu
perbuatan menghina dan mempersendakan nama Nabi Muhammad S.A.W.
“Nama Muhammad
adalah nama Rasulullah .Nama ini telah sebati dalam jiwa setiap umat Islam
sebagai suatu nama yang amat besar,suci dan bersih dan tidak akan merelakan
nama ini dipersendakan.
“Apakah pendirian
dan pendekatan Tan Sri dan PDRM apabila terdapat pula laporan polis dari
mana-mana pihak yang mendakwa YAB PM Najib sendiri yang telah mempersendakan
Nabi Muhammad SAW?.,” tanya Mat Zain.
Sumber : freemalaysiatoday-
No comments:
Post a Comment