NURUL Izzah telah teraniaya
seperti bapanya Anwar Ibrahim.
Sama
ada ucapannya tentang tiada paksaan dalam agama tersilap, keliru atau kurang
jelas, maka dia telah dipelupuh hingga hampir mati oleh orang yang benci
kepada anak beranak itu.
Saya
mengambil sikap melayan Izzah sebagai mana-mana orang yang didakwa belum
bersalah selagi mahkamah belum mendapatinya bersalah.
Sebagai
manusia dia terdedah dengan segala macam kelemahan. Dia boleh melakukan
kesilapan dan kekeliruan dan dia juga boleh jadi jahat.
Tetapi
semua dikehendaki adil terhadap semua sebagaimana kita mahu semua adil terhadap
kita.
Pertama
dia bercakap tanpa teks. Walaupun ucapan itu dirakamkan tetapi ia tidak
menghalang dia membuat kesilapan. Eloknya rakaman itu memungkinkan kita tahu
kesilapan dan boleh dibetulkan.
Sesiapa
saja yang berucap khusus yang bukan nabi mesti ada kata-kata tersasul dan
kesilapan dan ada yang tidak jelas yang memerlukan penjelasan.
Misalnya
seorang ustaz bercakap tentang Firaun dan Nabi Musa a.s. Dalam ucapannya
itu dia terkata Nabi Musa itu kejam. Orang yang mendengarnya tahu cakapnya
tidak betul. Biasanya orang tahu ustaz itu tersasul dan bukan itu yang
dimaksudnya. Yang dia hendak kata kejam itu ialah Firaun, bukan
Nabi Musa.
Jika
ustaz itu sedar dia tersasul, dia akan betulkan. Jika dia tidak sedar, dia rasa
dia betul. Kecualilah sepanjang ucapannya itu terus menerus dia kata nabi
itu begitu. Yang itu bukan silap tetapi dia benar-benar jahat.
Apabila
berlaku tersasul dan kekeliruan biasanya orang akan bertanya minta penjelasan.
Jika yang bercakap tidak bermaksud seperti yang dicakapkannya, dia akan
membetulkan kesilapannya dan menjelaskan apa yang kurang jelas.
Tok-tok
guru pondok yang mengajar agama pun kadang-kadang tersasul. Maka itu dia
minta murid-muridnya bertanya apa yang kurang jelas.
Saya
yang terlatih sebagai wartawan, diminta bertanya kepada orang yang membuat
kenyataan apabila ada perkara yang kurang jelas atau salah maksud itu. Tidaklah
nanti kita membuat laporan yang tidak betul.
Tidaklah
pemberita itu dikira salah lapor apabila dia melaporkan cakap yang
salah cakap dari seseorang. Beritanya itu betul tetapi dia benar-benar
pandir kerana dia tidak minta penjelasan dari orang yang bercakap.
Kekeliruan
boleh berlaku bila-bila dan oleh sesiapa. Nabi SAW pernah membuat kenyataan
yang mengelirukan seorang tua. Orang tua itu bertanya adalah dia boleh masuk
syurga. Baginda menjawab, mana ada orang tua masuk syurga. Lalu menangislah
orang tua itu. Nabi pun menjelaskan maksudnya betapa dalam syurga
nanti semuanya muda-muda belaka. Orang tua seperti Nabi Nuh a.s.
yang seribu tahun usianya, di syurga nanti jadi muda juga.
Jika
pemberta dengar cakap Nabi seperti itu dan tidak minta penjelasan, dia buat
berita seperti yang didengarnya, maka huru haralah sekalian orang tua.
Makhluk
pertama melakukan maksiat ialah iblis apabila dia enggan sujud kepada Adam.
Allah tanya dulu iblis menggapa dia begitu? Allah tidak terus laknat dia.
Setelah dia jelaskan mengapa dia memusuhi Adam, maka barulah dia dilaknat.
Tetapi
mungkin wartawan pandir itu hendak memberi rezeki kepada Izzah dengan membuat
laporan begitu tanpa minta penjelasannya. Izzah lalu menyaman mereka. Jika
nasib Izzah baik, dia menang saman dan dapat bayaran berjuta.
No comments:
Post a Comment