Kroni
Umno-MCA Kuasai AES?
KUALA
LUMPUR, 5 NOV : Adun Teja, Chang Lih Kang mencabar Menteri Pengangkutan,
Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam
pemberian tender pemasangan kamera Sistem Kamera Automatik (AES) kepada Beta
Tegap Sdn Bhd.
Pada
satu sidang media di Lobi Parlimen. Chang mendakwa tender pemasangan AES
dikuasai kroni Umno.
Menurutnya,
Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn
Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor.
Katanya,
Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atikah
Abdullah, dua tokoh pemimpin Umno di Johor.
“Tan
Sri Redzuan merupakan bekas Adun Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong
manakala Puan Sri Atikah pernah menjadi Adun Sri Medan selama dua penggal,
Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat.
“Selain
itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada Adun Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul
Rahman,” katanya yang turut ditemani Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Beta
Tegap merupakan salah satu daripada dua syarikat swasta utama yang mendapat
kelayakan tender pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain
ATES Sdn Bhd.
Sebelum
ini, William mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas
Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan
Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.
Namun,
dakwaan itu disanggah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pada
ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan.
No comments:
Post a Comment