SETAKAT
JAM 9.50 MALAM, 7.11.2012 SERAMAI 1,681 TELAH MEMBUAT UNDIAN, ANWAR IBRAHIM
MENERIMA UNDIAN SEBANYAK 1,292 (77%) UNTUK DIMERTABATKAN SEBAGAI PM KE-7 DAN
NAJIB HANYA MENERIMA 389 (23%).AMAT MEMALUKAN. RAKYAT SUDAH BENCI DENGAN MUKA
NAJIB.BERAMBUSLAH ENGKAU DARI PUTRAJAYA
SELEPAS PRU KE-13 NI
INI WAJAH PM KE-7 MALAYSIA : MENGANGKAT DARJAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA UNTUK SEMUA KAUM HIDUP DALAM PENUH HARMONI
Perdana
Menteri Malaysia
Ketujuh? : Satu lagi sumber yang kami baru terima mengatakan Parlimen bakal
dibuburkan pada 15 November 2012 ini yang jatuh pada hari Khamis. Ditambah
pula, hanya calon untuk Menteri Besar Selangor & Menteri Besar Perak sahaja
yang belum terisi. Erm….kalau mahu difikirkan semula sampai ke sudah kalangan
rakyat Malaysia akan terus menjadi “Nujum Pak Belalang” selagi tarikh
Pilihanraya Umum ke 13 masih lagi menjadi tanda tanya. Yang penting di sini …….
Yang
penting di sini ialah Pilihan raya ke 13 menjadi semakin hampir. Mungkin bulan
ini, bulan hadapan ataupun selepas selesai pemberian bantuan BR1M 2.0. Walauapapun,
persoalan yang bermain difkirkan rakyat Malaysia ketika ini siapakah yang
menjadi Perdana Menteri
Malaysia selepas keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan?
Siapakah?
Adakah
Najib Razak akan mengekalkan tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri
Malaysia untuk penggal seterusnya selama 5 tahun lagi? Atau…….Anwar Ibrahim
“akan bertukar kerusi” dengan Najib Razak di Dewan Rakyat?
Sememangnya
bahang Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin dekat. Ditambah kalau tengok
sekarang masing-masing berkempen bagai nak rak. Baik daripada Barisan Nasional
mahupun Pakatan Rakyat. Kempen
mendekati dan menawan hati rakyat semakin hebat dan suasana dilihat menjadi
semakin panas.
Banyak
isu-isu yang cuba diketengahkan. Baik oleh kerajaan mahu pun pihak pembangkang.
- Jikalau dipihak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Razak cukup yakin dengan dasar & pelan mega yang sedang dilaksanakan iaitu Pelan Transformasi Negara.
- Manakala, disebelah pembangkang pula mereka membawa agenda-agenda reformasi yang terkandung di dalam Buku Jingga mereka
Yang
kurang menariknya di sini, kalau dilihat sokongan yang diterima oleh kedua-dua
pihak agak seimbang. Sehingga sukar untuk meramalkan, parti politik mana yang
akan menang. Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Seterusnya siapakah yang
akan mengalas sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh?
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Antara Reputasi VS Karakter?
Kedua-duanya
merupakan dua nama pemimpin besar negara sekarang ini. Najib Razak dan Anwar
Ibrahim. Masing-masing berperanan sebagai :
- Datuk Seri Najib Razak : Perdana Menteri Malaysia
- Datuk Seri Anwar Ibrahim : Ketua Pembangkang Malaysia
Kedua-dua
jawatan dan peranan tersebut diiktiraf yang mana telah sah dilantik oleh
Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong. Ditambah Pakatan Rakyat
dikatakan telah sepakat untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri
Malaysia. Itu kata merekalah….
Walaubagaimanapun, kami
perhatikan pertembungan dua pemimpin ini semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak
bakal menjadi pertembungan yang menarik antara dua personaliti yang berbeza.
Antara
Karektor Dengan Reputasi?
Seorang
ada karakter dan seorang lagi pemimpin ada reputusi tersendiri ada karektor dan
sorang lagi ada reputasi bagi merbeut jawatan Perdana Menteri Malaysia ketujuh
kelak.
Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh : Anwar Ibrahim?
Anwar
Ibrahim sebagaimana yang satu dunia sudah tahu adalah merupakan seorang tokoh
politik yang hebat. Kelicikkannya berpolitik dan kepetahannya berpidato memang
tidak boleh di sangkal lagi. Sudah terkenal di seantero dunia. Kalau
diikutkan, Anwar Ibrahim ini…..jika mahu bercerita mengenai resputasi, apa yang
beliau ada hari ini? Reputasi apa yang dia ada?
- Berbelas tahun selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO, di penjarakan atas tuduhan kesalahan liwat dan selepas sahaja keluar dari penjara terus aktif semula dalam politik sehingga dilantik menjadi memimpin Pakatan Rakyat selaku Ketua Pembangkang Malaysia , media arus perdana tidak kira cetak mahupun elektronik terus memutarkan kesalahan & kejahatan yang dilakukan di bumi Malaysia
- Main bontotlah,
main bini oranglah, main jantanlah, main pelacurlah, agenYahudilah, agen
CIAlah dan macam-macam agen lagi. Boleh dikatakan hampir setiap hari.
Sehinggakan kami merasakan ada satu slot khas tidak kira di media
elekronik & media cetak yang akan memaparkan “segala kejahatan” yang
dilakukan selama ini di bumi Malaysia. Sehingga akhirnya ramai mula
merasakan yang Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral.
- Bagi
kami reputasi yang beliau sekarang hampir tiada sekarang ini.
- Tetapi……yang
kami peliknya Anwar Ibrahim ini tadi, makin hari makin ramai yang mahu
mendengar apa yang beliau ingin sampaikan & kongsikan kepada rakyat.
- Ini
yang sebenarnya yang menarik untuk dianalisa!
- Bagi pendapat kami, Anwar Ibrahim ini adalah seorang tokoh politik yang mempunyai karakter yang kuat sebagai seorang “street fighter” dalam politik yang telah terbina sejak dia di universiti lagi. Karektornya terus berkembang dalam ABIM dan semakin menyerlah bila dia menyertai UMNO. Dia berjaya mengharungi sepak terajang dalam UMNO hingga mampu menjadi Timbalan Presiden UMNO. Satu pencapaian yang luar biasa dan cukup mengkagumkan dalam politik UMNO sebelum beliau dipecat selepas itu.
Calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh : Najib Razak?
Sementara
itu, jikalau diperhatikan pula di satu sisi yang lain terhadap Najib Razak,
beliau adalah merupakan seorang tokoh yang mempunyai reputasi yang kuat. Reputasi
sebagai anak golongan aristokrat atau pun bangsawan. Keluarga di sebelah ibu
dan bapanya mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Malaysia sebelum ini.
- Najib Razak menjadi ahli Parlimen seawal umur berusia 23 tahun mengantikan al-marhum ayahandanya Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
- Selepas daripada itu, beliau terus melangkah dalam hierarki parti dan kerajaan tanpa menoleh kebelakang lagi dengan bersandarkan kepada reputasi keluarga yang kuat. Daripada menyandang jawatan sebagai seorang Timbalan Menteri hinggalah kini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.
- Walaubagaimanapun, bagi kami ketokohan Najib Razak untuk sebagai seorang ahli politik yang “sebenar”. “Sepak terajang” dalam politik sudah menjadi lumrah. Dan Najib razak masih belum benar-benar teruji lagi. Kalau dilihat selama ini perjalanan politik Najib Razak selama ini agak lancar dan cukup sempurna. Ketokohan dan kewibawaannya belum pernah diuji lagi. Belum pernah.
- Tetapi….kami juga merasakan yang Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk membina karakternya tersendiri bagi menguatkan dirinya menghadapi sebarang ujian dalam politik kelak. Sekurang-kurang beliau tidak hanya mahu bersandar kepada reputasinya semata sepertimana jawatan perdana Menteri Malaysia yang beliau sandang sekarang ini.
Walauapapun,
bagi kami pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak merupakan pertembungan palingan
hangat dalam sejarah politik di Malaysia. Dan juga Pilihanraya Umum ke 13 kelak
juga merupakan medan yang sebenar pertembungan antara antara kedua-dua tokoh
politik ini, antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Pertembungan antara seorang
tokoh yang mempunyai karakter dan juga seorang lagi tokoh yang mempunyai
reputasi bagi mengisi jawatan Perdana
Menteri Malaysia yang seterusnya…….
Apa
pandangan anda pula?
Sumber : DISINI
No comments:
Post a Comment