DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, November 7, 2012

APA DAN SIAPAKAH UMNO DARI PERSPEKTIF ISLAM?



Pada amnya seluruh ahli UMNO dan para penyokongnya tidak pernah menilai apa dan siapa UMNO dari perspektif Islam. Maka itulah sebabnya hati gelap dan tidak nampak yang UMNO sendiri berpolitik adalah mengikut acuan politik Machiavelli serta berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an. Dengan sebab Allah telah berikan mereka syaitan menjadi teman maka itulah sebabnya mereka sangat anti apa yang diperjuangkan oleh PAS.

Mereka tidak pernah nak ambil tahu apa yang diperjuangkan oleh PAS itu kerana membaca Perlembagaan PAS pun jika ada, mereka tidak mahu terima kerana minda mereka adalah sekular.

APA DAN SIAPAKAH UMNO DARI PERSPEKTIF ISLAM?

1. Bila kita menilai UMNO kita jangan lupa Firman Allah Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf.
Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

2. Ini adalah kerana sememangnya terbukti dalam banyak kes parti politik UMNO dan para pendokongnya berpolitik untuk mengekalkan kuasa menerajui pemerintahan negara adalah TIDAK mengendahkan pengajaran Al-Qur’an; iaitu mereka berpolitik adalah mengikut acuan politik Machiavelli yang dasarnya adalah “matlamat menghalalkan cara”.

3. Memang dasar tersembunyi parti politik mereka adalah jenis tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, maka mereka tidak akan ambil peduli walau pun diberikan nasihat dan dakwah banyak mana sekali pun. Cakaplah bab kewajipan supaya ditegakkan hudud dijadikan undang-undang; lagi banyak dicakapkan lagi banyak mereka mencari dan membuat daleh supaya hukum Allah itu tidak dimertabatkan. Hal ini adalah jelas di fb, dilakukan oleh pencacai UMNO dengan memberikan pelbagai alasan dan dalih yang disuarakan oleh teman rapat mereka yang tidak renggang drpd mereka itu, iaitu syaitan.

4. Kenapakah mereka begitu?.... Jawapannya ada dalam Firman Allah Ayat 36 Surah Al-Zukhruf itu. Mereka adalah produk iaitu hasil dari akibat tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an bila berpolitik.

5. Bukan senang untuk mereka berubah kembali kepada mengendahkan pengajaran Al-Qur’an dalam berpolitik mereka, kerana Allah SWT sudah pun jelaskan iaitu “Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."... walau pun mereka itu beragama adalah Islam.
6. Pada zaman Rasulullah s.a.w. pun sudah ada golongan seperti mereka itu yang diketuai oleh Abdullah Ubai. Walau pun Abdullah Ubai dan para pengikutnya itu beragama Islam, kenapa Rasulullah s.a.w. perintahkan masjid yang Abdullah Ubai itu bina dimusnahkan?... Ini membuktikan bahawa tidak semestinya mereka itu beragama Islam bahawa hati dan minda mereka mahu memertabatkan Islam; iaitu mahu memertabtakn SEMUA hukum Allah. Contohnya UMNO, bab hudud mereka besikap seperti sikap Abdullah Ubai. UMNO dan para pemimpinya, malah para penyokongnya juga mengaku bahawa hudud itu hukum Allah tetapi pada masa yang sama bila diminta dilaksanakan (kerana mereka di pihak yang berkuasa menerajui pemerintahah negara), jawapannya adalah seperti kenyataan yang Najib kata itulah...

7.
Klik ===> http://www.youtube.com/watch?v=gZdKSWX5-2I

8. Pada zaman Rasulullah s.a.w. apakah Baginda tidak menyeru dan tidak menyampaikan dakwah Baginda?.... Sudah pasti sebagai Rasulullah s.a.w. Baginda telah melaksanakannya terhadap kaum munafik itu. Tidak berkesan sebab Abdullah Ubai dan para pengikutnya itu mengaku bahawa mereka juga beragama Islam tetapi tidak mahu mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, yang akibatnya Allah Sediakan kepada mereka syaitan untuk menjadi teman yang tidak renggang daripada diri mereka.

9. Samalah juga dengan UMNO dan para penyokongnya. Di fb bila ditanya apakah mereka suka hudud dijadikan undang-undang di Malaysia, mereka tidak jawab. Kenapa mereka tidak jawab?.... Mereka tidak jawab kerana mereka tidak mahu diri mereka dianggap oleh para pembaca sebagai golongan yang tidak Islamik. Mereka diam tidak menjawab kerana dasar politik yang tersembunyi (hidden political principle) mereka memang tidak mahu hudud dijadikan undang-undang di Malaysia. Kalau mereka jawab pun mereka tanya balik kenapa PAS tidak lebih dulu laksanakan hudud?... Jawapan yang seolah-olahnya bagi mereka hudud adalah PAS yang hendak sangat, dan bagi mereka tanpa hudud pun tidak mengapa. 
 
10. Kenapa mereka begitu?... Ini membuktikan mereka adalah golongan yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an. Jika mereka mengendhkan pengajaran Al-Qur’an sudah tentulah mereka menemui Firman Allah SWT ini:
Firman Allah SWT.:
كُلُّ ذَ‌ٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا
Yang maksudnya:
"Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa' 38]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686].

11. Jawapan mereka itu adalah jawapan dari minda yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, iaitu Ayat 38 dalam Surah Al-Israa’ itu.

12. Bagaimanakah hendak menghadapi mereka yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an itu sedangkan mereka mempunyai kuasa politik menerajui pemerintahan negara?.... Teruskanlah berdakwah?... Teruskanlah. Persoalannya ialah mahukan syaitan yang tidak renggang dari mereka itu meninggalkan diri mereka?... Terhadap Abdullah Ubai dan para pengikutnya Rasulullah s.a.w. juga berdakwah. Tidak berkesan juga hinggakan sampai Abdullah Ubai itu mati pun syaitan tidak mahu renggang daripadanya. Maka Allah s.a.w. Turunkan Firman iaitu: 
 
Firman Allah SWT:
وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ ۖ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
yang maksudnya: 
 
"Dan janganlah engkau solatkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)." [At-Taubah : 84.]

13. MENGENAI MUNAFIK 

14. Mereka mencanangkan mereka juga memperjuangkan Islam, mendirikan masjid itu dan ini untuk membuktikan mereka juga adalah pejuang bagi memertabatkan agama tetapi mereka tetap juga tidak mengendahkan pengajaran Al-Quran dalam bab hudud. Samalah juga, Abdullah Ubai juga mendirikan masjid kononnya sebagai memertabatkan agama Islam.... Cuba kaji kenapa Rasulullah s.a.w. perintah masjid yang dibina oleh Abdullah Ubai itu dimusnahkan.

15. Abdullah Ubai mendirikan masjid sebagai lambang kuasa politik bagi diri dan para pengikutnya untuk menentang kuasa politik Rasulullah s.a.w. dan masjid tersebut adalah sebagai kuasa politik bagi Abdullah Ubai. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. perintah masjid tersebut dimusnahkan iaitu sebagai memusnahkan kuasa politik Abdullah Ubai dan para pengikutnya.

16. Di Malaysia?.... Jika di zaman Rasulullah s.a.w. masjid yang dibina oleh Abdullah Ubai adalah lambang kuasa politik Abdullah Ubai dan para pengikutnya, maka di Malaysia kuasa politik itu adalah dilambangkan oleh parti UMNO. UMNO = Masjid Abdullah Ubai. Binalah banyak mana pun masjid namun hukum-hukum Allah bukanlah keutamaan bagi mereka dan Najib pun sudah isytiharkan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia.

17. Di Zaman Rasulullah s.a.w. masjid Abdullah Ubai itu mudah saja dimusnahkan kerana Rasulullah s.a.w. mempunyai kuasa politik untuk memerintahkan masjid itu ditumbang dan dimusnahkan. Di Malaysia sekarang, hanya melalui pilihanraya saja yang ada dari segi yang dibenarkan oleh undang-undang negara sebagai cara untuk mengambil alih kuasa politik sekular yang dimiliki oleh UMNO itu bagi ditukarkan kepada politik Islamik.

18. PRU-13 itu sendiri nanti ia adalah kuasa YDPA yang memerintahkan rakayat boleh memilih sama ada hendak mengambil alih kuasa politik UMNO itu atau rakyat mahu memberi UMNO terus memiliki kuasa politik itu hingga ke PRU-14... Itulah tujuannya pilihanraya diadakan, iaitu rakyat boleh mengambil alih kuasa politik UMNO yang kini menerajui pemerintahan negara.

19. Sudah tahu bahawa kuasa politik UMNO adalah jenis yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, maka terimalah padahnya jika diberikan juga UMNO/BN yang akan memenangi PRU-13 nanti yang akibatnya membolehkan UMNO/BN terus memiliki kuasa politik bagi menerajui pemerintahan negara. Antara padahnya terimalah budaya rasuah yang akan menjadi semakin hebat.

20. Contohnya ialah di Sabah Musa Aman adalah ahli UMNO, Ketua Menteri Sabah... Bagaimanakah boleh sampai adanya laporan polis terhadap dirinya? 

Klik ===> http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t65165.html


21. Sampaikan berjawatan menteri pun turut tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, sanggup melakukan perbuatan yang dilaknati oleh Allah… 

24. Kenapa mereka yang melakukan rasuah itu tidak diambil tindakan hingga ke Mahkamah.... Jawapannya ialah kerana Gani Patail adalah AG bagi Malaysia. ... Klik===> http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/special-reports/48583-mafia-trio-gani-musa-anifah-cornered-macc-files

25. Siapakah Gani Patail? …. Sebuah buku yang menarik dibaca:
Tajuk: TAN SRI ABDUL GANI PATAIL Pemalsu, Penipu, Penjenayah?
Pengarang: Zainal Abidin Ahmad
Harga: RM18.00
Boleh dibeli di:
GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd
11 Lorong 11/4E
46200 Petaling Jaya
Selangor
Malaysia
T:+60(0)3 7957 8342/8343
F:+60(0)3 7954 9202
E-mail: gerakbudaya@pd.jaring.my atau sird@streamyx.com

Boleh beli secara on-line bayar bank-in; CIMB A/C. No. 1440-0009373-05-8 [GB GERAKBUDAYA ENTERPRIE SD BHD]
Lokasi: ===> http://www.malaysia.com/directory/export-and-import/maize/selangor/Gb_Gerakbudaya_Enterprise_Sdn._Bhd._169749.html
Website: http://gbgerakbudaya.com/bookshop/index.php?main_page=product_book_info&cPath=2_8&products_id=1584

26. Apa kata Mat Zain Ibrahim dalam suratterbukanya?
Klik dan bacalah ===> http://blog.limkitsiang.com/2012/08/08/mat-zains-letter-to-igp-buku-berkaitan-ag-gani-patail-pemalsu-penipu-penjenayah/
27. MENGIKUT AJARAN ISLAM PENGAMAL / PELAKU RASUAH ADALAH DILAKNAT
Klik dan bacalah ===> http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec&key=126&cmd=resetall


28. Sudah tentulah pengamal / pelaku rasuah adalah golongan yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an kerana tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, termasuklah tidak mengendahkan Firman Allah SWT. Berfirman:
إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
yang maksudnya: 
 
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang KAFIR.”. [Al-Maidah: 44].

29. Akibat tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an, maka siapakah mereka itu? ...Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya: 
 
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.] 
 
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1307-1308].

0. Sesungguhnya maha benar Firman Allah di Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf itu. Akibat UMNO berpolitik mengikut acuan politik Machiavelli dan berpolitik dengan tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an maka Allah SWT telah mengadakan dan terus mengadakan syaitan menjadi temannya yang tidak renggang daripada UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya). Maka oleh kerana tidak renggangnya syaitan itu daripada para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya, itulah sebabnya menjadi amat sukar bagi mereka mahu menerima hakikat bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang Allah SWT telah sediakan syaitan kepada UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya) itu.

31. Walau pun telah diberikan nas dan dalil iaitu mengikut Al-Qur’an dan hadis untuk dirujuk, namun amat sukar bagi UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya) itu mahu menerimanya dan amat sukar bagi para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya itu boleh melepaskan UMNO sebagai wadah politik bagi diri mereka.

32. Maka dengan sebab itulah walau pun manusia itu melakukan perbuatan syirik dan melakukan kezaliman terhadap Allah SWT namun mereka tetap menyokongnya asalkan manusia itu adalah pemimpin UMNO.

33. Najib di Tugu Negara


34. FATWA Klik ===> http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/istiadat-meletakkan-kalungan-bunga-di-tugu-negara-sempena

5. Layakkah manusia yang melakukan syirik dijadikan PM oleh rakyat yg beragama Islam di Malaysia?... Layakkah mereka yang mengamalkan rasuah itu terus dipilih oleh rakyat untuk menjadi pemimpin enerajui dan mentadbir pemerintahan negeri / negara? Berhati-hati Memilih Pemimpin.
36. Kaedah memilih pemimpin mengikut landasan Islam sudah tiada lagi di dalam hati dan di minda mereka kerana kaedah tersebut sudah tidak dapat diterima oleh hati dan minda mereka kerana ia sentiasa dihalang oleh syaitan yang Allah telah adakan bagi diri mereka itu sebagaimana maksud Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf itu.

37. Sejarah telah membuktikan bahawa ramai pemimpin UMNO yang diheret ke mahkamah kerana melibatkan diri dengan rasuah dan menyalahguna kuasa akibat tidak memelihara dan menjaga amanah. Apabila tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an maka itulah yang menyebabkan tidak henti-hentinya di kalangan pemimpin UMNO itu melakukan rasuh.

38. Dari perspektif Islam siapakah mereka?
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima sholat dan zakatnya.” [Hadis Riwayat Al-Bazar].

39. Betulkah atau tidak adanya bukti bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang berpolitik mengikut acuan politik Machiavelli dan berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an bagi memperolehi dan mengekalkan berkuasa untuk menerajui pemerintahan negeri / negara di Malaysia?.
40. Jika betul, awas… Ingatlah... Peguam-peguam dari UMNO tidak akan membela kamu di akhirat nanti bila kamu dibicarakan di hadapan Allah SWT. di atas dosa kamu jika kamu menjadi ahli dan penyokong parti UMNO yang merupakan sebuah parti politik yang berpolitik tidak mengikut landasan Al-Qur'an dan Sunah tetapi menggunakan acuan politik Machiavelli dan berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an.

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦ 
 
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

UMNO DAN PENYOKONGNYA BERSYAITAN ...Klik ===> http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=5841&start=0

41. Itulah sebabnya asal cenderung pada UMNO, kecerdikan pun hilang.
KLik ===> http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=23027&mode&order=0&thold=0

42. Kecerdikan terhadap mahu mematuhi Perintah Allah agar memertabatkan Islam sebagai AD-DEEN tidak ada dalam minda ahli-ahli UMNO dan para penyokongnya akibat tidak mahu mengikut politik manhaj Al-Qur'an Dan Sunnah ...

Klik, baca dan belajar apa itu BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH ===> http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/07/berpolitik-mengikut-manhaj-al-quran-dan.html

43. Rakyat khasnya orang Melayu di Malaysia ini pada amnya tidak begitu tahu apa maksud kezaliman dari perspektif Islam. Itu sebabnya ramai orang Melayu sendiri tidak nampak dan tidak pun ada merasakan parti UMNO adalah sebuah partik politik yang banyak melakukan kezaliman mengikut maksud kezaliman dalam ajaran Islam. Apabila tidak tahu apa maksud kezaliman mana tidak tahulah sama ada seseorang atau sesuatu pihak itu melakukan kezaliman atau pun tidak.

44. "Asal ma’na “kezaliman” ialah aniaya dan melampaui batas yang telah ditentukan. Arti zalim menurut ahli bahasa dan kebanyakan ulama’ ialah: “Meletakkkan sesuatu bukan pada tempat yang semestinya”, baik mengurangi, menambah atau mengubah waktu, tempat atau letaknya.”. Oleh kerana itu kata kezaliman diartikan sebagai penyimpangan dari ketentuan, baik besar ataupun kecil. Dikatakan orang itu zalim apabila melakukan dosa kecil sekalipun, apatah lagi dosa besar. Sebagian Hukama’ membagi kezaliman itu menjadi tiga:

(a) Kezaliman manusia terhadap Allah s.w.t;

(b) Kezaliman manusia dengan sesamanya, iaitu berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain rugi kerana perbuatannya seperti melanggar janji, takbur, membuat keonaran dan sebagainya.

(c) Kezalimam manusia terhadap dirinya sendiri, iaitu berbuat maksiat dan kederhakaan, seperti berzina, minum minuman keras dan melanggar larangan Allah, mengurangi atau menambah ketentuan yang ditetapkan Allah s.w.t. dan sebagainya."

[K.H.M. Ali Usman, “Hadits Qudsi”, C.V. Diponogoro, Bandung, Indonesia, 1976; ms.151-152.].
45. Contoh UMNO melakukan kezaliman terhadap Allah SWT ialah keengganan UMNO menjadikan hudud hukum Allah sebagai undang-undang bagi rakyat yang beragama Islam di Malaysia. Tindakan UMNO ini adalah merupakan penyimpangan dari ketentuan oleh Perintah Allah kerana hudud adalah salah satu drpd hukum Allah. Tindakan oleh pihak UMNO inilah satu daripada contohnya bahawa berdasarkan kepada maksud Ayat 44 dalam Surah Al-Maidah meletakkan orang-orang UMNO yang merestui hudud tidak dijadikan undang-undang adalah sebagai KAFIR kerana tidak mahu berhukum dengan hokum Allah (iaitu hudud).

46. Allah SWT. Berfirman:
إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
yang maksudnya:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang KAFIR.”. [Al-Maidah: 44].

Apakah para ulama UMNO dan para pemimpin UMNO yang beragama Islam tidak nampak perkataan KAFIR di akhir maksud Ayat 44 dalam Surah Al-Maidah itu?
47. Keenganan mematuhi Perintah Allah iaitu tidak mahu hudud dijadikan undang-undang dan menguatkuasakannya bagi rakyat yang beragama Islam itu menjadikan UMNO selain dari melakukan kezaliman, juga UMNO adalah telah melakukan perbuatan menyalahi perintah Allah; padahnya ialah menjadikan UMNO yang menerajui pemerintahan Negara adalah golongan yang melakukan kejahatan yang Dibenci di sisi Allah. … Firman Allah SWT.:
كُلُّ ذَ‌ٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا
Yang maksudnya:
"Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa' 38]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.].

48. Persoalannya ialah wajarkan kita sebagai rakyat yang beragama Islam mempunyai pemerintah (iaitu UMNO) yang menerajui pemerintahan Negara, sedang mereka di sisi Allah adalah golongan yang melakukan kejahatan yang Dibenci oleh Allah kerana telah menyalahi satu daripada Perintah Allah iaitu hudud?... Itulah sebabnya orang-orang Melayu susah hendak maju dan berjaya dalam pelbagai lapangan termasuk ekonomi kerana pemerintahannya (iaitu UMNO yang menerajui pemerintahan Negara) adalah golongan yang melakukan kejahatan yang Dibenci di sisi Allah.
49. Satu lagi contoh kezaliman yang dilakukan oleh UMNO ialah menyekat hak Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat negeri Kelantan dalam hal royalti petrolieum Petronas... Ini adalah tindakan UMNO menggunakan Kerajaan Pusat menzalimi Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat negeri Kelantan. Hal ini diakui sendiri oleh orang UMNO, iaitu Tengku Razaligh Hamzah. Klik dan dengar ===> http://www.youtube.com/watch?v=YkQQ3pZdPmE&feature=player_detailpage
50. Mengenai kezaliman UMNO ini, dan apa juga jenis kezaliman, kita ada Perintah Allah yang wajib kita patuhi. Jika kita tidak patuhi maka padahnya adalah diri kita sendiri pula yang akan menanggung akibatnya. Rakyat kena fahami baik-baik Firman Allah ini, iaitu:

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
yang maksudnya:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Ayat 113 Surah Hud].

Berkecenderungan pun Allah tegah, inikan pula menjadi ahli UMNO, dan menyokong untuk memenangkannya di PRU supaya UMNO terus menerajui pemerintahan Negara dan akan terus melakukan kezaliman iaitu sebagaimana maksud kezaliman dari perspektif Islam; sudah tentulah ia adalah merupakan sebagai manifestasi berani menentang Firman Allah tersebut.

No comments: