DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, November 3, 2012

DATUK RASLI DIMINTA NAFIKAN KEPENTINGANNYA DALAM ISU TANAH



Isu Permohonan Tanah Pulau Bumbun Besar Dan Tanah Bandar Kuah,Langkawi Bernilai Berjuta-Juta Ringgit

ALOR SETAR – Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah (Kedah Local Councillors Secretary - KLCS), minta Datuk Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah menafikan kepentingan dan penglibatannya di dalam Isu Pulau Bumbun Besar dan Tanah Bandar, Langkawi yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit. 


Menurut, jurucakap KLCS, Basir Ismail bahawa pihaknya ingin mendapatkan penjelasan terperinci dan segera dari Datuk Rasli tentang hubungannya dengan dua syarikat iaitu Tirai Sutera dan Teow Soon Huat serta kos membiayai pembelian sebuah kereta mewah jenis mercedez benz E 240, nombor pendaftaran KCS 77 (warna silver) yang dipercayai milik peribadinya.

Katanya, pihaknya ingin tahu sejauh mana hubungan dan penglibatannya (Datuk Rasli) dengan kedua-dua syarikat tersebut di dalam isu ini serta kaitannya sebagai Setiausaha Kerajaan di dalam membantu memproses  permohonan memiliki tanah seluas 160 ekar di Pulau Bumbun Besar, Langkawi serta sebidang tanah luar simpanan Melayu seluas 20 ribu kaki persegi di Bandar Kuah, Langkawi sehingga di bawa mendapat kelulusan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) kerajaan negeri Kedah.

Sumber dipercayai memberitahu, nilai harga tanah Pulau Bumbun Besar, Langkawi seluas 160 ekar tersebut RM 135 juta dan tanah Bandar Kuah seluas 20 ribu kaki persegi pula mencecah RM 1 juta.

Penelitian ke atas dokumen-dokumen berkaitan isu tersebut mendapati seolah-solah kedua-dua syarikat serta Datuk Rasli mempunyai kepentingan di antara satu sama lain secara langsung maupun tidak langsung (conflict of interest) kerana kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan dan bapa saudara kepada salah seorang pemegang saham utama syariat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd. yang berpengkalan di Kuala Lumpur serta berkemungkinan mempunyai hubungan rapatnya dengan pemilik syarikat Teow Soon Huat, dipercayai pemilik premis jualan arak terbesar di Langkawi, kata Basir.

Oleh itu,  kita mencabar Datuk Rasli supaya membuka mulut menjawab persoalan yang dibangkitkan. Beliau tidak boleh diamkan ataupun melarikan diri kerana ia akan menimbulkan kesangsian orang ramai tentang akuntabiliti dan entergritinya sebagai penjawat awam nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah, katanya.

Katanya, beliau kena menafikan penglibatannya kalau mendapati ia adalah  dakwaan tidak berasas… (beliau) tidak perlu takut untuk membuat kenyataan. Apa lagi isu ini melibatkan soal maruah dan intergritinya sebagai orang nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah”.

“Kami (KLCS) amat memandang serius perkara ini dan akan membuat laporan SPRM dalam masa terdekat supaya perkara ini boleh disiasat dengan segera, ujarnya lagi.

Katanya lagi, semoga laporan kali ini,  SPRM lebih cepat menyiasat dan bertindak kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan kerajaan negeri. Kami tidak mahu mendengar tohmahan orang ramai bahawa SPRM akan duduk diam ataupun tutup kes ini tanpa sebarang siasatan dan pihak kami sedia membantu SPRM untuk mendapatkan maklumat jika diperlukan”.

“Kami mengesyaki dan amat yakin bahawa kes ini ada kaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang melibatkan Datuk Rasli. Hal ini tidak boleh ditutup begitu sahaja semata-mata kerana ia melibat individu berprofil tinggi, ia perlu disiasat dengan telus”, katanya dengan tegas.

Jika kes ini bukan penyalahgunaan kuasa ataupun rasuah, kami ingin tahu ianya diklasifikasi sebagai kes apa. Namun pada pengamatan kami ia sekurang-kurangnya terdapat persoalan konflik kepentingan di mana Datuk Rasli adalah seorang Ketua Pegawai Pentadbir di dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah, kata Basir lagi.

Sehubungan itu, KLCS juga akan menyediakan satu  laporan berserta dokumen berkaitan isu ini kepada Kerajaan Negeri untuk membolehkan di buat siasatan secara dalaman. Di samping, mencadangkan kepada kerajaan negeri menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi menyiasat dakwaan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli majlis supaya isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

Ini kerana tingkah laku seorang Setiausaha Kerajaan atau mana-mana pengawai tadbir negeri (KCS) yang boleh disabitkan telah menyalahi undang-undang perlu di beri perhatian serius, jika sabit kesalahan perlu di ambil tindakan. Ia bukan sekadar memberi pengajaran kepada pegawai-pegawai lain, bahkan akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang melaungkan dasar tidak akan mempertahankan ataupun membela mana-mana pihak (pegawainya) yang melakukan kesalahan, kata Basir.

KLCS akan mengadakan  sidang media pada hari Rabu (7 November) depan untuk mendedahkan salah laku Datuk Rasli

No comments: