Nampaknya UMNO semakin hari semakin
parah nilainya, sebagai manusia yang disebut oleh agama kita sebagai
secantik-cantik kejadian Tuhan. Manusia dari apa keturunan dan agama sekali
pun, mempunyai nilai budaya dan cara dan amalan hidup seharian yang baik,
sejajar dengan kedudukan mereka sebagai secantik-cantik kejadian Tuhan itu.
Masing-masing mempunyai gaya cara hidup masing-masing dan berlandaskan kepada
budaya dan agama masing-masing.
Apa yang dilakukan terhadap Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di masjid Kampung Sungai Darah, Ijok,
baru-baru ini melambangkan budaya dan adat sebagai bangsa Melayu yang beragama
Islam dinodai dengan terang-terangan. TS Khalid dimaki hamun oleh penduduk di
situ yang merupakan penyokong UMNO tegar serta menghalau TS Khalid dengan
parang dan pisau. Apa yang dilakukan oleh ‘penjenayah-penjenayah’ ini adalah di
luar batas-batas kemanusiaan dan agama. Adat bangsanya tiada, agamanya pun
tiada.
Tidak sedap jika hendak kita sebut
yang sesiapa yang tidak ada agama dan tidak ada cara hidup seperti manusia itu
adalah haiwan. Yang membezakan manusia dan haiwan itu tidak banyak unsurnya.
Hanya akal fikiran sahaja yang membezakan haiwan dan manusia. Manusia diberikan
akal fikiran sedangkan haiwan tidak ada unsur itu.
UMNO sepatutnya mendidik ahli-ahli
dan penyokongnya menjadi manusia yang beradap dan bersopan mengikut batas-batas
yang telah ditetapkan oleh bangsa, agama dan bersandarkan kepada disiplin
syarak yang tinggi. Apatah lagi semasa kejadian itu Menteri Besar sedang
berhenti untuk melakukan interaksi dengan rakyat yang sedang mengadakan korban.
Jika sikap mereka yang melakukan kerja
hina itu terhadap Menteri Besar pilihan rakyat itu elok kita bertanya samada
kita boleh nampak perbezaan dengan haiwan yang dikorbankan itu dengan mereka
yang melakukan kerja yang hanya tergamak dilakukan oleh haiwan? Bagi saya
memang tidak ada bezanya di antara mereka yang mengorbankan haiwan korban itu
dengan orang yang mengorbankan lembu-lembu ternakan itu. Pendeknya yang
mengorbankan dan yang dikorbankan itu sama sahaja darjatnya.
Dalam posting saya yang sebelum ini
saya telah menyebut tentang kesihatan pemimpin. Pemimpin yang sihat itu adalah
mereka yang berkemampuan untuk melawan nafsu daripada melakukan kerja yang
ditegah dan dicegah oleh agama dan Rasulnya. Tetapi dengan apa yang dilakukan
oleh penyokong BN terhadap seorang Menteri Besar itu adalah kerja orang yang
sudah tidak sihat pemikiran.
Kita semua tahu orang yang mengejar
dan menghalau orang lain dengan parang serta senjata tajam itu hanya dilakukan
oleh orang yang tidak siuman atau orang gila. Itu sebabnya kita adakan hospital
orang gila di Tampoi dan Tanjung Rambutan untuk menahan dan mengubati
pesakit-pesakit jiwa ini sehingga mereka sembuh. Rakyat telah berbelanja begitu
banyak wang untuk membina pusat-pusat rawatan orang sakit jiwa ini.
Itulah sebanya kita tidak boleh
berfikir panjang lagi kali ini dan kita sudah berwajib untuk memasukkan mereka
dari penyokong-penyokong parti yang sedang memerintah ini ke dalam wad-wad
pesakit jiwa. Tetapi malangnya tidak ada pula peruntukan untuk membina
pusat-pusat ini di dalam bajet tahun hadapan yang dibentangkan oleh Najib Razak
pada penghujung bulan September yang lalu. Saya mencadangkan supaya setiap
negeri di negara ini mempunyai satu cawangan hospital sakit jiwa ini kerana
penyokong-penyokong UMNO yang menghidapi penyakit ini ada di setiap negeri.
Mereka boleh mengadakan mesyuarat agong tahunan di hospital-hospital ini.
Saya mencadangkan kepada kerajaan
supaya membentangkan ‘supplementary budget’ di Parlimen untuk mendapatkan bajet
membina pusat-pusat orang sakit jiwa ini. Ini adalah perlu kerana di
akhir-akhir ini terlalu ramai manusia yang sedang menghadap penyakit sakit jiwa
dan hampir keseluruhan yang menghidapnya adalah dari penyokong-penyokong UMNO
di seluruh negara.
Kita takut jika terlalu ramai rakyat
yang sakit jiwa ia akan membantutkan pembangunan insan dan manusia seperti yang
disebut setiap ketika oleh pemimpin UMNO, sedangkan hampir keseluruhan yang
sedang menghidapinya adalah dari penyokong-penyokong mereka sendiri.
Oleh : Aspan Alias
No comments:
Post a Comment