DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, November 5, 2012

BEKAS MENTERI BESAR GAGAL BERI JAWAPAN ‘PROJEK SAKIT’



Oleh: ZULKIFLI YAHAYA 

Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid muncul menyerang balas penjelasan Menteri Besar, Dato’ Seri Di-Raja Ustaz Azizan Razak yang mendakwa bahawa kerugian RM6.4 juta dalam projek balak di Papua New Guinea adalah isu untung rugi dalam perniagaan bukannya kerana rasuah atau penyelewengan. 

“Kalau dah rugi sampai berjuta-juta ringgit, mengaku sajalah. Saya cabar dia mengaku projek itu rugi,” kata Mahdzir. Ustaz Azizan dah berkali-kali mengaku ianya kerugian dalam perniagaan dalam beberapa kali sidang media. Berapa juta kali beliau nak mengaku atas kerugian yang berjuta itu.

Orang yang tidak mahu mengaku akan kerugian dan penyelewengan BN dahulu sebenarnya Mahdzir sendiri selaku bekas Menteri Besar. Seperti dilaporkan oleh Bernama, bagi mengulas kenyataan YAB Dato’ Seri DiRaja berhubung empat ‘projek sakit’ tinggalan BN beliau mengalih kesilapan kepada kerajaan sekarang.


Dalam isu mengenai Yayasan Islam Kedah (YIKed) yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop beliau berkata, masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan (oleh kerajaan sekarang). Malangnya bekas Menteri Besar itu tidak menerangkan jalan penyelesaiannya, sedangkan bayaran RM11 juta itu adalah perintah mahkamah setelah YIKed kalah dalam kes saman di mahkamah. Kesalahan dilakukan oleh pemimpin BN di zaman BN. Mengapa Mahdzir tidak mahu mengaku?

Kalau Mahdzir Khalid kata ada ‘jalan penyelesaiannya’, maka mengapa penyelesaian itu tidak dibuat semasa beliau jadi Menteri Besar? RM11 juta duit rakyat terpaksa dibazirkan untuk membayar tuntutan adalah jumlah yang sangat besar.

Mengenai Projek 990 East Langkawi pula, Mahdzir mengakui tanah terbabit milik beberapa pihak dan bukan milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sahaja. Kenyataan tersebut selari dengan dakwaan Ustaz Azizan Razak bahawa KCB telah menjanjikan tanah (dalam terma perjanjian) yang bukan miliknya. Selepas proses pengambilan tanah dibuat, barulah nilai sebenar hartanah dan pampasan diketahui, jauh dari anggaran asal. Maklumlah tanah yang terbabit bukan tanah kosong, sudah diusahakan dan terdapat premis.

Mahdzir kena jelaskan, bukankah tindakan itu mengundang risiko kerana proses pemilikan tanah dan bayaran premium melibatkan kos yang besar sehingga menampakkan nisbah pemilikan saham 20:80, iaitu hanya 20 peratus untuk KCB adalah tidak seimbang? Mengapa pihak asing dibenarkan membuat pemilikan hingga 80 peratus, seolah-olah tindakan mahu menjual negeri? Amalan kerajaan negeri di bawah PR sekarang, pihak GLC mesti memegang saham yang besar. Paling tinggi agihan saham untuk pihak pengusahasama ialah 60 peratus, itupun bukan pihak asing.

Berhubung isu ternakan udang harimau pula Mahdzir mendakwa, projek ternakan udang adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dilaksanakan semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar. Beliau cuba mengalih kesalahan kepada pihak lain.
Persoalannya bukankah perjanjian pengurusan projek yang memperuntuk nisbah keuntungan 40:60 ditandatangani pada 27 Disember 2007 semasa Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar? Ia berlaku hanya dua bulan sebelum kerajaan BN tumbang di Kedah. Kedah Agro (pihak Negeri) mendapat 40 peratus, manakala Kedah Aquaculture (Kementerian Kewangan Diperbadankan) mendapat 60 peratus.

Mahdzir yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah kena jelaskan mengapa keuntungan projek udang sebanyak RM6.15 juta pada tahun 2007 tidak dimasukkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan? Ke mana perginya wang tersebut?

Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membuat keputusan pada 5 Jun 2012 mengesahkan bahawa Kedah Agro tidak mengagihkan keuntungan dan memerintah Kedah Agro membayar RM2.16 juta kepada Kedah Aquaculture. Kedah Agro di bawah pengurusan sekarang terpaksa membayar RM2.16 juta sedangkan duit keuntungan RM6.15 juta itu sudah lesap di zaman BN dulu. Sehingga kini tiada siapa dari kalangan pemimpin BN yang dapat member penjelasan.

Dalam Projek Jerai International Park pula Mahdzir berkata, projek telah lama dihentikan dan masalah yang timbul hanya membabitkan pembinaan perumahan dan boleh diatasi melalui perbincangan. Soalnya mengapa perbincangan tidak dibuat semasa zaman BN di bawah empat menteri besar (Tan Sri Osman Aroff, Tan Sri Sanusi Junid, Dato’ Seri Syed Razak dan Dato’ Seri Mahdzir Khalid)? Sekarang syarikat terbabit mahu menyaman kerajaan negeri sebanyak RM22 juta, Mahdzir tolong jelaskan ini salah kerajaan BN dahulu atau sekarang? Jika BN yang salah, Mahdzir kena akuinya dan meminta maaf dari rakyat Kedah, jangan berdolak dalik dan jangan cuba mengalih kesalahan kepada pihak lain

No comments: