Melayu yang leka adalah Melayu yang
menyokong UMNO
Ahad yg lalu (14 Okt) bekas tentera,
polis dan orang awam dijemput menghadiri majlis anjuran Gagasan Melayu Perak di
Dewan Carsem, Taman Maju Rapat kononnya atas nama penyatuan Melayu dan Islam.
Penceramah utamanya Dato' Seri Hilmi, Datuk Shamsuri Arshad (bekas Tim. Ketua
Polis Negara) dan seorang pensyarah KISDAR. Datuk Zaman Khan turut hadir tetapi
tidak berucap.
Ucapan mereka penuh dengan provokasi
dan memburukkan PAS, PKR dan DAP. Pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tuan Guru
Nik Aziz dan Hadi Awang menjadi cemuhan mereka. Tetapi disambut dingin oleh
orang ramai. Tidak ada yg memberi tepukan gemuruh kepada mereka.
Sebaliknya dalam sesi soal jawab,
seorang tetamu yang hadir, EN Wahab Osman tampil dengan berani dikhalayak ramai
membidas semua hujjah mereka, setiap ucapan yg disertai dengan fakta dan data
diberi tepukan bersemangat dan gemuruh oleh para hadirin.
Penganjur dan penceramah tergamam
dan terkejut besar dengan suasana ini. Salah seorang yang lain (tidak
dipastikan urusetia @ peserta) cuba mengganggu, memberi amaran dan menyuruh En
Wahab memberhentikan ucapan dan duduk, sebaliknya En Wahab yang memberi amaran
kepadanya dan meminta dia yg duduk, akhirnya dia yg terduduk.
Sebaik En Wahab berhenti berucap,
sekali lagi tepukan yg begitu gemuruh diberikan dan menenggelamkan suara
pengerusi. Selepas itu, majlis terus ditutup tanpa sebarang ulasan dan jawapan
oleh para penceramah.
En Wahab dikerumuni orang ramai dan
memberi ucapan tahniah kerana berani menjawab fitnah jahat penceramah. Sebelum
itu, ada seorang peserta yang turut berucap dan menyokong hujjah para
penceramah dan meminta orang ramai menyokong UMNO BN, tetapi disambut hambar
oleh hadirin.
Selesai majlis, Datuk Shamsuri terus
balek tanpa menjamah hidangan yg disediakan, En Wahab tetap menunjukkan sikap
menghormati tetamu, disapa Datuk Sahmsuri dan bersalaman serta meminta maaf,
Datuk Shamsuri menjawab ringkas, ok tak apa.
Siapa En Wahab Osman?
Beliau bekas komando tentera darat,
sekarang berkahidmat sebagai pemandu dan pengiring YB Ahli Parlimen Gopeng.
Pengalamannya mengikuti ceramah digunakan untuk membalas balek hujjah dangkal
UMNO BN.
Hebat En Wahab, kita tabik dan
hormat pada beliau. Berani tampil menegakkan kebenaran di majlis anjuran
mereka. Diharap program2 yg seumpama ini, kena ada orang seperti EN Wahab
Osman.
Takbir! Takbir! Takbir
No comments:
Post a Comment