DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, October 19, 2012

BERSIH 3.0 MENJEJASKAN PRESTASI UMNO/BN



Kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati isu Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu mampu menjejaskan undi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Kajian yang meletak persoalan "Adakah demonstrasi Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya bersih boleh menjadi isu yang kan menjejaskan prestasi BN dalam PRU13?" itu ditanyakan kepada 1536 responden.

Kajian ini dijalankan pada 1 September 2012 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka dan soalan kaji selidik berstruktur.

Hasil kajian itu mendapati, 52 peratus daripada responden bersetuju dengan menyatakan isu himpunan Bersih 3.0 itu memberi kesan kepada BN.

Jika mengikut pecahan kaum pula, 62 peratus kaum Cina menjawab 'YA' diikuti India (51%) manakala Melayu (49%).

Kajian ini juga merekodkan 60 peratus daripada pengundi kali pertama bersetuju bahawa Himpunan Bersih 3.0 itu menjejaskan BN, manakala pengundi kali kedua pula sebanyak 52 peratus.

Selain isu Himpunan Bersih 3.0. kajian juga turut dibuat terhadap isu-isu lain seperti NFC, Lynas, kebanjiran pendatang asing tanpa izin (Pati), kegagalan mengurangkan kadar jenayah dan integriti pempimpin BN.

Daripada kesemua isu tersebut, paling boleh menjejaskan BN adalah isu berkaitan integriti pemimpin BN dengan kadar 66 peratus.

Ianya diikuti isu kebanjiran Pati (60%), Lynas (59%), NFC (55)%, kegagalan mengurangkan kadar jenayah (54%).

No comments: