DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, September 3, 2012

UMNO ITU PARTI SUMBANG, SERBA TAK KENA


Oleh : Aspan Alias

Sesungguhnya kepimpinan hari ini masih tidak tahu apa yang mereka kehendaki. Kepimpinan yang saya maksudkan ialah pemimpin yang memerintah dan mentadbir kerajaan hari ini. Jika benar mereka tahu mentadbir mengikut ciri dan kehendak kenegaraan tidak mungkin UMNO berhadapan dengan penolakan rakyat yang kian hari kian kuat dan jelas. Sokongan orang Melayu terhadap UMNO semakin menipis, ibarat tali gasing, semakin ke hujung semakin menirus.


Saya selalu berkata yang rakyat bukan saja-saja menolak UMNO yang sudah lama mentadbir negara ini. Kehendak rakyat untuk menolak UMNO ini sudah lama sebenarnya tetapi tidak nampak dengan jelas kerana rakyat semasa itu masih bersabar dan memberikan peluang dan masa untuk berubah. Apa-apa elemen buruk yang dilakukan oleh pimpinan UMNO sudah bermula lama dahulu.

Dalam pengalaman saya bergiat secara aktif dahulu, saya selalu membuat teguran di dalam mesyuarat-mesyuarat UMNO Bahagian tentang apa yang akan berlaku kepada UMNO jika sifat buruk yang sudah berputik itu tidak dibendung dan diperbetulkan dengan serius. Tetapi UMNO mengambilnya sebagai penentangan dan bagi mereka saya tidak wajar berada di dalam UMNO lagi. Itulah ayat-ayat yang sering saya dengar semasa saya bergiat di dalam parti itu dahulu.

Kerja-kerja rasuah memang telah bermula dengan jelas semasa pemerintahan Dr Mahathir, tetapi Dr Mahathir membendung dan mempertahankan pemimpin yang rasuah di setiap peringkat. Dr Mahathir semasa itu hanya mahukan satu perkara sahaja, iaitu memberikan beliau sokongan seratus peratus. Samada mereka yang memdukung beliau itu penjenayah dan perasuah beliau (Mahathir) tidak peduli.

Budaya pimpinan membina kekayaan telah bermula di zaman Dr Mahathir dan itu merupakan salah satu sebab kenapa berlakunya pertandingan jawatan Presiden UMNO pada 1987 dahulu. Semasa itu sudah ramai pemimpin UMNO di peringkat bahagian merungut disebabkan elemen rasuah sudah mula berkembang tetapi belum nampak dengan jelas lagi. Pimpinan zaman Mahathir itu sudah terlalu ketagih (tekinyam kata orang K Pilah) dengan kuasa dan wang ringgit, maka perjuangan parti sudah mula dilupakan.

Berlakunya pertandingan itu ialah kerana hendak mengenepikan pimpinan yang tidak mengambil berat tentang kepentingan negara. Mereka tidak mahu percaya yang rasuah itu adalah racun berbahaya kepada parti dan negara dalam jangka masa panjang. Ramai pemimpin UMNO semasa itu mahukan tindakan yang tegas diambil terhadap mereka yang mengambil kesempatan untuk membina kekayaan peribadi. Kita mahukan pucuk pimpinan membetulkan barisan kepimpinan seperti orang memakan tebu busuk seruas dibuang seruas.

Tetapi bagaimana pimpinan hendak melakukannya? Pimpinan tertinggi itu juga merupakan di antara ruas-ruas tebu yang berulat itu. Maka lama kelamaan semua ruas-ruas tebu itu menjadi busuk dan tidak berguna lagi. Itulah keadaan yang berlaku sekarang.

UMNO tidak mungkin mahu melakukan ‘replanting’ terhadap barisan tebu-tebu busuk tadi dan akhir rakyat lah yang perlu melakukan ‘replanting’ itu sekarang ini. UMNO tetap dengan barisan kepimpinan yang sentiasa menjadi persoalan rakyat. UMNO tidak mungkin menjadi sandaran kepada rakyat berbilang kaum lagi kerana sikap dan sifatnya sudah berubah begitu ketara sehinggakan UMNO itu sudah tidak dapat dikenali lagi oleh rakyat termasuk orang-orang Melayu sendiri.

UMNO sudah hilang pedoman dalam segala-galanya. UMNO tidak mampu menentukan arah tuju perjuangannya sendiri. Setelah mereka menyedari masalah yang berada di hadapan mereka, mereka tidak mampu membetulkannya kerana segala-galanya telah punah ranah dan keadaannya adalah ‘beyond recognition’. Malahan mereka tidak pun tahu apa masalah mereka sendiri.

Selagi orang Melayu masih tidak mahu melakukan sesuatu secara ‘unorthodox’ selagi itulah orang Melayu akan digambarkan sebagai bangsa yang tidak mahu berubah untuk kebaikan mereka sendiri. Orang Melayu sedang diasak dan didera untuk menolak perubahan oleh UMNO dan BN. UMNO tahu yang jika orang Melayu mula celik dan tahu tentang keaiban parti Melayu UMNO itu, mereka akan ditinggalkan oleh orang Melayu dan inilah risikonya jika orang Melayu menerima perubahan.

Sampai bilakah orang Melayu masih terikat dengan gula-gula dan manisan yang hanya dirasakan buat seketika waktu sahaja itu? Mampukah bantuan BR1M sebanyak RM500 itu menjadikan rakyat berbilang kaum di negara ini menjadi rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020 itu. Menjadi majukah orang Melayu setakat berpuas hati dengan bonus raya dan duit aidilfitri yang datang setahun sekali itu? Habis raya habislah nikmatnya.

Bolehkah pemandu-pemandu teksi menjadi rakyat berpendapatan tinggi dengan memberikan 4 biji tayar lima tahun sekali semasa membuat persediaan menghadapi pilihanraya sahaja?  Masihkah orang Melayu menjadi seperti ‘ayam daging’ yang hanya berpuas hati dengan makanan yang dicatu setiap waktu dan hanya mahu melihat kita semua ini hanya mematuk makanan sepanjang masa tanpa diberikan peluang untuk berfikir dan membuat keputusan dengan sedikit maruah?

Mahukah kita semua percaya dengan apa yang disebut sebagai transformasi ekonomi yang berulang dan berterusan dimainkan oleh kata-kata pemimpin dan organ-organ propaganda UMNO seperti TV3 dan RTM setiap hari? Tahukah kita semua yang transformasi ekonomi yang dicanang setiap waktu itu hanyalah tindakan mengumpulkan semua cadangan-cadangan projek besar-besar yang diutarakan oleh kroni pimpinan kita untuk mengaut dan mengambil kesempatan untuk memerah keringat rakyat jelata sekalian?

Tahukah semua orang Melayu yang rakan-rakan bukan Melayu telah membuat keputusan dengan tegas yang negara ini perlu berubah untuk kebaikan masa depan generasi kita yang akan datang? Kaum Cina bertegas dan serius terhadap keadaan buruk politik negara pada hari ini. Rakan kita dari kaum Cina telah pun mengambil keputusan untuk menolak MCA secara ‘total’ dalam pilihanraya yang akan tiba ini. Tetapi sebaliknya, kenapa orang Melayu masih bergegar-gegar mempertahankan perlakuan pemimpin BN yang sebenarnya telah membantutkan pembangunan minda orang Melayu sejak dulu sehingga sekarang ini?

Kenapa orang Melayu membiarkan minda mereka dirantai dan ditawan semata-mata untuk memberikan pemimpin kita melakukan perkosaan terhadap kemerdekaan yang kita telah capai itu? Kita tidak faham kenapa orang melayu ini mempunyai sikap pelik?....lagi dibohongi lagi mereka sokong? Bukankah itu memberi makna yang kita sedang melakukan kezaliman kepada diri dan bangsa kita sendiri?

Persoalan-persoalan yang saya paparkan ini sebenarnya hanyalah untuk saki baki orang Melayu yang masih tidak mahu berubah siasah dan politik mereka. Tetapi sekarang ini sebahagian besarnya orang Melayu telah menunjukkan perubahan yang ketara dan jelas. Mereka mahukan perubahan dilakukan. Mereka (orang Melayu) sudah faham yang tidak ada mana-mana pihak atau sesiapa pun yang boleh merubah mereka selain dari diri mereka sendiri yang melakukannya. Selagi kita masih berfikiran seperti dahulu selagi itulah kita akan hanya dijadikan sebagai alat untuk mereka yang sedang memerintah untuk melindungi mereka yang sedang ketagih untuk melakukan jenayah kepada mereka (orang Melayu) sendiri.

Walaupun orang Melayu di bawah-bawah ini tidak melakukan apa-apa jenayah tetapi sikap mereka mempertahankan penjenayah-penjenayah politik dan ekonomi di atas tidak membebaskan mereka untuk menerima kesan dari bala yang  mendatang kepada bangsa dan negara kita.

Oleh itu sebelum kita dilanda malapetaka elok kita membuat persedian untuk mengelakkan dari perkara itu berlaku. Berubahlah!

Kita mesti sedar yang UMNO telah curang kepada bangsanya sendiri. UMNO telah memperkosa bangsanya sendiri dan berkelakuan seperti seorang yang ternoda dengan sumbang mahram yang telah melakukan kerja-kerja sumbang terhadap keluarganya sendiri.


Ulasan :
Salam AA dan bloggers,

1.Ketuanan melayu adalah satu doktrin yang merbahaya yang sanggup melakukan apa sahaja agar dapat mengekalkan kuasa segelintir elit melayu.

Patuh membuta tuli kepada pemimpin adalah satu kemestian, dimana sesiapa yang mempersoalkan atau mengkritik adalah salah,dianggap musuh dan harus dihapuskan.

Itulah sebabnya politik cantas mencantas subur dalam UMNO bila seseorang yang bijak dan berfikiran jauh merupakan ancaman untuk pertukaran tampuk pemerintahan.

Yang bijak2 keluar dan masuk PR ibarat kata Tun Dr mahathir.

Minda feudal seperti kata Dr Asri (MAZA)seperti Kesultanan Melayu Melaka mempunyai konsep derhaka rakyat baisa yang menentang ketua kampung,yang berketuakan pembesar daerah yang mendapat sub-kontrak mengutip cukai bagi pihak sultan.

Akibat terlalu biasa mengampu,pemimpin UMNO masih lagi menyorok bawah ketiak sultan apabila menghadapi masalah dengan org ramai.

2.Kita tidak pernah mempersoalkan Perlembagaan yang menjamin kuasa raja/sultan dan hak rakyat dipayungi kuasa dengan had tertentu.

Kita cuma kecewa bila raja/sultan mencampuri urusan politik yang bias kepada UMNO/BN.

Kita lebih sakit hati bila raja/sultan melibatkan diri dalam perniagaan,wlaupun melalui penama/proksi yang terang2 bersaing dengan rakyat mendapatkan kontrak/tender.

Kita tersangatlah bengangnya bila raja/sultan/kerabat yang menjadi ketua agama Islam bermewah2,berpoya2 dengan minuman keras,memukul caddy golf hingga mati,mempunyai permpuan simpanan,hutang judi bla bla bla..

UMNO/BN berdiam diri sambil menggunakan kemungkaran tersebut untuk 'bargaining power' untuk berlindung apabila berhadapan dengan rakyat, sebagaimana terhutang budinya raja/sultan pada zaman krisis perlembagaan di zaman Mahathir dulu.

3.Tiadanya elemen ketelusan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat adlah satu keegoan yang meninggi di pihak UMNO/BN adalah bertitik tolak dari 'minda feudal'.

Kita tertanya2 dan tertunggu2 jawaban 'official' seperti kes kapal selam dimahkamah Perancis,siapa pembunuh Altantuya dan apa hubungan PI Bala dengan Deepak kawan peniaga karpet Rosmah,tuduhan jenayah terhadap Gani Patail,pemberian kontarak LRT Ampang kepada George Kent,projek lembu Shahrizat yang terang2 'conflik of interest',kematian TBH dan Sarbani ditangan SPRM bla bla bla..

Di hati kecil pemimpin2 BN ini ketawa kecil sambil berkata "Mampus la korang,kuasa ditangan aku,aku punya sukalah nak buat apa. Bukan ke korang yang mengundi aku untuk memimpin?"

4.Tidak ada yang dapat menyelamatkan UMNO kali ini,melainkan dengan izin Allah belaka.

Undi hantu dan undi pendatang pun belum tentu,selain kawasan2 panas yang mempunyai majoriti undi bawah 1000 seperti di banyak kawasan di Selangor.

Mana tahu mat2 indon dan bangla tetiba berubah hati saat2 akhir mengundi PR.

Kita tak boleh buat apa2 jika pendatang diberikan IC melainkan cari mereka dan 'sekolahkan' mereka supaya bertukar dari mengundi UMNO/BN kepada PR.

5.Kita tidak pernah terfikir untuk merampas kuasa dari UMNO/BN kerana cemburu dengan kejayaan2 selama setengah abad.

Tidak juga bersekongkol dengan Cina atau gerakan Kristian dan Yahudi luar untuk menjatuhkan kerajaan Muslim.

Cuma kita minta TUKAR parti pemerintah dari UMNO/BN yang korup kepada PR.

JOM TUKAR.

No comments: