Oleh: WFAUZDIN NS
BEGITU mudahnya Menteri Dalam
Negeri, Hishamuddin menjawab persoalan kekacauan dan tindakan samseng-samseng
yang memburu ke mana sahaja DS Anwar dan rombongannya pergi. Wajarkah
Menteri itu berkata, terpulanglah kepada rakyat Johor kerana ini politik,
politik ada risiko seperti yang beliau katakan di dalam Malaysiakini
semalam.
Setakat mana beliau boleh
ketawa?
|
Bas dan kereta disimbah cat, di baling
batu dan jalanraya ditaburkan paku. Inikah budaya politik dan
transformasi Najib? Di dalam Islam sendiri, ketika berperang dengan
tentera-tentera Kafir pun Allah melarang membunuh atau sengaja mencederakan
kuda/unta tunggangan pihak musuh. Apa yang berlaku sekarang bukan
peperangan tetapi perlaksanaan amalan demokrasi yang dunia luar banyak
melaksanakannya secara penuh bertamaddun.
Aku tidak tahu ada atau tidak di
negara-negara lain yang bertamadun termasuk negara Komunis sekalipun Menterinya
berfikiran seperti Hishamuddin ini. Kita tidak peduli samada kenyataannya
itu menunjukkan dia bengap atau bodoh, tetapi kita amat simpati yang akan
menjadi mangsa adalah pihak keselamatan iaitu pihak Polis. Rakyat lebih
mudah untuk menuduh pihak Polis tidak bersikap adil daripada melihat Menterinya
yang tidak tahu bekerja secara profesional.
Justeru itu, sudah sampai masanya
seluruh warga keselamatan Polis dan tentera untuk berubah dari terus
diperlakukan sedemikian. Tentukan Umno akan tumbang di dalam PRU akan
datang untuk kamu menyaksikan di manakah ceruk dan lubang cacing yang pak-pak
Menteri seperti ini akan lari.
Bagi kita, sehebat mana pun
kezaliman mereka ianya tetap akan menambahkan lagi semangat kita untuk
menguburkan Umno/Bn. Melayu bergaduh sesama Melayu dan Islam angkara
menteri yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Jangan dituding kepada
DAP atau MCA mahupun Gerakan dan MIC. Mereka tidak seperti puak tersebut
yang bagaikan anjing liar memburu ke mana sahaja rombongan DS Anwar
berada.
Kalaupun Najib terlalu takut untuk
berdebat dengan DS Anwar, jangan jadikan pasukan keselamatan sebagai pelindung
kebaculan beliau. Najib mesti tunjukkan bahawa beliau anak jantan sejati
walaupun untuk beberapa minit berdepan dengan Ketua Pembangkang kami
Sumber : wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment