DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, September 15, 2012

BOLEH CAYAKAH CAKAP MENTERI SI MULUT BESAR NI?


KUALA LIPIS 16 Sept, Ahad - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.


Penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.

"Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM. - Sinarharian.



Itu kata Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussien yang semalam menafikan dia ada kata dia tak jamin keselamatan program Pakatan Rakyat tapi kantoi bila Malaysiakini keluarkan transkrip dan audio kenyataan dia.

Menteri dalam negeri yang sama yang masih lagi tak mau bebaskan semua tahanan ISA walaupun undang-undang ISA dah lama dimansuhkan.

Tobat lahum aku tak percaya kenyatan menteri dari 'parti syaitan yang dikenali' ni. Kecuali la kalau ada gambar saspek tu bergari ataupun dah didakwa dimahkamah. Kalau setakat modai air liur macam tu takkan kita boleh percaya.

Berbeza dengan pelajar kolej dan model sambilan, memang cukup terkenal sekarang ni pasai muka masuk muka depan surat khabar dan berita TV.

Kalau betul memang ada tangkapan, takkan polis tangkap diam-diam sebab tindakan tangkap saspek tersebut boleh memperbaiki persepsi bukan saja pasukan polis yang sebelum ni diasak teruk dituduh buat pendakwaan terpilih.

Macam tu jugak kenyataan dari Pengarah JSJ Bukit Aman baru-baru ni macam yang dilaporkan Bernama:

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu menolak andaian bahawa polis hanya menyiasat kesalahan yang disasarkan kepada pemimpin kerajaan dan sebaliknya mengambil mudah jika kesalahan serupa ditujukan kepada pemimpin pembangkang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata beberapa kes melibatkan kesalahan seperti membakar dan memijak gambar, menyerang bas serta kencing ke atas gambar pemimpin pembangkang disiasat sejurus ia dilaporkan.

"Sejak 2009, 10 kes yang dilapor membabitkan kesalahan seumpama itu telah disiasat serta-merta, dan sikap profesional polis dapat dilihat apabila kertas siasatan berhubung kes membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 30 November tahun lepas, telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. - mStar.

Macamana aku nak percaya kalau setakat cakap kosong tanpa bukti. Setakat yang aku ingat, aku langsung tak pernah tau ada pendakwaan kes-kes macam yang Bakri Zinin kata tu.

Takkan kut aku boleh terlepas pandang kes politik sensasi macam tu kalau dilaporkan dalam mana-mana akhbar. Takkan kut wartawan tak rasa kes sensasi macam tu tak layak masuk dalam laporan depa.

Ataupun mungkin jugak polis memang dah hantar kertas siasatan tapi Pejabat Peguam Negara buat pekasam. Kalau macam tu tak mustakil kes ni pun Pejabat Peguam Negara akan buat pekasam jugak.

Sumber : Cenangau

2 comments:

Anonymous said...

cover line

Amuraria said...

nampak gaya buat pekasam la pasai memang depa pun pekasam ! ABU jangan lupa !