Semalam
siri jelajah Merdeka Rakyat Menuju ke Putrajaya DSAI di Negeri Sembilan dengan
menaiki bas dan treler telah menghasilkan semua urat saraf para pemimpin UMNO
terus jadi kendur dan kecut. Tulang terasa sejuk mencucuk-cucuk sampai ketulang
sonsom.
Ini kerana sambutan yang diberikan oleh penduduk tempatan amat memberangsangkan.
Bermula di Telok Kemang, Port Dickson, solat Jumaat disalah sebuah Masjid di sana, kemudian ke-Senawang dan seterusnya di Rantau kawasan DUN Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri, Mohamad Hassan.
Bagi menunjukkan kekuatan UMNO di Negeri Sembilan kononnya masih kuat bertapak maka banyak juga bendera-bendera UMNO dan BN dipacak dan dikibarkan dibeberapa tempat terutamanya dikawasan-kawasan dimana DSAI singgah.
Itu taktik lama. Taktik pupus tarikh. Taktik purba ketinggalan zaman yang rakyat tidak akan termakan.
DSAI sempat juga menyampai tazkirah di Surau An-Nur Senawang, Seremban.
Tiada kejadian membaling kasut, menyimbah cat merah, melontar batu kearah bas dan treler berlaku.
Mungkin para pemimpin UMNO sudah mula sedar. Lagi diguna pakai budaya samseng ganas yang tidak beradab dan bertamadun, lagi rancak dan meriah rakyat menyokong perjuangan yang di bawa DSAI dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat.
Zaman politik ganas sudah berlalu. Sekarang era politik baru. Politik apa yang parti itu boleh beri manafaat kepada rakyat melalui dasar dan polisi.
Politik menyerang peribadi dengan reka cipta cerita dan bukti sudah tiada tempat lagi. Maklumat kini boleh diperolehi dihujung jari.
Masalah besar penyakit yang dihidapi oleh UMNO dari dulu, kini dan selamanya ialah tidak mau menerima realiti. Masih seronok dan khayal dibuai mimpi.
Jika dilihat perkembangan terkini di Negeri Sembilan, peluang PR untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri amatlah cerah sekali selepas PRU 13 nanti.
PAKATAN MENANG RAKYAT SENANG... PAKATAN KALAH RAKYAT SUSAH... JOM KITA UBAH... UMNO KITA KASI REBAH.... INI KALI LAH!!!!
No comments:
Post a Comment