Kata Dr. M, "Rakyat tak
berpeluang memilih BN kembali, jika PR Berkuasa."
Demikianlah yang tersurat. Apakah yang tersirat? Dr. M mengugut rakyat memilih UMNO/BN lagi untuk PRU akan datang. Mengapa dia perlu mengugut? Sudah pasti dia melihat sokongan terhadap gabungan parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun itu semakin berkurangan dari hari ke hari. Apakah sandarannya? Dia pernah berkata, "Najib mewarisi sebuah kerajaan yang lemah. Apa-apa saja yang dilakukannya tidak mencukupi untuk mengembalikan kekuatan. Dia akan senantiasa dikritik." Pernyataan ini bukan sahaja menghentam Pak Lah malahan juga mengherdik Najib. Sudah terang lagi bersuluh, dia sedang gelabah sekarang ini. Kegelabahan itulah yang menyebabkan dia meracau.

Betulkah rakyat tidak berpeluang
lagi memilih BN kembali jika PR berkuasa ?
Kita perlu menyelami hakikat yang
sedang berlaku pada masa ini. PR menguasai Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan
Kelantan. Pentadbiran negeri-negeri ini menerima pujian demi pujian daripada
Ketua Audit Negara. Tidak ada sesiapa pun pemimpin dari negeri-negeri ini yang
dihukum kerana rasuah. Kesemuanya mampu membayar balik hutang kepada Kerajaan
Persekutuan. Kesemuanya mampu menambah hasil negeri. Kesemuanya mampu
menyalurkan kebajikan kepada rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, dan agama.
Kesemuanya berusaha keras menyalurkan kekayaan negeri kepada rakyat. Perlu
diingat bahawa kemampuan tersebut terhasil dalam situasi kerajaan negeri
dinafikan hak mereka menurut konsep federalisme.
Lojiknya PR akan berbuat lebih baik
daripada itu jika menguasai Putrajaya. Mengapa demikian? Wang negara akan
menjadi lebih berganda kerana rasuah berkurangan, ketirisan dapat diminimumkan,
penyalahgunaan kuasa disekat, hutang negara dikurangkan melalui perbelanjaan
berhemah dan jimat cermat, serta pembanterasan penggubahan wang haram. Inilah
"hantu" yang bergentayangan di negara kita ketika ini.
Pertambahan pendapat negara akan
dipulangkan kepada rakyat melalui pendidikan percuma, penghapusan tol,
penurunan harga minyak serta kereta, dan sebagainya. Apabila rakyat dilimpahi
kebahagiaan, tidak mungkin mereka berpaling kepada UMNO/BN lagi. Inilah yang
menjadi mimpi ngeri Dr. M dan UMNO/BN. Tunggulah saat mereka dikuburkan. Ketika
itu, UMNO/BN akan hilang segala-galanya.
Sumber : Di SINI
No comments:
Post a Comment