DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, August 31, 2012

NAJIB SOROK BAKAL MENANTU YANG DIBURU PIHAK BERKUASA ANTARABANGSA,.DI MALAYSIA


Kelibat bakal menantu Najib Razak iaitu Daniyar Nazarbayev bersama tunangnya, Nooryana Najwa dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang, Ahad lalu tersebar di internet dan memeranjatkan banyak pihak.

Kemunculannya itu menimbulkan tanda tanya adakah beliau sebenarnya bersembunyi di Malaysia atau diseludup masuk oleh bakal mentuanya itu.

Ia kerana Daniyar sedang diburu pihak berkuasa antarabangsa.


Sebelum ini Keadilan Daily melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson.

Walaupun kesahihan gambar berkenaan berkenaan belum dapat dipastikan tetapi Najib sehingga kini tidak membuat sebarang penafian.

Daniyar mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, pernah menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa mempersoal kehadiran individu yang dikaitkan dengan jenayah antarabangsa yang bergerak bebas di negara ini.

“Ia menimbulkan kontroversi bagaimana seorang yang terpalit dengan jenayah antarabangsa seperti itu boleh bergerak bebas dalam negara, malahan di kediaman Perdana Menteri,” kata Fariz yang juga Koordinator Jingga 13.

No comments: