Oleh : Aspan Alias
Insiden yang
mengasari Ketua Menteri P Pinang di Telok Bahang semalam membuktikan yang BN
amat sengsara apabila kalah di dalam pilihanraya 20008 yang mengakibatkan BN
jatuh tersembam di Pulau Pinang dalam PRU yang lalu. Kerajaan PR
yang di ketuai oleh DAP itu telah melakukan yang terbaik dan telah pun
membuktikan yang sesebuah kerajaan itu boleh ditadbir dengan baik jika
pimpinannya telus, jujur, dan sebenarnya rasuah boleh dielakkan.
Jika P
Pinang kini mempunyai pentadbiran yang hampir sama dengan prestasi BN, tentulah
BN mempunyai peluang untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang selepas pilihanraya
yang akan datang. Tetapi Lim Guan Eng dan barisan pimpinan kerajaan P Pinang
telah menunjukkan perbezaan ketara dengan membuktikan yang PR memang lebih
berkemampuan untuk mentadbir dari BN yang telah menguasai P Pinang dari 2008
dahulu.
Justeru
kata-kata pemimpin-pemimpin BN yang mengatakan mereka (BN) akan mengambilalih
Pulau Pinang di dalam PRU 13 ini hanyalah merupakan kenyataan untuk menyedapkan
hati sendiri dan tindakan psikoloji sahaja. Keputusan PRU 13 sebenarnya
sudah ditentukan. Pulau Pinang akan tetap berada ditangan PR, malahan lebih
kuat lagi selepas PRU itu nanti.
Oleh kerana
itulah nampaknya pihak BN melalui Perkasa telah melakukan perkara-perkara yang
mengaibkan dengan mengasari pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan sikap
kurang ajar pihak yang mengasari Ketua Menteri itu merupakan ‘reflection’ yang
jelas tentang nilai dan budaya pihak yang dalam keadaan ‘desperado’ di negeri
itu. Kejadian yang menimpa Ketua Menteri itu merupakan kejadian yang sangat
tidak bertamaddun yang dilakukan oleh kumpulan dari Perkasa itu.
Jika BN
hendak menang dalam pilihanraya tunjukkan kelakuan yang baik, kerana kekalahan
BN dalam pilihanraya yang lalu itu adalah di sebabkan BN khususnya UMNO tidak
mempunyai budaya yang baik yang secocok dengan zaman dan waktu ini.
Budaya kasar mengkasari ini hanya berlaku di zaman batu dahulu. Di zaman
batu dulu siapa yang mempunyai lengan dan penumbuk yang besar merekalah yang
berjaya.
Zaman
sekarang manusia mahu dipimpin oleh pemimpin yang menggunakan otak dan
pemikiran, bukan menggunakan buku lima atau dengan lengan yang berotot
besar. Tetapi nampaknya pihak polis masih lagi tidak mengambil tindakan
terhadap penjenayah itu kerana penjenayah itu datangnya dari pihak atau dari
penyokong BN khususnya UMNO.
Sesiapa
boleh menyokong sesiapa, tetapi jika BN disokong oleh kaki gaduh dan samseng,
bagaimanalah rakyat yang berfikir akan menyokong mereka. Rakyat tidak mahu
pimpinan yang menyerupai pimpinan Iddi Amin dari Uganda suatu ketika dulu.
Tetapi apa
yang kita harapkan agar LGE bersabar dan teruskan kerja baik yang anda telah
lakukan di Pulau Pinang selama empat tahun ini sehinggakan negeri tiu
menjadi sebuah negeri yang premium jika dibandangkan dengan kerajaan
negeri-negeri yang ditadbir oleh BN. Jagalah keselamatan anda dengan baik
kerana nampaknya pihak polis tidak begitu ‘magnanimous’ dalam menjalankan tugas
sebagai pengawal keselamatan rakyat dan negara.
Sikap ganas
pihak Perkasa dan penyokong BN sekarang ini bukannya kerana apa: ia adalah
kerana BN akan tersungkur kerana sikapnya sendiri. Bukannya salah sesiapa yang
lain.
No comments:
Post a Comment