PETALING
JAYA 29 JUN : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli membuat laporan polis
berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT
Ampang yang bernilai lebih RM1.1 bilion.
Laporan
berhubung kes itu dibuat di Balai Polis Tropicana di Merchant Square,di sini
kira-kira jam 11 pagi tadi.
Menurut
Rafizi laporan itu dibuat kerana menimbulkan pelbagai kegusaran kerana projek
besar dan penting ini dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang tidak
mempunyai apa-apa pengalaman.
Sebelum
ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu melahirkan
hasratnya untuk menganugerahkan kontrak terbabit kepada Konsortium George Kent,
seperti yang dilaporkan oleh Business Times pada 22 Jun lalu.
Rafizi
juga memberitahu sebelum ini beliau sudah didatangi Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membeuat siasatan terhadap pendedahannya sebelum
ini.
‘Tetapi
laporan polis dibuat kerana lebih percaya kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah
Bahagian Dagangan yang lebih professional,” katanya.
Jelas
Rafizi, beliau akan mendedahkan skandal ini sedikit demi sedikit dari masa kes
semasa agar pihak lain juga tampil untuk memberikan ulasan dan bukti berkenaan
skandal ini.
“Kita
menunggu untuk pihak Perdana Menteri memberikan komen berkenaan perkara ini,”
katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.
Sementara
itu, Ketua Biro Undang-Undang PKR, Lateffa Koya berkata SPRM tidak perlu
menunggu laporan dibuat kepadaSPRM kerana suruhanjaya itu mempunyai bidang
kuasa yang lebih meluas untuk melaksanakan siasatan.
2 comments:
Ι'm amazed, I have to admit. Seldom do I come across a blog that's both equаlly еduсatіve
and аmusіng, and let mе tell you, you
have hit the nаil on the heaԁ. Тhe issue
іs ѕomething whiсh not enough folκs
are spеаking іntellіgently about.
Noω i'm very happy I found this in my hunt for something regarding this.
Also visit my web-site; submit 'Feԁerico Brinκman�s blog -
The Undeгground Ѕcеne' to digg
I'll right away take hold of your rss as I can not find your email subscription link or e-newsletter service. Do you've any?
Κinԁly аllow me recognise
so that I mаy subsсribe. Thanκѕ.
Ηerе is my ωеb pagе: the hcg diet
Post a Comment