Datuk Seri
Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian mahu berundur dan menyerahkan perjuangan
politik kepada generasi muda sekiranya beliau gagal dalam misi mengemudi
Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU).
Ketua
Pembangkang ini menekankan perkara itu di sebalik gesaan anaknya, Nurul Izzah
dan beberapa pemimpin PR termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat bahawa barisan pembangkang masih memerlukan kepimpinan beliau.
"Ini
cubaan saya yang terakhir. Jika kami menang, kami akan meneruskan. Jika tidak,
biar generasi baru mengambil alih perjuangan.
"Biar
saya bersara dan kembali kepada (kerja) mengajar," kata beliau pada
ceramah yang di Rawang malam tadi.
Ceramah itu kemunculan pertama Anwar sejak temu bual dengan Financial Times baru-baru ini bahawa beliau akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13.
Ceramah itu kemunculan pertama Anwar sejak temu bual dengan Financial Times baru-baru ini bahawa beliau akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13.
Nurul Izzah
yang juga Naib Presiden PKR berkata, PR masih memerlukan khidmat Anwar untuk
memastikan kemenangan pada PRU13.
Katanya,
beliau tidak menafikan khidmat yang ditunjukkan ayahnya diperlukan dalam
perjuangkan hak rakyat mendapatkan keadilan.
Dalam laporan Financial Times, Anwar dipetik berkata beliau menimbang akan bersara daripada politik sekiranya PR gagal merampas Putrajaya pada PRU13.
Katanya, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik iaitu mengajar sama ada di dalam ataupun luar negara.
Menurut Nurul Izzah, berkemungkinan kenyataan yang dikeluarkan lebih meminta keseluruhan jentera PR secara keseluruhannya menumpukan usaha dalam proses memenangi PRU13.

Bagaimanaun
menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar tidak
perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia
politik.
"Dia
patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma
nak jadi Perdana Menteri," katanya semalam.
Dr Mahathir
berkata, kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut
beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU13, Ketua Pembangkang itu masih
terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Dipetik The
Malaysian Insider hari ini, Anwar yang muncul di dua lokasi ceramah di
Selangor malam tadi berkata, beliau yakin PR akan menang kali ini.
"Saya
yakin, insya-ALLAH, Pakatan Rakyat akan menang, kami akan mempertahankan
Selangor dan menuju ke Putrajaya," katanya lagi
Baca juga artikel di bawah
:
No comments:
Post a Comment