Yang mana satu isteri Noh Omar ye seperti yang diketahui umum isteri
Noh Omar bernama Dr Aishah Salleh yang bertugas di Jabatan Botani Universiti
Malaya? Tolong sahkan...
SHAH
ALAM, 12 JUL : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini digemparkan tentang skandal
pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri
Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.
Lebih
lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah
memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat
Pristine Agrofood Sdn Bhd.
Penglibatan
Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan
skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh
merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.
Noh
membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal
kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.
Katanya,
tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah
pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.
“Rakyat
susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan
mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya
adalah untuk ternakan udang,” katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir
persidangan DNS.
Suee
Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan
usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck.
Mengikut
dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995.
Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh
memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April
1995.
“Kes
ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan
kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang
portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara
langsung dalam industri itu.
“Di
manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti
terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?” soalnya.
Sementara
itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak
membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat
sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri.
Sumber : TVSelangor
1 comment:
supreme new york
off white clothing
kd shoes
golden goose outlet
kyrie shoes
jordan outlet
yeezy 350 v2
fear of god essentials hoodie
Travis Scott Jordan
bapesta
Post a Comment