Datuk Seri
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan
keyakinannya dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam peluang untuk memenangi pilihan
raya umum (PRU) akan datang, sambil mengatakan “momentum” semakin kuat untuk
menuju ke Putrajaya.
“Mood
perubahan itu ada,” kata Anwar dalam temuramah bersama akhbar British The
Guardian hari ini.
Dan sama
seperti yang telah dinyatakan pada Financial Times, Anwar mengulangi
kenyataan bahawa ini adalah peluang terakhir beliau untuk menang dalam PRU.
Akhbar itu
menggelar Anwar sebagai “lelaki yang paling digemari untuk dibenci di
Malaysia”, dengan menekankan dua isu liwat yang dikatakan sebagai politik kotor
oleh ketua pembangkang itu, di samping dituduh sebagai agen Zionis serta anti
Islam dan juga seorang gay.
Kali ini
Anwar muncul dalam apa yang dikatakan sebagai perjuangan politiknya yang
terakhir, selepas beliau menyatakan hasratnya untuk bersara dalam Financial
Times baru-baru ini sekiranya tewas dalam PRU akan datang.
“Saya yakin
kita akan menang dan membawa perubahan,” kata Anwar kepada The Guardian.
Laporan The
Guardian juga menyatakan terdapat ramai yang tidak menyukai Anwar tetapi
bersamanya untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dikatakan autoktratik dan tidak
lagi memahami aspirasi rakyat.
Datuk Seri
Najib Tun Razak cuba membawa imej yang lebih baik untuk Barisan Nasional —
menghapuskan imej negatif, iaitu dengan menghapuskan undang-undang keselamatan
dalam negeri yang penuh kontroversi dan menggubal undang-undang kebebasan
berhimpun.
Walaupun
sudah menggubal undang-undang baru, pertempuran ganas antara polis dan penunjuk
perasaan pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu - mencalarkan imej
pentadbiran Najib yang seterusnya mengakibatkan beliau menangguhkan pilihan
raya walaupun sebelum ini dijangka akan diadakan pada bulan Jun.
Puak
berhaluan kanan dalam UMNO menjadi halangan bagi program transformasi Najib
dalam kerajaan.
Kolumnis dan
peguam terkemuka, Art Harun berkata, Bersih telah menyebabkan jarak antara
kerajaan dan rakyat melebar — berlaku lebih banyak lagi pembongkaran hal ehwal
rasuah dan salah guna kuasa.
Pilihan raya
yang adil dan bersih juga ditekankan dalam hal ini.
“Daftar
pemilih yang tidak bersih mungkin menjadi punca kekalahan kami dan cara mereka
untuk memenangi undi, itu yang merisaukan kami,” kata Nurul Izzah, anak kepada
Anwar yang berusia 31 tahun itu.
“Dahulu,
kami ada sedikit maklumat, tetapi kini kami berjaya memperoleh banyak
pembohongan dan penipuan mereka.”
Beliau
mendakwa bahawa ada 10,000 nama muncul tiba-tiba dalam daftar pemilih di
kawasannya.
Anwar yang
dilihat menjadi tonggak kekuatan antara parti-parti pembangkang yang berlainan
ideologi untuk menumpaskan Barisan Nasional, memberitahu The Guardian
Pakatan terpaksa melupakan perbezaan mereka dan bekerjasama demi rakyat dalam
masyarakat yang berbilang agama dan kaum.
“Kita telah
berbincang dalam membentuk polisi ekonomi, polisi sosial serta kedudukan agama,
kemudian kita cari titik persetujuan,” kata beliau yang mewakili PR.
“Jurang
antara mereka yang fanatik dengan ekstremisme semakin melebar, kita perlu ada
pendekatan liberal.
“Kami gelar
diri kami sebagai golongan liberal, kita harus memastikan nilai intelektual
berkembang, dan tidak menggunakan kuasa ganas untuk tujuan politik,” kata Anwar.
Sumber : TheMalaysiaInsider
No comments:
Post a Comment