DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, July 10, 2012

MAKI HAMUN BUDAYA UMNO HARI INI?

Oleh: Adil Mat Selamat



L**cau la! Melayu bodoh jadi suruhan DAP*g.

Lim Guan Eng **bi, kah kah kah…

Melayu haram**dah boneka DAP*g

Potong ***cau baru Lim Guan Eng bole jadi PM

DAP*g komunis tak potong lanc**

Ini sebahagian besar (majoriti) komen dari para komentar anti-DAP dan anti-Pakatan Rakyat di Facebook Roketkini yang sempat direkodkan dan telah pun dipadamkan atas sebab undang-undang serta usaha mengekalkan kesopanan. Rata-ratanya menggunakan nama Melayu samaran. Rata-ratanya memaki-hamun DAP, pemimpin DAP, orang Melayu dalam DAP dan Roketkini dengan harapan agar timbul kebencian dan kemarahan di kalangan pembaca Melayu dan akhirnya parti kesayangan mereka, iaitu UMNO, akan beroleh kemenangan dalam pilihan raya.

Rata-ratanya mereka tidak pernah ada sebarang hujah yang munasabah kecuali maki-hamun seperti orang hilang akal sedang mengamuk. Dengar khabarnya ada yang dibayar lumayan untuk membuat kerja terencat akal seperti ini.

Melayu b**gsat saja yang masih dok sokong UMNO..

DAP hebat, pergi m**pos dengan UMNGOK

Ini pula adalah sebahagian kecil (minoriti) komentar di Facebook Roketkini. Kita tidak dapat pastikan adakah ini penyokong tegar DAP dan Pakatan Rakyat atau mereka yang sengaja mahu reverse psychology agar DAP dan PR dilihat sama taraf dengan penyokong UMNO dan BN. Jika benar mereka penyokong DAP atau PR, kita doakan agar mereka insaf dan perbetulkan kelemahan mereka itu. Sebahagiannya menggunakan nama Cina dan Melayu sebagai nama samaran.

Baling batu sembunyi tangan

Kita sedia maklum bahawa fenomena ini adalah hasil inisiatif kerja sabotaj yang hina dari cyber trooper yang dibiayai oleh UMNO dan Barisan Nasional menerusi proksi-proksi kecil mereka.

Namun, kita tidak perlu membuktikannya kerana tidak ada kebenaran yang ingin kita tegakkan menerusi dakwaan ini, sebaliknya kita mahu rakyat Malaysia, baik penyokong BN atau penyokong DAP/PR khususnya sedar bahawa inilah gambaran politik yang sedang diolah agar kita hilang sabar dan akhirnya mengikut rentak irama politik mereka yang ‘membina’ kebencian.

Politik membina kebencian menerusi kata-kata nista, lucah dan jijik ini sedang menyerang dan menyamar sebagai pejuang demokrasi. Tetapi pelik sekali kerana demokrasi yang bersih dikotori dengan bahasa kotor dan hasutan yang memualkan.

Mereka dibayar untuk maki hamun

Tidak timbul soal perbezaan pendapat dalam situasi seperti ini kerana bagi manusia-manusia seperti di atas mereka memang ditugaskan secara ‘profesional’ untuk memaki hamun. Ayat klise dan perkataan biadap dijadikan template untuk mereka gunakan setiap hari.

Cyber trooper ini juga hidup seperti kita, ada yang bujang ada yang dah bekeluarga. Cukup bulan, mereka dibayar gaji. Setelah mereka ini dibayar gaji, duit itulah yang digunakan untuk menyara keluarga yang tersayang. Untuk belanja sekolah anak, untuk belanja dapur, beli pakaian diri atau keluarga, beri sedikit pada orang tua di kampung dan selebihnya buat minum teh bersama kawan-kawan mereka.

Pastinya anak dan isteri mereka, ibu bapa mereka tidak tahu kerja sebenar si tukang maki hamun ini.

Politik yang sedang DAP dan PR asuh, perjuangkan dan didikan adalah politik waras untuk meyakinkan rakyat tentang dasar dan matlamat politik kita. Itu sahaja, tidak ada apa yang terlalu hebat, ia perkara biasa dan normal.

Masih ada yang ikhlas

Kita juga tahu bahawa ada penyokong PR atau blogger yang ikhlas membantu tanpa mendapat apa-apa imbuhan walau sesen pun dari PR apatah lagi DAP. Kerja mereka ini juga mungkin tidak diketahui oleh keluarga walau pun kadangkala mereka pulang ke rumah, sebiji beras pun tidak ada untuk ditanak sebagai makan malam sekeluarga.

Kita harus sedar bahawa, kerja politik adalah kerja untuk meyakinkan rakyat mengapa mereka perlu menyokong dasar dan tawaran yang diperjuangkan. Mengapa perlu menghina, memaki dan mencarut untuk menimbulkan kebencian seseorang?

Sudahlah, hentikan kerja yang memalukan diri dan keluarga anda. Salah silap adalah dari kelemahan kita, kembalilah ke pangkal jalan. Jika tidak mahu menyokong atau tidak bersetuju dengan apa-apa pandangan, tak mengapa tetapi tak perlu memaki hamun atau mencarut.

Bak kata P.Ramlee kepada Sudin dan Ajis, “bahasa menunjukan bangsa tau”. Maka, berbahasalah kita dengan betul dan baik, bukankah kita semakin dewasa.

Sumber – Roketkini.com

No comments: