DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, July 11, 2012

DULU UMNO KATA DEMONTRASI BUKAN BUDAYA KITA. SEKARANG MEREKALAH JUARA.SETIAP HARI BERDEMO


Rampas tanah, kenapa Umno Penang tak jadi mengamuk? 

CUBA anda lihat gambar di bawah ini. Ini merupakan satu tunjuk perasaan membantah pembinaan sebuah Universiti di Pulau Pinang baru-baru ini.

Taktik biasa digunakan, mereka menyamar seperti penduduk Melayu yang marah dengan Lim Guan Eng, padahal semua muka-muka ahli Umno yang nak cipta isu untuk dimuatkan dalam Buletin Utama, TV3.
 

Seperti biasa, gerombolan songkok tinggi memainkan sentimen kononnya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mahu menghalau dan merampas tanah orang Melayu di Pulau Pinang atas alasan pendidikan.

Namun tiba-tiba isu ini senyap, mereka yang berkobar-kobar sampai mata pun keluar api kononnya marah tahap paling tinggi kepada Lim Guan Eng, tiba-tiba senyap jadi ayam berak kapur kenapa?

Rupa-rupanya cadangan pembinaan Asian Women Leadership University (AWLU) adalah hasrat daripada kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional.


Di bawah ini bukti hitam putih yang dihantar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang daripada Datuk Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk membina sebuah Universiti Awam

Sumber : MiloSuam

No comments: