Written by Maria Begum, Malaysia
Chronicle
Dalam
apa yang nampaknya seperti percubaan menutup kesalahan yang terbaru, timbalan
presiden MCA, Liow Tiong Lai sekarang mengaku pula bahawa nombor pendaftaran
plat kereta WWW 15 yang telah dibidanya sebenarnya diberi secara percuma.
“Saya
telah menerima notis rasmi daripada jabatan itu bahawa nombor plat itu adalah
percuma. Tiada sebarang pembayaran dilakukan. Jika ada sebarang pertanyaan, harus
dimajukan kepada JPJ. TQ,” kata Liow dalam mesej twitternya.
Nombor
pendaftaran itu telah dijual pada harga RM24,200 pada laman web JPJ. Berita
bahawa Liow, yang juga merupakan menteri kesihatan telah berjaya membida nombor
tersebut menimbulkan banyak persoalan terutamanya bagaimana dia mampu
membelinya jika dibandingkan dengan gaji yang diperolehinya sebagai menteri.
Apabila
diasak pertanyaan, Liow berkeras bahawa dia bahkan Kementeriaan Kesihatan tidak
membayar satu sen pun untuk nombor tersebut dan sebaliknya telah mendapatnya
secara percuma.
Kesemua
menteri boleh mendapatkan satu nombor; saya tidak pernah menggunakan
keistimewaan itu sebelum ini. Nombor ini tidak penting bagi saya. Apa yang
penting adalah khidmat kepada rakyat,” kata Liow kepada pemberita.
“Liow si penipu” kembali lagi
Akan
tetapi, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa seorang pegawai JPJ
memberitahu plat nombor itu dibeli diatas nama Liow sendiri, jadi, yang
membayarnya tentulah tuan empunya nama.
Pegawai
tersebut memberitahu akhbar itu bahawa kesemua nombor pendaftaran WWW
ditawarkan melalui tender terbuka dan JPJ tidak meletakkan sebarang tempahan
atas nama menteri kecuali jika diarahkan begitu.
Skandal
terbaru itu bukan berita baik bagi Liow, seperti di perhimpunan Bersih 2.0 pada
Julai 9, 2011 di mana dia telah mempertahankan polis, menegaskan bahawa mereka
tidak melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin. Ini
ternyata tidak benar, ini menjadikan orang nombor dua MCA ini popular dengan
nama samaran ' Liar Liow’ (Si penipu Liow).
Pada
tahun 2009, Liow telah didakwa menerima kereta percuma, sebuah Toyota Alphard
yang bernilai RM 574,884.10 daripada Axis Construction Sdn Bhd. Kereta Alphard
itu mempunyai nombor pendaftaran WSB 15.
Liow
menyangkal dakwaan tersebut dan dia berserta isterinya akhirnya dibebaskan dari
dakwaan itu oleh SPRM.
Nizar dituduh menghasut
Selain
Liow, Sultan Johor juga telah mendapat kecaman kerana membelanjakan kerana
membelanjakan RM520,000 untuk nombor pendaftaran WWW1.
Apabila
pemimpin PAS, Nizam Jamaluddin memberi komen bahawa wang itu boleh digunakan
untuk kebajikan rakyat di Johor, dia pula disiasat atas tuduhan menghasut.
Umno
dan MCA dikatakan memutarbelit kenyataan Nizar untuk menjatuhkannya dan
pemimpin Pakatan Rakyat pada mata rakyat Johor terutamanya komuniti Melayu untuk
menyekat kemaraan pembangkang di bahagian selatan.
No comments:
Post a Comment