Written by Nawawi Mohamad,
Wong Choon Mei, Malaysia
Chronicle
Bagaimana
boleh jadi begini? Bagaimana UMNO yang mempunyai 3 juta ahli, menjadi
pemerintah selama 5 dekad, dengan kejayaan demi kejayaan seperti yang diakui
para pemimpinnya, masih tidak pasti jika pilihanraya ke 13 patut diadakan atau
tidak.
Tidak
hairanlah jika akar umbi parti dan panglima UMNO menunding jari pada perdana
menteri Najib Razak yang juga merupakan presiden UMNO. Ada dikalangan pemimpin
yang akan mempertahankannya. Ia terpulang padanya, dialah boss, ia adalah
keputusannya. Namun, yang lebih ktitis terhadapnya akan menyalahkannya- ini semua
salah Najib kerana tidak mempunyai keyakinan pada dirinya sendiri dan rakyat
untuk memberi Umno-BN mandate untuk memerintah selama 5 tahun lagi.
Biarpun
mereka menyokong atau menentang Najib, pilihanraya umum ke-13 yang lambat tidak
akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Ekonomi global sedang mengecut dan
pasaran saham Asia sedang merundum. Menambahkan ketidaktentuan politik akan
memburukkan lagi keadaan ini. Paling menyedihkan, rakyat Malaysia yang masih
menyokong kepimpinan lemah yang tidak mampu berubah kerana perbalahan dalaman
partinya sendiri iaitu UMNO dan ini sememangnya akan menuju kehancuran.
Belum pernah ada PM yang takut akan pilihanraya
Jadi,
mengapakah Najib begitu gerun akan pilihanraya umum ke-13? Jika pemerhati Umno
betul, BN masih boleh mendapatkan kemenangan walaupun dengan majoriti kecil. Ia
mungkin tidak akan sehebat yang dimahukan oleh Najib namun ia tetap kemenangan.
Dengan perasaan lega, Najib sepatutnya berterima kasih kerana setakat lulus dan
tidak mengimpikan untuk cemerlang seperti memenangi dua pertiga daripada 222 kerusi
parlimen.
Pengundi hantu UMNO Yang Akan Memenangkannya
Terpaksa Memperkudakan SPR
Terpaksa Memperkudakan SPR
Pungutuan
suara dalaman UMNO juga menunjukkan bahawa Parti Pakatan Rakyat pimpinan Anwar
Ibrahim bakal menang 107 ke 109 kerusi dan ini menjmungkin menyebabkan Parlimen
yang tergantung memberi peluang untuk ramai melompat ke Pakatan, yang bakal
menyaksikan perubahan rejim pemerintah sejak Malaysia mendapatkan kemerdekaan
dari British pada tahun 1957.
“UMNO
tidak patut menyangka bahawa duit boleh membeli segalanya. Ada ramai pemimpin
BN yang menunggu untuk menyertai kami, namun masa akan menentukan segalanya.
Mereka tidak akan melakukannya sehingga mereka boleh menentukannya dengan konstituensi
mereka,” MP Batu dari PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Pada
Pilihanraya Umum ke-12 2008 pun Pakatan telah memenangi lebih dari separuh undi
popular namun kalah dari segi jumlah kerusi akibat penyelewengan sempadan undi
kerajaan BN yang dahulu pimpinan Mahathir Mohamad.
Sekarang,
setelah 5 tahun berlalu, Pakatan telah membuktikan bahawa mereka boleh
melaksanakan tugas dengan baik sebagai pemerintah dan ini dibuktikan melalui
pentadbiran di Selangor dan Pulau Pinang. Semakin ramai yang inginkan perubahan
kerajaan daripada terus bersama kerajaan lama kerana takut atau mahu
mengekalkan keadaan yang sedia ada.
‘Zaman selesa’ BN sudah tamat: Sila berhenti bermimpi sekarang
Najib!
Pilihanraya
Umum ke 13 hangat diperkatakan akan berlangsung pada Jun tahun ini, kemudian
Julai dan September pula dan akhirnya tinggal cakap-cakap sahaja. Tiada yang
berani untuk mengadakan pilihanraya pada bulan Julai. Najib sendiri telah
membuktikan bahawa PRU ke-13 tidak akan diadakan pada bulan September apabila
menyatakan bahawa Bajet 2013 akan diawalkan pada 28 September.
Spekulasi
hangat menyatakan bahawa Najib sedang cuba untuk mendapakan kelebihan dengan
mengadakan pilihanraya pada musim haji pada bulan Oktober namun ini tidak akan
menjadi malah akan menaikkan kemarahan pengundi beragama Islam sepertimana
amaran Abdullah Badawi walaupun telah ditujukan buat pembangkang.
“Adakah
perdana menteri akan adakan pilihanraya pada masa itu? Dia juga seorang Islam,”
kata Abdullah pada pemberita pada hujung minggu.
Ya,
amaran Abdullah, walaupun tidak secara langsung- namun ia jelas. Najib, dimana
undi popularitinya turun dari 69% ke 65% selepas memerintahkan polis menyerang
penyokong Bersih 3.0 pada 28 April untuk pilihanraya yang bersih dan adil, juga
nampaknya seperti keliru dan perlukan petunjuk daripada orang lama.
Najib
sedang menggigit jari, berharap akan masa yang paling sesuai untuk mengadakan
PRU ke-13. Tetapi, nampaknya, dia sedang bermimpi kerana masa itu tidak akan
ada, sekurang-kurangnya sehingga bulan Mac 2013 apabila mandat BN akan berakhir
dan Parlimen secara otomatiknya dibubarkan.
“Isu
sebenarnya ialah untuk membersihkan daftar undi tapi Umno tak mahu buat. Najib
sedang mencari kesempatan untuk memastikan kemenangan miliknya, ini termasuk
mengadakan pilihanraya pada musim haji. Najib tahu bahawa penyokong PAS , ramai
di antara mereka akan berada di tanah suci pada masa itu,” kata Presiden PAS,
Hadi Awang pada hujung minggu lalu.
Disokong Dr M: Perbalahan dalam memecahkan parti
Tiada
apa yang dilakukan oleh Najib telah berjaya; dari polisi ekonomi dan program
sosial- semuanya telah kecundang. Semuanya tidak menjadi dan dia sedang berpaut
pada kuasa dengan pertolongan bekas PM Mahathir Mohamad
Pada
usia 86 tahun, dia merupakan panglima dan pembroker kuasa yang paling kuat
didalam parti- dengan keupayaan untuk mempengaruhi siapa yang layak menjadi
presiden Umno yang seterusnya, pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung
pada akhir tahun ini.
Menurut
pengkritik BN, rakyat Malaysia boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni
dengan lebih baik tanpa campurtangan atau input dari UMNO. Atau untuk lebih
tepat lagi, untuk mengakhiri politik samseng yang hanya memperjuangkan
kepentingan segelintir elit pemerintah dengan mengorbankan rakyat biasa.
UMNO
tidak baik untuk Negara dan ia telah terbukti dengan rasuah yang berleluasa dan
penyelewengan kekayaan negara dimana pemimpin UMNO cuba sedaya upaya untuk
lindungi dari pengetahuan awam. Apabila seorang pembroker kuasa mempunyai
kelebihan, dia akan memerintah mengikut citarasanya sendiri kerana baginya,
Malaysia adalah miliknya dan keluarganya,” kata seorang ahli akademik yang
mengajar sains politik di sebuah universiti awam. Dia meminta untuk tidak
dinamakan.
“UMNO
juga akan menjadi tidak baik untuk Malaysia apabila tiada panglimanya yang
cukup berkuasa untuk mengawal parti, yang akan mendedahkannya kepada polisi
cacamarba dan campurtangan kerana puak-puak dalam UMNO akan berebut kuasa dan
peluang dalam parti mereka sendiri.
Pentingkan diri sendiri dan sekatan keatas bakat baru dalam UMNO
Bagaimana
ini boleh berlaku? Mementingkan diri sendiri mungkin juga jawapannya, mengikut
kata pemerhati.
Kata
mereka, sikap mementingkan diri pemimpin tertinggi seperti Mahathir dan Najib
telah menjauhkan orang baru dan ini menjadikan situasi dimana walaupun UMNO
mempunyai 3 juta ahli, realitinya, UMNO hanyalah sebuah kelab orang lama yang
tertutup.
Umno
sememangnya adalah sekumpulan pemimpin yang menjadi terkenal pada tahun 1960-an
dan 70-an dan masih lagi berpegang pada itu. Mereka nampaknya cuba sedaya upaya
untuk mewariskan kuasa dan autoriti dalam parti kepada anak-anak serta
keluarga.
Namun
masa sudah berubah, dan sumber dalaman UMNO telah mengesahkan bahawa Najib
telah tersilap dalam urus tadbir parti dan Malaysia dengan begitu teruk sekali
sehingga ia tidak boleh lagi disembunyikan. Dia gagal memahami bahawa masalah
yang sedang membuak didalam UMNO telah menjadikan ia berada di tahap dimana
tiada siapa boleh menyelamatkannya lagi, sekalipun orang itu adalah Mahathir.
Betul,
Mahathir pun tidak akan mampu untuk menyelamatkan Najib. UMNO sudah muak dengan
Mahathir dan bagi kebanyakkan puak-puak dalam UMNO, mereka telah sampai kepada
tahap ia sama ada kami atau mereka- dengan mereka merujuk kepada Najib dan
Mahathir. Parti sudah berpecah- mereka yang menyokong Mahathir dan dengan tidak
langsung Najib dan mereka yang menyalahkan mereka berdua kerana menenggelamkan
UMNO.
Jadi,
apabila pemimpin parti pembangkang, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat masih
menjadi ancaman bagi mereka, Najib dan Mahathir mungkin akan dapat hidangan
‘pemanis mulut’ yang tidak dijangka dari ahli dalam parti dan bukan dari musuh
di luar.
Situasi UMNO tidak boleh diselamatkan lagi
Walaupun
begitu, Najib masih berdegil dan terus berpegang kepada agendanya dengan sokongan
Mahathir.
Najib
terus mengabaikan apa yang sedang berlaku dalam UMNO dan cuba memberi tumpuan
pada PRU ke-13. Walaupun menerima amaran yang tegas dari perhimpunan Bersih
3.0, dia tetap berdegil dengan mempergunakan lebih banyak jentera kerajaan
untuk memenangi undi walaupunb mendapat kritikan hebat, dia juga mengedarkan
gula-gula pilihan raya seperti pemberian wang tunai kepada rakyat untuk membeli
undi secara terang-terangan serta
memanipulasi undi.
Namun
rakyat Malaysia telah berubah dengan peredaran masa dan Najib mungkin tidak
akan berjaya walaupun semua cubaan untuk menjamin kemenangan dengan apa jua
cara untuk PRU ke-13 nanti. Dia boleh memperolehi keputusan yang dimahukannya
tetapi adakah rakyat akan menerima kesudahannya jika ia jelas bertentangan dengan
kehendak mereka dan yang diperolehi itu adalah dengan cara menipu.
Melihat
ribuan rakyat Malaysia yang datang untuk menyokong Bersih untuk membersihkan
daftar undi, Najib dan Mahathir lebih baik sahaja lupakan idea mereka untuk
merampas mandat rakyat dengan cara yang licik.
Mahathir
juga nampaknya telah kehabisan idea-idea baru tentang bagaimana untuk
memperbaiki keadaan di dalam UMNO kecuali menyalahkan Badawi untuk semua
masalah parti. Mahathir tidak mampu untuk menjadikan UMNO kuat dan bersatu. Di
dalam hatinya, Dr Mahathir tahu bahawa dialah yang telah merosakkan kedua-dua
UMNO dan Malaysia. Dia juga mengakui ini sudah beberapa kali. Dukacita untuk
dikatakan, ia sudah terlambat dan keadaan di dalam UMNO tidak boleh
diperbetulkan lagi.
Mod kemusnahan
Senarai
‘calon boleh menang’ Najib untuk PRU ke-13 masih belum dimuktamadkan.
Khabar-khabar angin dari BN menyatakan bagi satu kerusi akan ada
sekurang-kurangnya dua calon boleh menang dan Najib - yang seperti biasanya,
sentiasa berada dalam keraguan - tidak berani untuk membuat keputusan muktamad
lagi kerana takut kehilangan sokongan dari pihak sendiri.
Tetapi
tiada satu pun dalam senarai sanggup berkorban untuk UMNO atau BN. Suka atau
tidak, Najib akan menjadi ‘orang jahat' dalam membuat keputusan. Sebagai
contoh, siapakah yang boleh menjadi Menteri Besar Selangor jika UMNO
benar-benar berjaya mendapatkan kembali trofi berharga ini?
Tidak
juga terdapat kepastian bahawa UMNO-BN boleh memenangi semula lima negeri
walaupun sudah banyak fitnah dan serangan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan
Rakyat disebarkan. Sebaliknya, Pakatan Rakyat nampaknya sangat berpeluang untuk
memenangi Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Perak.
MuhyiddinYassin
timbalan Najib juga mula bimbang kerana bencana yang bakal berlaku kepada UMNO
BN-begitu jelas untuk dilihat oleh semua kecuali Najib dan kumpulan penasihat
teras, yang sebenarnya telah gagal menangani setiap isu utama negara. Beberapa
bekas kakitangan awam dan personaliti terkemuka juga telah menyertai Pakatan
Rakyat. Kita boleh yakin bahawa Pakatan Rakyat tidak lama lagi akan mendedahkan
'rahsia gelap' pemimpin-pemimpin UMNO-BN sebagaimana mereka memerangi mereka
dengan habis-habisan untuk memerintah kerajaan persekutuan.
Anak
Mahathir, Mukhriz telah secara terbuka ditolak oleh UMNO Kedah sebagai Menteri
Besar yang seterusnya. Ini merupakan tamparan hebat dan amaran sebenar untuk si
ayah, yang berkelakuan seperti Perdana menteri de-facto, dan untuk Najib yang
mengharapkan Mahathir untuk memihak kepadanya apabila memberikan Mukhriz negeri
Kedah. Sudah tentu, ini akan berlaku jika UMNO boleh merampas kembali Kedah
dari Pakatan Rakyat terlebih dahulu.
Tanda-tanda
besar bagi masalah ini termasuk beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang
mengumumkan akan bertanding di kerusi selain daripada di kawasan kubu kuat
tradisi mereka. Apakah mesej yang mahu mereka sampaikan untuk Najib?
UMNO
juga dibelenggu masalah dalam bentuk skandal yang melibatkan pemimpin teratas
mereka. Diisytiharkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai 'tidak
bersalah', ini tidak akan mengembalikan kredibiliti Ketua Wanita UMNO Shahrizat
Jalil yang telah hilang. Skandal rasuah RM250 juta NFC masih melekat dalam
sanubari dan sudah pasti, sayap wanita akan menunjukkan kemarahan mereka ke
atas sikap "double standard" Najib dalam perkara ini. Atas
sebab-sebab yang diketahui hanya Najib sendiri, dia telah bertegas untuk
menyebelahi Shahrizat apabila skandal itu melanda keluarganya.
Ia
kelihatan seperti UMNO adalah akan menjadi sejarah sahaja dengan parti komponen
BN lain juga dalam keadaan kucar-kacir, penganalisis politik berkata rakyat
Malaysia harus bijak sekarang. Mungkin ada kestabilan yang lebih baik jika
perubahan rejim berlaku daripada terus dengan keadaan seperti sedia ada yang
sudah bertukar kepada mod kemusnahan !
No comments:
Post a Comment