Oleh : Aspan
Alias
Beberapa
orang bertanya kepada saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah
dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya
berkata-kata untuk menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited
dengan apa yang saya katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya ini.
Jawapan saya
senang sahaja. Yang pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita
tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada
bulan Februari 1998 itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak
ada lagi.
Jika benar
UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan
pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya.
Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi.
Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh
kerana ‘attribute’ UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum
dapat di adakan.
Saya berkata
demikian kerana UMNO yang hakiki itu tidak takut untuk memanggil pilihanraya
kerana UMNO itu mempunyai ‘attribute’ yang baik pada asalnya dan rakyat tidak
teragak-agak untuk menyokongnya. Tetapi parti yang bernama UMNO sekarang ini
sentiasa dalam kegelisahan untuk menghadapi rakyat dan jika ia berada di dalam
kegelisahan itu bukannya UMNO. UMNO itu hanya wujud pada kulitnya sahaja.
Lagi pula
kita boleh lihat sekarang, kita tidak melihat ahli-ahli UMNO memakai
baju-T parti itu lagi. Tidak seperti dulu.. ahli-ahli UMNO sendiri malu untuk
mengenakan baju-T parti itu kerana mereka tahu parti itu menjadi alat dan bahan
lawak oleh rakyat yang sudah bermaklumat. Mereka tidak lagi memandang tinggi kepada
UMNO itu dan ini disedari oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu
sendiri.
Kalau dahulu
anak-anak muda berbangga mengenakan pakaian yang berlambangkan UMNO tetapi kini
mereka tidak mahu mengenakan pakaian berlambangkan UMNO itu dikhalayak ramai.
Selalunya apabila ‘mood’ pilihanraya sampai anak-anak muda akan mengenakan
pakaian UMNO itu dengan bangga dan megah.
Sekarang ini
pemuda-pemuda UMNO sendiri menyorok-nyorok apabila mengenakan pakaian UMNO itu.
Ini merupakan keadaan yang sangat berlainan semasa dahulu. Itulah
sebabnya saya katakan UMNO itu sudah mati dan tidak bernyawa lagi. Dalam pada
kita sedang tertunggu-tunggu pilihanraya ini, kita tidak mendengar suara Ketua
Pemuda nya akhir-ahir ini.
Saya
kadang-kadang tidak teringat kepada Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan kerana sudah
lama kita tidak mendengar suaranya sekarang ini. Dalam pengalaman dahulu, dalam
keadaan sekarang pemuda itulah yang nampak bergerak dan bergiat di
mana-mana. Jika scenario ini berterusan maka saya berkeyakinan yang UMNO akan
menjadi sejarah tidak lama lagi. Ketua Pemuda UMNO tidak nampak dimana-mana
akhir-akhir ini. Mungkin beliau tidak berapa sihat agaknya.
Kita tidak
nampak lagi pemuda-pemuda di cawangan-cawangan bergerak seperti dahulu. Yang
bergerak sekarang hanyalah Presidennya dan kadangkala Timbalam Presidennya
sahaja. Bagaimana sebuah parti yang mengaku gagah perkasa tidak bergerak
diperingkat akar umbi?
Sekarang ini hanya Najib sahaja yang berusaha melakukan semua kerja sedangkan ahli-ahli dan pimpinan di bawah tidak berbuat apa-apa.. Najib ini seperti peranan Syawal ibni Zulkaedah di dalam filem arahan P. Ramlee, Ahmad Albab… semua kerja Syawal yang buat..Najiblah manager, Najib jugalah postman, Najib jugalah kerani dan Najib jugalah jadi jaga! Syawal berkahwin dengan Mastura dengan mas kawinnya FREE.
Sekarang ini hanya Najib sahaja yang berusaha melakukan semua kerja sedangkan ahli-ahli dan pimpinan di bawah tidak berbuat apa-apa.. Najib ini seperti peranan Syawal ibni Zulkaedah di dalam filem arahan P. Ramlee, Ahmad Albab… semua kerja Syawal yang buat..Najiblah manager, Najib jugalah postman, Najib jugalah kerani dan Najib jugalah jadi jaga! Syawal berkahwin dengan Mastura dengan mas kawinnya FREE.
UMNO
mempunyai ahli seramai 3.3 juta orang, tetapi tidak bergerak diperingkat akar
umbi. Jadi UMNO itu ibarat seorang yang gemuk dan mempunyai tubuh yang besar
tetapi mereka tidak dapat bergerak kerana berat badan yang keterlaluan. Ia
seolah-olah seorang badan yang besar tetapi apabila berjalan mengheret kaki dan
tidak berdaya untuk membuka langkah.
Sesungguhnya
UMNO mampu jika pemimpin-pemimpin sekarang mahu berkorban untuk menyelamatkan
parti itu. Tetapi semua tahu yang mereka (pemimpin-pemimpin) tidak mahu
berkorban untuk keselamatan parti mereka. Mereka sanggup melihat parti mereka
tersungkur, namun untuk berkorban tidak sekali.
Barisan
pimpinan tertinggi UMNO masih dalam ‘denial syndrome” dan tidak mahu mengaku
yang mereka sedang ditolak oleh rakyat yang mengundi. Keahlian yang ramai
berjuta orang itu tidak dapat membantu pimpinan untuk memenangkan UMNO itu.
Malah keahlian yang ramai itu menjadi beban kepada parti itu dengan masalah
dalaman yang berlaku disetiap peringkat parti itu.
Jika
keahlian yang ramai itu boleh diharapkan untuk memenangkan UMNO tidak mungkin
parti itu menjadi sebegini lemah. ‘Bottom line’nya ialah apakah keputusan
rakyat apabila sampai dalam bilik mengundi itu.
Apabila sampai
dalam bilik mengundi, semasa itu tidak ada lagi ahli UMNO atau apa-apa parti
sekali pun. Pengundian akan digerakkan oleh perasaan yang ada dalam naluri
masing-masing pengundi.
Kita mesti
ingat seramai 1.5 juta ahli UMNO memilih untuk menyokong calon pembangkang
dalam PRU yang lalu. Apakah UMNO mampu untuk menghalang perkara yang sama dari
berlaku dalam PRU yang akan datang ini? ‘Intuition’ saya berkata tidak ada
siapa yang mampu untuk menghalang ahli-ahli UMNO memberikan undi kepada calon
pembangkang.
Najib dan
Muhyiddin tidak mampu untuk menghalangnya walaupun berbagai-bagai cara untuk
membeli perasaan rakyat sedang dilakukan oleh mereka. Kebarangkalian andaian
saya ini salah adalah kecil. Walau bagaimana sesiapa pun boleh tidak bersetuju
dengan pandangan saya ini.
Saya bukan
orang pandai tetapi pengalaman menghadapi isu ini ada sikit-sikit kepada saya
dan ramai lagi dari kalangan orang UMNO sendiri. Begitulah jawapan saya kepada
beberapa orang yang bertanya saya semalam.
Baca juga yang ini :
No comments:
Post a Comment