Banyaknya duit Setiausaha Sulit Menteri ini ya.. aku ingatkan hanya
Setiausaha Nor Mohd Yaakod saja yang kaya raya…SPRM tak nak siasat ke?
Harian
Metro edisi cetak hari ini telah melaporkan Setiausaha Sulit kepada Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendakwa hampir menjadi mangsa penipuan siber
membabitkan kontrak pembekalan vaksin wabak infuenza A (H1N1) bernilai USD1.33
Juta (RM4.2 Juta) yang dipercayai didalangi oleh satu sindiket antarabangsa.
Difahamkan,
sindeiket itu menggunakan sijil perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan
Veterinar, dipercayai dipalsukan sebagai modus operandi untuk memperdayakan
orang ramai menerusi penipuan siber tersebut.
Loh
Eng Chong, 48, mendakwa dia nyaris menjadi mangsa penipuan itu selepas menerima
beberapa panggilan daripada tiga individu berbeza tidak dikenalinya sejak
seminggu lalu.
Katanya
panggilan pertama diterima pada 14 Jun lalu daripada seorang lelaki mendakwa
dirinya seorang Doktor daripada Amerika Syarikat yang meminta bantuannya
membayar wang cagaran selepas vaksin H1N1 dibawa lelaki itu kenegara ini
disekat Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
“Saya
ada menghubungi indivdu terbabit menerusi nombor telefon digunakan, tetapi
hingga kini tiada jawapan tetapi sehingga kini tiada jawapan. Justeru saya syak
operasi kumpulan itu sebagai palsu sebelum memanjangkannya untuk perhatian
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong.
“Saya
harap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sindiket dan meminta mereka
melaporkan kejadian seumpama itu” katanya..
Persoalan
yang timbul disini ialah bagaimana seorang Setiausaha Sulit kepada Menteri
mempunyai sejumlah RM4.2 Juta yang membolehkan beliau berurusan dengan pihak
yang didakwa cuba menipunya?
No comments:
Post a Comment