Oleh : Aspan
Alias
Baru sehari
dua menjadi Ketua Setiausaha Negara )KSN) Dr Ali Hamsa sudah bercakap politik,
sedangkan beliau adalah ketua kepada 1.4 juta perkhidmat awam yang
sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bekerjasama dengan sesiapa
atau mana-mana parti yang dipilih rakyat. Kakitangan kerajaan merupakan
pelaksana kepada apa-apa dasar yang telah digubal oleh sesiapa yang memerintah
yang diberikan mandat oleh rakyat.
Dr Ali
menyeru kepada semua kakitangan kerajaan supaya memberikan sokongan kepada
kerajaan yang ada pada hari ini dan jangan mendengar janji-janji kosong dari
pihak pembangkang. Walaupun beliau berasa berterima kasih kepada kerajaan
kerana dijadikan KSN manggantikan KSN yang lama ia tidak bermakna Dr Ali boleh
menafikan hasrat rakyat yang ramai yang merupakan empunya kepada negara ini.
Penjawat
awam itu pun kepunyaan rakyat dan dibayar gaji mereka oleh rakyat termasuk gaji
Dr Ali itu sendiri. Penjawat awam seperti Dr Ali ini nampaknya mesti melalui
kurusus sivik yang asas untuk memahami apakah jenis negara dan sistem yang ada
yang beliau akan tadbir ini.
Malaysia
tidak lagi mempunyai KSN sehebat Abdullah Ayub, Abd Kadir Shamsuddin, dan
beberapa orang yang lain semasa pentadbiran Mahathir Mohamad. Dari menjadi
seorang yang ‘impartial’ Ali Hamsa menjadi seorang ahli politik. Jika begitulah
keadaannya maka kita layan KSN ini sebagai seorang ahli politik.
Seruan yang
pertama saya jika didengari elok Ali Hamsa meletakkan jawatan dan bertanding
diatas tiket BN dan berkempen keseluruh negara untuk membuktikan yang parti
pembangkang memberi janji kososng. Inilah yang menyebabkan kerajaan sekarang
sudah menjadi haru biru kerana mereka bercakap tentang isu yang mereka tidak
sepatutnya bercakap.
Sekarang
kita lebih diyakini bahawa kita mempunyai sebab yang lebih besar kenapa BN
mesti ditolak oleh rakyat kali ini. Sikap seorang penjawat awam berpangkat KSN
ini amat memalukan. Mentang-mentanglah beliau melangkahi ramai penjawat awam
yang lebih berkelayakkan dari beliau, beliau memilih untuk mengampu dan
membodek pimpinan yang ‘incumbent’.
Kita
ingatkan apabila Sidek bersara, kita akan mendapat seorang KSN yang lebih
mulia tetapi nampaknya hari demi hari kita mendapat pentadbir yang lebih keliru
seperti beliau (Sidek).
Segala-galanya
sudah menyimpang jauh. Pastikanlah yang PRU13 ini akan mengubah segala-galanya.
Setidak-tidaknya kita akan ganti seorang KSN yang tidak sewel seperti ini.
No comments:
Post a Comment