Oleh
: Pak Subky Latif
SEMUA menduga lagi tentang PRU 13 apabila Perdana Menteri Najib tidak mengadap
Yang di-Pertuan Agong selepas karnival UMNO di Bukit Jalil Mei 11 lalu bahkan
dia ke England dulu.
Bila lagi?
Lepas balik dari England dan
konvokesyen anaknya, dia ke Asia Barat dan ke Asia Tengah pula.
Bila yang dikatakan dekat itu.
Sebelum puasa? Selepas puasa? Sebelum musim haji? Atau tunggu seperti
durian gugur sendiri?
Oleh kerana ia tidak
diadakan sebelum Bersih 3.0, maka Najib menunggu kesan Bersih 3.0 itu. Bersih
3.0 itu mencetuskan huru-hara antara polis dan peserta Bersih 3.0.
Najib mahu mengambil faedah dari
huru-hara yang tercetus itu. Dia bersetuju mengadakan jawatankuasa penyiasat
bebas tentang siapa pencetus kekacauan. Kerajaannya sekarang mengejar ratus
orang peserta Bersih 3.0. Sudah ada yang menyerah dan yang lain-lain sedang diburu.
Sudah ada yang didakwa di
mahkamah seperti MP Batu Tian Chua. Ramai lagi yang didakwa.
Cuepacs pula sedang meneliti
siapa anggotanya yang turun padang untuk dikenakan tindakan. Guru-guru pula
sedang diperhatikan siapa yang keluar hari itu. Pelajar-pelajar juga
sedang diperhatikan.
Macam-macam tidakan dicadangkan
untuk dikenakan. Jika betullah pro kerajaan yang ada untuk mengenakan tindakan,
maka ia memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semua gertakan itu.
Dalam keadaan yang ada kerajaan
tidak sekadar menggertak, tetapi sungguh-sungguh hendak bertindak. Tidak dapat
hendak diramalkan apa bentuk suasana jika semua tindakan itu dikenakan.
Adalah faedah politik yang dicari
dari semua tindakan itu.
Jika semua tindakan itu hendak
dikenakan, maka pilihan raya tidak dapat diadakan selagi semua kes tidak
selesai. Najib tidak akan membiarkan semua kes itu tergantung bagi mengadakan
pilihanraya. BN dan Najib tidak dapat apa-apa faedah jika pilihan raya
diadakan sedang semua kes itu tidak selesai.
Jika pilihan raya diadakan dalam
keadaan demikian, maka apa jadi kalau dalam pilihan raya nanti Putrajaya jatuh
ke tangan Pakatan Rakyat?
Tentulah kerajaan Pakatan Rakyat
membatalkan semua arahan buru orang yang belum tertangkap. Semua yang sudah
ditangkap dilepas dan tiada tindakan akan diambil.
Semua kes yang sudah didakwa
digantung dulu. Tengok apa Peguam Negara dan pendakwa raya patut buat
dengannya.
Presiden Ceupacs pun tentang
tidak berkata apa-apa lagi kepada anak buahnya. Bahkan anak buahnya lebih riang
daripadanya. Akan ada pandangan bagi dari pembesar Ceupacs.
Saya tidak tahu siapa jadi
Menteri Dalam Negeri yang baru? Azmin Ali atau Salahuddin Ayub. Dia tidak perlu
tukar Ketua Polis Negara dan Timbalannya. Mereka pula tabik menteri baru itu.
Tun Hanif Omar akan jumpa menteri baru apa nak buat dengan jawatankuasa
penyiasat yang diketuainya?
Peguam Negara Tan Sri Gani Patail
pun akan jumpa Perdana Menteri bertanya boleh sambung khidmat lagi atau tidak?
Tentulah suasana akan berubah.
Perdana Menteri Najib macam mana?
Dia akan jadi macam Dato Onn bin Jaafar semasa Tunku Abdul Rahman Putra menjadi
Ketua Menteri Malaya selepas 27 Julai 1955.
Suasana itu antara yang sedang
pun difikirkan oleh Najib.
Sebelum keadaan seperti itu
berlaku Najib berfikir lagi tentang tarikh baru pilihanraya. Dia tidak akan
adakan selagi semua yang polis cari tidak ditangkap. Bukan saja ramai dari
mereka akan didakwa, tetapi dia mahu supaya semua kes itu diselesaikan
dulu.
Dia tidak mahu semua kes itu
tergantung ketika pilihan raya diadakan. Hukum dulu siapa yang disabitkan. Apa
kesannya? Masa itulah yang menentukan kesannya.
Maka selepas semuanya selesai
barulah tarikh pilihanraya diumumkan. Sebelum puasa atau selepas musim haji?
Bergantung secepat mana semua kes itu dapat diselesaikan.
No comments:
Post a Comment