Pada hari Ahad 20hb Mei 2012 ini, secara rasminya
bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia, Datuk Fauzi
Shaari akan masuk PAS.
Satu upacara khas akan diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak dimana YBhg Datuk Fauzi Shaari akan menyerahkan borang kemasukan ahlinya kepada Presiden PAS sendiri, YB Tuan Guru Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang.
Satu ceramah perdana akan diadakan juga pada hari tersebut.
Satu upacara khas akan diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak dimana YBhg Datuk Fauzi Shaari akan menyerahkan borang kemasukan ahlinya kepada Presiden PAS sendiri, YB Tuan Guru Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang.
Satu ceramah perdana akan diadakan juga pada hari tersebut.
Sila baca tulisan
Jamaluddin Rahman (JR – Pasti Jihad) yang lebih mengenali beliau :
Kebetulan Datuk Fauzi adalah jiran
sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau Perak. Beliau dilahirkan pada
tahun 1950, dan menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa
tempat dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan
terutama di Baling Kedah, dan tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu
sendiri.
Setelah beliau menyertai PDRM, saya
hanya berkesempatan bertemu beliau setahun dua tiga kali. Terutama di waktu
umat Islam menyambut Syawal, apabila beliau telah dilantik memegang jawatan
sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, dimana pada waktu yang sama saya
diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP. Selaku Ketua
Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan
untuk mendapatkan permit ceramah.
Pejabat beliaulah menjadi tempat
yang selalu saya kunjungi, sehinggakan ada dikalangan anggota polis menyangka
saya adalah salah seorang daripada mereka, begitu juga sahabat-sahabat daripada
PAS yang menyangka saya sebagai Special Branch(S.B). Kerana begitu mudah untuk
saya mendapatkan kerjasama dari pihak polis, diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang
Wangi inilah, beliau pernah disindir oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO),
kerana ketegasan beliau menggempur tempat-tempat maksiat dan persundalan
terutama di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi.
Sindiran menteri ini lebih kurang berbunyi “kalau dok serbu saja ianya akan
mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia”.
Mungkin pada pandangan Menteri ini
pelancung-pelancung yang datang ke Malaysia ini hanya berminat ketempat-tempat
maksiat seperti itu. Selepas tenguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada
halangan bagi Datuk Fauzi membanteras tempat-tempat perjudian dan persundalan
yang tidak dilesenkan.
Ini membuatkan saya menulis surat
kepada KPN pada waktu itu Tun Hanif Omar tentang halangan ini. Ekoran dari surat
saya itu, saya dimaklumkan beliau telah dipanggil oleh KPN dan saya juga
dipanggil oleh Ketua Polis KL ketika itu Datuk Ku Chin Wah.
Datuk Fauzi adalah seorang yang
sentiasa menjaga solatnya sejak dari remaja, dan inilah yang saya kira dapat
membantu beliau melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Walaupun
ada rakan-rakan yang memberi komen-komen yang agak negatif dalam posting saya 3
hari lepas, saya sangat-sangat mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat Allah
S.W.T semoga Datuk Fauzi dan keluarganya diberi kekuatan bersama-sama kita
mengharungi perjuangan ini.
Satu perkara yang perlu saya sebut
disini, di DUN Batu Kurau sangat-sangat dikenali sebagai kawasan UMNO HANGIT,
terutama di kampung Pantai Besar. Dengan penyertaan beliau menjadi ahli PAS,
saya sangat-sangat mengharapkan ianya memberi satu pukulan maut kepada Umno
Larut dan Perak khususnya.
Boleh di katakan 90 peratus dari
penduduk Batu Kurau ini mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Fauzi.
Disaat peserta-peserta BERSIH dibelasah oleh segelintir anggota polis, namun
disana masih ada polis yang berperikemanusian. Bagi saya bukan anggota polis
yang perlu dipersalahkan. Sebaliknya UMNOlah yang sepatutnya kita persalahkan
kerana menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk POLIS untuk menjadi benteng
mereka hinggakan polis bersikap seperti tidak berperikemanusian.
Akhir sekali saya menyeru
rakan-rakan dan sahabat handai serta kaum keluarga Datuk Fauzi marilah
bersama-sama kita berada dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan tidak lagi
bersekongkol dengan UMNO (BN) yang telah pun menggadai negara ini kepada warga
asing melalui pemberian My Kad (I.C) serta menjadikan mereka sebagai pengundi
berdaftar.
Kepada Datuk Fauzi saya ucapkan
syabas, Ahlan Wahsahlan, dan marilah sama-sama kita berdoa diberikan Taufik Dan
HidayahNYA.
No comments:
Post a Comment