DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, May 17, 2012

JANGAN LUPA MAKAN FREE DI DEPAN RUMAH TKPN


Mengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, yang berhimpun di mana-mana kawasan perumahan persendirian dibolehkan, sekiranya ia tidak menganggu kenteraman awam, maka sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari Ahad 20 Mei 2012 mulai jam 10.00 pagi.

Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu.

"Ini sebenarnya satu kempen kesedaran. Tosai adalah makanan yang sihat dan sajian sarapan bagi masyarakat India. Kami mahu mempromosinya," katanya ketika dihubungi.

Kumpulan itu memilih untuk membuka gerai di luar rumah Khalid di Taman Bukit Teratai Khalid kerana mereka "menghormati" beliau.

"Beliau telah berkata bahawa gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau katakan".

Barathidasan menambah bahawa kumpulan itu akan memohon permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk gerai tersebut, dan mungkin meneruskannya juga walaupun ia ditolak.

"Kita hanya mahu beri orang ramai sarapan yang sihat. Kami tidak menjual apa-apa," katanya.

AMALKAN CARA PEMAKANAN YANG SIHAT....KALAU IANYA PERCUMA SUDAH PASTI LAGI HEBAT!!!



JAMUAN THOSAI PERCUMA DI DEPAN RUMAH TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA, BUKIT TERATAI AMPANG PADA HARI AHAD 20HB MEI 2012 MULAI JAM 10.00 PAGI.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BERSAMA AHLI KELUARGA DAN SAHABAT TAULAN SERTA KENALAN.

2 comments:

Amuraria said...

ITTELI PUN TARUH SAMA LA DENGAN TOSAI,KALU BOLEH LAGI HEBAT TARUH SAMA LADDU& WADEY FUH BARU BEST TERANGKAT,BIAR PADAN MUKA TKPN YANG MUKA PUN KURANG LEBIH MACAM TOSAI JUGA ;) KITA TENGOK APA MANGKUK TU NAK KATA PULA ! KALU DIA BISING BAGI TOSAI SURUH DIA MAKAN ;)

Tun_Telanai said...

Bersetuju dengan pandangan tuan