Oleh : Aspan
Alias
Berbagai-bagai
isu yang dihadapi oleh PM Najib nampakya tidak pula mendapat pembelaan dari
pemimpin partinya dengan jelas. Pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak ada yang
kehadapan untuk mempertahankan Najib dalam isu Scorpene.yang Najib dikatakan
terlibat secara terus. Pendakwaraya di Perancis telah memberitahu Suaram yang
Najib pernah meminta USD 1 billion untuk dimasukkan ke akaun Paremekar Sdn Bhd
sebagai syarat untuk DCNI bertemu dengan beliau di Paris. Kenyataan pihak
pendakwa itu amat serius kerana ia melibatkan ketua negara sebuah negara yang
dikatakan berdaulat ini.
Selalunya
jika ada apa-apa tuduhan dan kenyataan yang disebut sebagai salah laku pemimpin
kita, akan bertalu-talulah pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan membela yang
dilibatkan itu. Najib nampaknya kesaorangan dan tidak ada menteri-menteri dan
ahli-ahli jemaah kabinetnya mengeluarkan kenyataan mempertahankan Perdana
Menteri yang telah melantik dan diberi tanggungjawab oleh Najib. Tidak ada satu
pun media perdana menyentuh isu dakwaan terhadap Najib ini. Saya telah membeli
Utusan untuk menyemak samada akhbar organ UMNO itu menyentuh isu ini atau
tidak.
Tuduhan ini
amat serius dalam masa Najib sedang berhempas pulas untuk mendapatkan kembali
sokongan rakyat yang telah jelas tidak lagi memberikan dukungan yang pernah
diperolehi oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum beliau. Rakyat sedang
menunggu reaksi Muhyiddin Yassin, sepupu Najib, Hishamuddin Husein serta
panglima-panglima Najib yang lain.
Saya tidak
tahu kenapa UMNO tidak membuat perhimpunan Agong Khas untuk menangani isu ini
dan membuat keputusan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap
Presidennya yang sedang menghadapi berbagai-bagai cobaan dan masalah yang
besar sejak akhir-akhir ini. Mendiamkan diri dalam isu ini bermakna bersetuju
dengan tuduhan pendakwa di negara Perancis itu. Persidangan khas untuk
menangkis isu ini amat wajar diadakan dengan segera.
Lepas satu
isu datang lagi isu-isu yang berat yang menghadapi Najib dan sikap ramai
pemimpin-pemimpin tertinggi parti sekarang ini seolah-olah ada perancangan
untuk membiarkan Najib menghadapi isu kepimpinan seorang diri sahaja. Saya
mencadangkan supaya Majlis Tertinggi bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan
resmi tentang pendirian parti keatas isu yang dihadapi oleh seorang Perdana
Menteri negara kita ini.
Ini
melibatkan isu dan tuduhan rasuah seorang Perdana Menteri sebuah negara
merdeka. Najib bukannya pemimpin kecil. Beliau seorang Perdana Menteri Malaysia
yang mempunyai kuasa memasukkan dan mengeluarkan sesiapa yang beliau suka ke
penjara. Najib bukannya Presiden Filipina yang mana seorang Presiden boleh
dihadapkan ke Mahkamah di atas berbagai-bagai masalah.
Perdana
Menteri Malaysia adalah kebal dari tindakan undang-undang dan boleh melakukan
apa yang beliau suka walaupun kerja-kerja jenayah yang besar-besar. Yang tidak
boleh lari dari tindakan mahkamah ialah mata-mata (Polis) yang menerima rasuah
dua tiga ratus atau pun kerani pejabat tanah yang menerima suapan dua ratus
ringgit.
Berbalik
kepada tuduhan pendakwa Perancis yang telah menghantar kandungan komunikasi
Najib dengan DCNI itu tentang permintaan USD 1billion oleh Najib itu kepada
Suaram amat memberi kesan yang amat buruk kepada negara.
Rakyat mahu
melihat pemimpin-pemimpin politik UMNO dan BN mengeluarkan kenyataan dan
menzahirkan pendirian mereka terhadap isu yang melibatkan Perdana Menteri kita.
Reaksi barisan pimpinan kita amat penting kerana ia melibatkan maruah negara
kita. Yang dinamakan sebagai seorang yang terlibat dalam isu sensitif ini ialah
Perdana Menteri negara yang berdaulat dan merdeka.
Dengan
berdiam diri boleh ditakrifkan yang pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO dan BN
mempunyai kepercayaan yang kuat yang apa yang dikatakan oleh pendakwa di Paris
itu adalah benar belaka. Jika itulah pandangan barisan kepimpinan UMNO maka
yang kita tunggu ialah untuk melihat bagaimana Najib akan disingkir atau
tersingkir dari jawatan yang amat beliau perlukan untuk dikekalkan.
Itulah
sebabnya blog ini selalu mengingatkan Najib yang penting beliau uruskan ialah
pemimpin-pemimpin dalam partinya sendiri; bukannya menumpukan perhatian kepada
parti-parti pembangkang.
Najib perlu
sedar yang musuh yang terang dihadapan beliau tidak begitu merbahaya untuk
beliau. Yang lebih bahaya ialah ular-ular sawa yang sedang mengintai-ngintai
untuk mematuk dan membelit beliau.
Sesungguhnya
Najib adalah seorang pemimpin yang dalam kesunyian. Beliau kesaorangan. Beliau
nampaknya akan mengalami apa yang dialami oleh Abdullah Badawi. Sejarah
Abdullah akan berulang.
Apabila saya
memikirkan bermacam isu yang menjejaskan rakyat dan negara ini dengan mendalam,
saya merasakan saya telah bersama dengan beberapa orang yang lain telah
melakukan yang terbaik dengan menyertai DAP. Parti ini tidak ada masalah
kepimpinan yang dipersoalkan kewibawaan mereka seperti yang berlaku
terhadap ramai kepimpinan BN.
Bagi
mengelak dan menjauhi diri dari kumpulan yang tidak bermoral ini, keluar dari
UMNO itu merupakan satu-satunya jalan yang ada kepada kita semua. Ramai yang
tidak faham lagi sikap dan sifat kepimpinan UMNO. Bercakap berderai-derai
tentang Islam tetapi apa yang dilakukan mereka semuanya anti dan bersalahan
dengan syariat Islam. Itulah namanya sifat hipokrit
Bagi mereka
yang tetap imannya mereka boleh berada dimana-mana kerana orang yang beriman
itu seperti ikan yang hidup dilautan yang dalam dan masin. Ikan yang hidup
tidak akan rasa masin jika dikeluarkan dari lautan yang masin itu. Ikan yang
jenis ini adalah ikan segar dan begitu enak dimasak dan di gulai.
Sebaliknya
kepada ikan yang telah mati (tidak berjiwa lagi) jika dikeluarkan dari lautan
dan dijemur akan menjadi ikan kering masin. Ikan masin hanya sedap dijadikan
perasa di dalam masakan sayuran kangkong dan kailan sahaja. Maksud saya
pimpinan UMNO sudah tidak berjiwa lagi.
Dalam isu Scorpene ini UMNO patut memanggil Persidangan Agong khas untuk menyelesaikan isu ini secara resmi. Yang dituduh itu bukannya Mat Rempit. Beliau adalah Perdana Menteri.
Dalam isu Scorpene ini UMNO patut memanggil Persidangan Agong khas untuk menyelesaikan isu ini secara resmi. Yang dituduh itu bukannya Mat Rempit. Beliau adalah Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment