Jika Altantuya masih
hidup, hari ini genap 33 tahun usia wanita itu yang ditemui mati dibunuh dengan
kejam di sebuah hutan di Puncak Alam, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober
dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
Altantuya
dilahirkan pada 6 Mei 1978, anak kepada Shaaribu Setev-seorang profesor
psikologi dan ibunya, Sh Altantsetseg.
Dibesarkan
di St Petersburg Rusia sehingga 12 tahun, beliau mendapat pendidikan di Beijing
China dan fasih berbahasa Mongolia, Inggeris, Rusia Mandarin dan Perancis.
Pembunuhan
kejam wanita cantik itu, menggemparkan negara apabila mayatnya diletupkan
dengan bom C4, yang hanya boleh diperoleh dari kementerian pertahanan.
Tiga
didakwa di mahkamah iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar
Umar dari Unit Tindakan Khas. Manakala seorang lagi, Abdul Razak Baginda iaitu
kenalan rapat perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dituduh bersubahat.
Bagaimanapun,
Azilah dan Sirul dijatuhi hukuman mati 9 April 2009, manakala Razak dibebaskan
oleh mahkamah tinggi pada 31 Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri.
Razak
Baginda, yang juga merupakan seorang penganalisis politik, dikatakan mempunyai
hubungan intim dengan Altantuya.
Beliau
merupakan seorang broker dalam pembelian kapal selam Scorpene, oleh Tentera
Laut Diraja Malaysia menerusi syarikatnya, Perimekar Sdn Bhd yang memperoleh
komisyen lebih RM500 juta.
Dari
situ kes pembunuhan kejam ini mengheret nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak yang pada masa itu menteri pertahanan.
Pada
3 Julai 2009, seorang penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam, bekas anggota
polis cawangan khas dan pernah bertugas dengan Abdul Razak, membuat pendedahan
mengaitkan Najib dalam kes itu.
Beliau
membuat sidang media mengumumkan akuan bersumpah yang dirangka bersama
peguamnya, Americk Singh Sidhu sebelum menukar akuan bersumpahnya sehari
selepas itu.
Pada
Mac lalu, Hakim dalam kes pembunuhan kejam itu tidak menyentuh secara langsung
mengenai motif pembunuhan yang dilakukan dua anggota polis tersebut dalam
penghakiman penuh beliau.
Ia
menimbulkan persoalan di kalangan rakyat dan pemerhati politik.
Ketua
Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada April lalu mendakwa siasatan ke
atas pembelian Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis pada masa
ini, akan membongkar semula kes pembunuhan wanita berkenaan.
Mahkamah
Perancis kini membuka siasatan ke atas skandal Scorpene yang dibeli dari
syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima aduan NGO hak asasi di
Malaysia, Suaram.
Mengulas
mengenai misteri pembunuhan Altantuya, Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Badrul
Hisham Shahrin berkata, kes itu akan terus membayangi pentadbiran Najib
Razak.
Ia
katanya, merupakan satu kes paling aneh di dunia, apabila mahkamah tidak
memutuskan motif pembunuhan.
“Ini
kes penting melibatkan wang rakyat di mana penglibatan tokoh besar dalam negara
dan berkaitan rasuah.
“Rakyat
khasnya anak muda mahu tahu misteri di sebalik kematian wanita ini. Jika
beliau masih hidup, usianya kini ialah 33 tahun,” katanya yangpernah
menghasilkan buku bertajuk ‘Di Sebalik Pembunuhan Altantuya’.
Badrul
berkata, jika kes itu dirungkai semula, ia akan mendedahkan lebih banyak
kes-kes yang berkaitan dengan skandal melibatkan Najib Razak.
No comments:
Post a Comment