DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, March 12, 2012

AGAMA, BANGSA DAN NEGARA: TAPI KELUARGA SHAHRIZAT MEMBAWA WANG RAKYAT KELUAR NEGARA!

Situasi nampak kritikal untuk Pusat Feedlot Negara yang dihujani kontroversi sejak beberapa bulan yang lepas. Dengan keengganan PM Najib Razak mengambil apa-apa tindakan, pinjaman RM250 juta kerajaan itu mungkin akan hilang terus sekiranya aset luar negara para pengarah NFC tidak dibekukan, tegas pemimpin DAP Tony Pua.

Tambahan pula, bukan sahaja persoalan rasuah yang dibahaskan sekarang tetapi juga pemimpin parti Umno yang dengan bersahaja menganugerahkan projek ternakan daging lembu itu kepada keluarga Ketua Wanitanya, Shahrizat Jalil.

“Agama, bangsa dan negara’ – ini yang dilaungkan oleh UMNO, parti pemerintah apabila Tony, Ahli parlimen PJ Utara menuduh bahawa salah seorang anak Shahrizat yang ditugaskan untuk mengurus projek kebangsaan itu telah membawa wang yang berasal daripada pinjaman RM250 juta kerajaan Malaysia ke Singapura

Projek tersebut bertujuan untuk membekalkan 40% daripada bekalan daging lembu Malaysia dan membolehkan ia dijual pada harga yang lebih murah. Projek ini telah dianugerahkan kepada keluarga Shahrizat pada tahun 2006.

Pengubahan Wang Haram

Menurut Tony, anak lelaki Shahrizat yang juga salah seorang pengarah NFC; Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh telah menjual sebuah syarikat makanan dan minuman yang diasaskan di Singapura menggunakan wang daripada projek ternakan lembu itu.

Tindakan Izran itu adalah seperti pengubahan wang haram, Tony memberi amaran seraya menyeru pihak polis untuk membekukan aset milik NFC diluar negera sementara siasatan dijalankan dan demi memastikan dana rakyat diselamatkan.

“Ini menunjukkan pengarah NFCorp sedang melupuskan aset milik mereka di Singapura atau menyembunyikannya. Kami menyeru pihak polis untuk menyiasat pelupusan aset tersebut di Singapura tetapi kami pula telah mendapat tahu berapa banyak dana telah dipindahkan ke sana sebelum ia dijual kepada pihak lain dengan jumlah yang tidak diketahui,” Tony memberitahu sidang media pada Jumaat lepas.

Najib yang tercemar sudah tersepit

Sungguhpun bukti terhadap keluarga Shahrizat sudah menggunung, mereka terus menerus menyangkal penyalahgunaan kuasa. Dan sungguhpun pihak polis mengesyorkan agar suami Shahrizat, Salleh Ismail didakwa kerana pecah amanah- Najib terus berdiam diri.

Najib sendiri berhadapan dengan kemungkinan dibongkarkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Beliau mungkin juga telah menggunakan wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi. Sebuah lagi parti pembangkang, PKR dijangka akan membongkarkan salahlaku beliau dalam sebuah sidang media pada petang ini.

Pemerhati mengatakan bahawa sebab mengapa Najib cuba mempertahankan Shahrizat adalah kerana beliau telah memberi amaran bahawa pemimpin Umno lain juga mempunyai masalah. Kenyataan ini menunjukkan bahawa beliau mungkin tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan salah laku mereka, termasuk Najib jika keluarga beliau didakwa.

Sementara itu, menurut Tony, syarikat di Singapura yang diasaskan keluarga Shahrizat, Straits Beverages Pte Ltd pada bulam Mac 2010 dengan Izran sebagai pemegang saham sepenuhnya telah dijual kepada British Virgin Island company, Gold Index International Ltd, selepas beliau meletak jawatan sebagai pengarah pada 2 Disember 2011.

Izran, dua adik beradiknya dan ayahnya adalah pengarah NFCorp, sebuah syarikat keluarga yang menguruskan projek NFC. Menurut Accounting and Corporate Regulatory Authority, Singapura, dua orang warga negara itu, Alphonsus Wee dan Amir Mulyani Mohamed Solay telah dilantik sebagai pengarah Starits Beverages.

Menyimpan wang dalam Deposit Tetap

Selain daripada penjualan firma ini, keluarga Shahrizat juga dituduh menggunakan wang pinjaman tersebut untuk memasukkannya dalam deposit tetap di dua buah bank besar untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membeli kondominium mewah dan juga mewujudkan sebuah kedai runcit mahal di Singapura.

“Mereka tidak menggunakanRM250 juta itu untuk membangunkan NFC tetapi memasukkannya dalam deposit tetap. Dengan ini, deposit tetap itu dapat juga digunakan untuk mendapatkan pinjaman lain. Jika ini yang berlaku, ia adalah baik untuk keluarga Shahrizat tetapi bukan untuk NFC,” ujar pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kepada Malaysia Chronicle.

Sememangnya Ketua Audit Negara telah mendedahkan dalam laporan 2010 bahawa NFC mempunyai kelemahan dalam pengurusan dan ia juga jauh ketinggalan dalam target pengeluaran produk daging lembunya.

Kes klasik bagaimana pihak elit membawa wang keluar dari negara

Kes NFC dilihat sebagai kes klasik tentang bagaimana wang negara dialirkan keluar dari Malaysia oleh pemerintah kita yang tidak beretika. Sejak tahun 2000, sejumlah RM 1 trillion telah alirkan secara haram ke luar negara. Ini telah dilaporkan oleh Global Financial Integrity, sebuah badan ketelusan di New York.

Walaupun pihak GFI menawarkan untuk membantu pentadbiran Najib mengesan pengeluaran wang secara haram itu, Najib enggan menerimanya. Ini memberi kita bayangan betapa rosaknya negara ini dek aktiviti rasuah dan haram yang dilakukan oleh Umno.

Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

No comments: