DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, February 12, 2012

BBC MOHON MAAF SIARKAN DOKUMENTARI TAJAAN M'SIA

Perbadanan Penyiaran British (BBC) telah memohon maaf kerana menyiarkan program hal ehwal semasa yang ditaja, termasuk lapan yang memaparkan Malaysia.

Dalam satu kenyataan di laman web BBC semalam, badan itu berkata "sebilangan kecil" program-program yang disiarkan di BBC World News antara Feb 2009 dan Julai 2011, melanggar peraturan dalaman yang bertujuan melindungi integriti editorial.

"Peraturan ini memastikan program ini adalah berkecuali dan dilihat bebas dari pengaruh iklan atau tekanan sama ada dari dalam mahupun luar," kata kenyataan tersebut.

Walaupun program yang tidak berkaitan dengan Malaysia disebut tanpa mendedahkan butiran terperinci, BBC menyatakan dengan jelas bahawa lapan program yang disiarkan mempunyai “hubungan kewangan” dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat percanggahan kepentingan, walaupun BBC tidak menyedari perkara berkenaan ketika program itu disiarkan," kata kenyataan tersebut.

Ia juga langsung tidak menyebut mengenai firma perhubungan awam yang berpangkalan di London FBC Media Ltd yang menerbit atau menghasilkan lapan program dokumentari berkenaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui di Parlimen bahawa kerajaan telah membayar 19.6 juta euro (RM80 juta) kepada FBC Media antara 2007 dan 2010 untuk meningkatkan imej Malaysia di mata dunia antarabangsa.

Antara lain, dokumentari yang diterbitkan memberikan gambaran yang positif mengenai industri kelapa sawit Malaysia dan layanan istimewa terhadap orang asli di negara ini.

Sumber : Malaysiakini

Baca juga artikel-artikel di bawah :

BBC akui siarkan propaganda k'jaan Malaysia

'Dokumentari tak etika': Akhbar British bidas BBC

BBC minta maaf siar program berbayar tentang M'sia

DAP saran Najib belajar mohon maaf dari BBC

No comments: