SHAH ALAM - Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu.
Dia ditahan pagi semalam selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.
Menurutnya, lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah diambil.
“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.
Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.
Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.
Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.
Sumber : SinarHarian
Ulasan :
Tahniah polis.Kitatidak mahu perkara seumpama ini berlaku lagi di masa-masa akan datang. Awas aktiviti menganggu dan menimbul kekecuhan sering berlaku .Di Melaka gangguan ceramah Pakatan Rakyat sering diganggu oleh bajingan UMNO yang direstui dan disokong oleh KMnya sendiri. Budaya tidak bertamadun wajib dihentikan segera. Kalau tidak ia akan menimbulkan haru-hara yang boleh mengancam keselamatan awam kerana pihak UMNO boleh kata apa pun yang ia mahu melalui berbagai saluran, tetapi apabila Pakatan Rakyat hendak menjawab balik isu yang ditimbulkan, ianya disekat pula. Tentulah perkara ini menimbulkan kemarahan pihak Pakatan.
Semua orang, individu dan kumpulan ada hak masing-masing untuk mengeluarkan pandangan yang pastinya berbeza dengan kehendak dasar UMNO yang memerintah Negara ini. Biarlah hak itu memenuhi kehendak perundangan dan agama dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya. Tidak ada bukti bahawa dengan adanya aktiviti ceramah dan sebagainya boleh menimbulkan haru-hara, kecuali jika ada provokasi dari pihak polis dengan arahan pemimpin UMNO dan bajingan UMNO sendiri yang turut menganggu sesuatu majlis yang diadakan.
Individu dan kumpulan yang menentang pandangan orang lain yang tidak sebulu dengannya ialah merupakan golongan dajjal IBLIS-SYAITAN bersalutkan wajah manusia.
Kita mengharapkan tidak ada tekanan dari UMNO. Polis boleh selesaikan masalah ini mengikut perundangan yang sedia ada. Orang yang menceroboh dan menganggu pihak lain (walaupun UMNO tidak suka), ia tetap melakukan kesalahan yang berat kerana ia menggalakkan wujudnya samseng-samseng jalanan yang senantiasa menanti mangsanya.
No comments:
Post a Comment