LAMAN ini telah beberapa kali mempertikaikan kredebiliti MalaysiaKini dan fungsinya sebagai portal berita pro Pakatan Rakyat yang efektif dan berbaloi untuk ditaja.
Terbaru apabila MalaysiaKini meminta maaf kepada Tan Sri Taib Mahmud berhubung penyiaran 12 ARTIKEL berkaitan penyelewengan dalam urusan pembalakan pada tahun 2007. Permohonan maaf ini adalah jalan penyelesaian ke atas saman yang dkemukakan Taib kepada Mkini Dot Com kira-kira 4 tahun lepas.
Persoalannya sekarang, kenapa perlu meminta maaf?
Artikel yang diterbitkan bukan satu atau dua tapi 12 artikel keseluruhannya! Sudah tentu penerbitan artikel sebanyak ini memerlukan kajian yang mendalam dan sumber yang banyak.
Persoalannya sekarang, kemana hilang sumber dan kajian-kajian tersebut sehingga MalaysiaKini begitu mudah mengemukakan permohonan maaf?
Umum mengetahui, Pakatan Rakyat dan parti komponennya begitu menyokong MalaysiaKini, baik dari segi berita mahupun kewangan.
Pemilihan MalaysiaKini sebagai ‘medium berita tidak rasmi’ Pakatan Rakyat pada satu ketika memang tepat kerana keupayaan wartawan MalaysiaKini membongkar segala penyelewengan kerajaan Barisan Nasional.
Tapi itu dulu.
Kebelakangan ini MalaysiaKini kelihatan kehilangan arah. Berita yang dilaporkan lebih kepada manipulasi politik yang memualkan. Tidak terkecuali dalam hal saman Taib Mahmud ke atasnya, itupun nak dipusing-pusingkannya juga.
MalaysiaKini hari ini memetik laporan Sarawak Post yang memberikan ‘kemenangan’ kepada MalaysiaKini dalam pertikaian undang-undang dengan Taib Mahmud. Walaupun disiarkan oleh Sarawak Post tetapi kenapa MalaysiaKini begitu dangkal untuk ‘menyedut’ masuk berita tersebut ke dalam halamannya?
Fakta tetap fakta, kemenangan apa kalau MalaysiaKini yang ‘sukarela’ meminta maaf kepada Taib secara terbuka di dalam mahkamah?
Itu bukan kemenangan tapi kekalahan. Pusinglah kot mana sekalipun, tetap hakikat sebenarnya, MalaysiaKini ‘dilihat’ berdusta dalam penyiaran artikel tersebut apabila meminta maaf kepada Taib.
Hendaknya, biar MalaysiaKini bankrap kerana kos guaman kes ini dan membayar jumlah saman yang diputuskan mahkamah, daripada menggadai maruah, kredebiliti dan intergritinya dengan meminta maaf!!
Mungkin pengurusan MalaysiaKini merasakan, pertikaian undang-undang yang berpanjangan akan memakan sumber kewangan mereka yang bukan sedikit.
Tapi sedarkah MalaysiaKini bahawa dengan meminta maaf, mereka akan jauh lebih kerugian kerana tidak ada lagi orang yang mahu melanggan berita dari MalaysiaKini kerana sumber dan nilai berita itu sendiri yang boleh dipertikaikan.
Apatah lagi bila Pakatan Rakyat turut terseret sama kerana isu-isu yang dibangkitkan dalam 12 artikel tersebut menjadi bahan kempen dalam pilihanraya negeri yang lepas. Sekarang Pakatan Rakyat terpaksa mencari isu-isu terbaru dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang bagi memastikan kemenangan kerusi-kerusi Parlimen di Sarawak.
Sebelum ini pun langganan berita dari MalaysiaKini dilaporkan semakin merosot, sukar dibayangkan apa yang akan berlaku selepas ini. Mungkin Steven Gan terlupa, tapi portal berita internet bergantung sepenuhnya kepada kredebiliti dan intergriti untuk melariskan langganan
Justeru penulis menyokong tindakan penganjur Kempen Bebaskan Anwar 11 memilih portal Malaysian Insider sebagai penyiar dan pembekal berita rasmi. Memang ia pemilihan yang tepat dengan masa dan keadaannya.
Sumber : DI SINI
Baca juga artikel ini.
Ini menunjukkan bahawa MK sekarang tidak boleh digantung harap membantu menyeimbangkan berita di antara PR dan BN. BN mempunyai 26 saluran tv dan radio (termasuk swasta), manakala PR tidak mempunyai sebarang saluran ini yang amat berpengaruh di kalangan rakyat (terutama di luar bandar), melainkan internet yang amat terhad pengaruhnya ke atas pengembangan ilmu pengetahuan semasa (pandangan ke dua) bagi membolehkan rakyat membuat pemilihan yang tepat.
No comments:
Post a Comment