DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, January 6, 2012

ASPAN ALIAS : SAYA KENAL SANGAT DENGAN UMNO DAN NILAI KEPIMPINANNYA

Saya ditanya oleh seorang dua rakan kenalan saya berhubung dengan spekulasi yang saya akan menyertai DAP setelah begitu lama di dalam UMNO. Pertanyaannya mudah saya fahami. Mereka bertanya adakah saya betul-betul telah mengenali DAP sehingga saya mengambil keputusan untuk keluar parti yang telah memerintah negara sebegitu lama. Saya mengenali sahabat-sahabat saya ini begitu lama dan saya tahu soalan mereka itu adalah soalan yang jujur terbit dari sanubari mereka.

Sebelum saya menjawab soalan mereka berdua ini saya sudah tahu yang mereka hanya memerlukan penjelasan yang jujur dari saya dan saya juga tahu jika saya bercakap benar dan jujur mereka tidak ada apa-apa halangan untuk saya menyertai DAP jika saya berkehendak. DAN selang 2 hari mereka telah memberitahu saya yang mereka akan memberikan sokongan kepada DAP dan Pakataan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

Soalannya itu sebenarnya soalan yang sangat mudah tetapi oleh kerana mereka berdua belum mendapat penjelasan saya sahaja yang mereka ada sedikit keraguan tentang isu saya bakal menjadi ahli DAP. Mereka bertanya bukan kerana mereka sebagai seorang politikus. Mereka merupakan sahabat saya selama lebih dari 45 tahun. Itu sebabnya mereka bertanya apakah saya benar-benar memahami DAP dan saya bersetuju untuk menyertainya.

Saya menjawab yang saya mungkin belum memahami DAP seratus peratus. Yang saya tahu DAP adalah parti halal dan pemimpin-pemimpin mereka serius dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap negara yang berbilang kaum ini. DAP mempunyai disiplin yang tinggi sebagai sebuah badan siasah dan rekod DAP memerintah P Pinang misalnya telah banyak membuktikan yang mereka benar-benar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ‘integrity’, mengikuti lunas undang-undang serta etika yang tinggi.

Mungkin itu sahaja yang saya faham tentang DAP. Tetapi saya menyatakan dengan jelas kepada sahabat-sahabat saya ini, yang saya memang tersangat kenal dengan UMNO. Oleh kerana saya terlalu mengenali UMNO itulah, saya mungkin mengambil keputusan untuk menyertai DAP seperti yang dihebohkan oleh media sekarang ini. Saya rasa tidak ada yang saya tidak kenal tentang UMNO ini kerana saya sudah menyertai UMNO ini selama 40 tahun lamanya.

Oleh kerana saya terlalu kenal dengan UMNO inilah yang membuatkan saya tidak lagi mampu mengawal kesabaran saya dan saya mungkin mengambil keputusan menyertai parti DAP dalam tempoh yang terdekat ini.

Saya tahu dan faham yang masalah yang di hadapi oleh UMNO ini merupakan masalah yang sudah begitu lama. Saya tidak bercadang menyebutnya dalam ‘article’ ini kerana kebanyakannya telah pun saya tulis sejak beberapa tahun yang lalu. Saya sudah berkeyakinan tinggi yang UMNO tidak mungkin berubah kerana sedang dikawal rapi oleh ‘war-lords’ di sekeliling pucuk pimpinannya.

UMNO sudah menjadi premis perniagaan bagi ‘war-lords’ dalam UMNO ini dan ia tidak mungkin berubah kerana pimpinannya pun mempunyai kepentingan yang sama seperti semua ‘warlords’ yang mempengaruhi UMNO ini. Maka UMNO telah terlalu ‘detached’ dengan ahli-ahlinya yang ramai itu.

Itu sebabnya saya selalu berkata yang ahli-ahli UMNO yang ramai-ramai ini hanyalah merupakan kuda-kuda tunggangan kepada ‘war-lords’ ini yang hampir dengan pucuk pimpinan UMNO sejak beberapa lama dahulu. Kepada penyokong-penyokong yang kononnya mempunyai semangat berkobar-kobar itu benar-benar memberikan kekuatan kepada ‘war- lords war-lords’ ini untuk terus memerah dan mengelirukan rakyat yang rata-rata telah diikat pemikiran mereka untuk mengakui yang UMNO itu adalah parti perjuangan orang Melayu.

Saya selama ini bersabar melihat keadaan ini dengan penuh harapan yang akhirnya UMNO akan berubah dan saya hanya duduk mendiamkan diri di rumah bersama cucu-cucu. Tetapi rupa-rupanya UMNO tidak juga berubah sedangkan rakyat memerlukan perubahan itu secepat yang mungkin untuk berlaku..tetapi bagaimana hendak membersihkannya? Bagaimana ‘mob’ yang terlalu kotor boleh membersihkan lantai yang kotor? Itu mustahil.

Walaupun saya belum mengenali seratus peratus tentang DAP, tetapi saya mengenali UMNO seratus peratus kerana saya telah menjadi ahli kedua-dua UMNO itu hampir 40 tahun.Kerana mengenali UMNO sebegitu lama lah, maka saya mengambil sikap untuk tidak bersamanya lagi.

Kedua orang sahabat yang bertanya itu telah mengakui yang saya mempunyai asas untuk menyebelahi DAP dan ianya merupakan satu tindakan saya yang boleh membuka minda kepada mana-mana orang Melayu yang bersedia untuk berfikir dan menjadikan DAP sebagai wadah perjuangan untuk membantu pencapaian matlamat yang ‘ultimate’, iaitu “national unity’.

Kita mesti berubah untuk menolak sentimen perkauman dan ‘racial chauvinism’ yang menebal di kalangan rakyat.

Sumber : AspanAlias.blogspot.com

3 comments:

Amuraria said...

MOGA SEMUA MELAYU ISLAM PUNYAI MINDA DAN KETERBUKAAN HATI UNTUK UBAH DEMI KESEJAHTERAAN DARI TERUS DILEMBUKAN PARTI AEKUTU APCO YANG MENGAKU PEMBELA MELAYU & ISLAM ,TAPI PENGKHIANAT NEGARA ,BANGSA DAN AGAMA SEBENARNYA !

Poh Swee Hiang said...
This comment has been removed by the author.
Poh Swee Hiang said...

Bercerai kerana terlalu kenal. Tak kenal maka tak cinta.