DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, January 23, 2012

PENGANJUR CERAMAH ABU BUAT LAPORAN

Wakil penganjur yang mengadakan ceramah Asal Bukan Umno akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini, berkaitan serangan yang dilakukan pihak yang berkenaan pada ceramah mereka, malam Sabtu lalu.

Ahli jawatankuasa Gerakan Rakyat Asal Bukan Umno, Haris Ibrahim berkata, laporan tersebut melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan serangan yang dibuat pihak berkenaan ketika ceramah diadakan.

Menurutnya, wakil daripada pihak penganjur akan hadir menyokong laporan yang dibuat pada hari ini.

“Laporan polis dibuat melibatkan beberapa perkara yang berkaitan kekecohan yang ditimbulkan pihak yang berkenaan dan tindakan pihak berkuasa yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Laporan polis dibuat selepas tiga hari kejadian serangan ke atas orang ramai yang menghadiri ceramah Asal Bukan Umno, di Dewan Majlis Daerah Shah Alam (MBSA), Jalan Kebun.

Akibat serangan yang dipercayai dilakukan sekumpulan lelaki itu mengakibatkan seorang lelaki cedera dan terpaksa di bawa ke hospital untuk rawatan.

Pihak penganjur terpaksa menangguhkan ceramah atas alasan keselamatan orang ramai pada malam tersebut.

Ceramah Gerakan Rakyat Asal Bukan Umno di dewan MBSA adalah yang ketiga dianjurkan selepas di Gombak dan Bayan Baru dan difahamkan juga menerima gangguan yang sama oleh pihak berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Ulasan :






Rakyat nak tenguk macam mana pihak polis nak bersilat untuk mempertahankan kuncu-kuncu dan banjingan UMNO. Bukti-bukti sudah ada di depan mata. Apa lagi!

2 comments:

Anonymous said...

akan keluar jawapan laporan kes ditolak kerana tak cukup bukti.....walau pun bukti gambar dan video diberikan....

Tun_Telanai said...

Begitulah sdr anonymous kita hidup di dunia yang diperintah oleh UMNO yang beraja di mata dan bersultan di hati. apa saja yang UMNO semuanya betul. Marilah berubah hapuskan UMNO dalam PRU ke-13 untuk generasi masa depan yang lebih gemilang.