BELANJA RM300,000 CEMARKAN WASATHIYAH @NAJIBRAZAK
Perbelanjaan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berjumlah lebih RM300,000 di Sydney yang didedah dekat Australia dalam sehari sekaligus mencalar gerakan kesederhanaan atau wasatiyyah yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
“Malah ajaran Islam sendiri, struktur dan prinsip kewangan Islam telah lama meletakkan kepentingan awam lebih tinggi daripada kepentingan peribadi,” kata Najib. [Utusan Malaysia Online, 18 Januari 2012]
Penubuhan Institut Wasathiyyah oleh Najib tiada makna sekiranya isterinya sendiri ekstrem dalam berbelanja.
Penganjuran Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global yang dihadiri oleh pelbagai perwakilan dunia juga tidak ada gunanya kalau RM300,000 dibelanja oleh isteri sendiri dalam sehari. Ekstream!
Tidak ada gunanya Najib mengaku bahawa beliau menulis buku Global Movement of Moderates kalau isteri sendiri tidak moderat. RM300,000 habis dibelanja dalam sehari, ekstream!
Pendek kata, “Belanja RM300,000 tak calar amalan wasatiyyah (kesederhanaan) ‘isteri’ saya.” : pandangan penulis.
No comments:
Post a Comment