Umno buat 77 laporan polis ancam rakyat sertai ‘Kempen Selamatkan Anwar 901'
Kira-kira 77 laporan polis dibuat oleh Umno bagi menghalang kebangkitan rakyat menyertai ‘Kempen Bebaskan Anwar 901′ yang dirancang di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Utusan melaporkan, Umno membuat 49 laporan polis di Selangor, diikuti Negeri Sembilan (28), Sabah (6), Terengganu (6), Kuala Lumpur (4), Perak (2) dan Pulau Pinang (1).
“Kita menentang ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ yang dikatakan akan diadakan menjelang keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.
“Kempen ini dilihat satu usaha yang tidak sihat kepada keamanan negara. Kempen ini juga dilihat seperti menghasut serta mencetuskan kebencian rakyat terhadap institusi perundangan di negara ini,” dalih Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Azhari Shaari.
Beliau berdalih huru hara akan berlaku sehingga menjejaskan aktiviti sosial dan ekonomi negara.
Dijangka, rakyat akan berdepan dengan tindakan lebih agresif daripada polis atas arahan pemimpin tertinggi Umno Barisan Nasional demi mengelak agenda selamatkan Malaysia di pilihan raya umum ke-13 dari berlaku. -END
Sumber : DI SINI
No comments:
Post a Comment