DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, December 31, 2011

INI DIA RUPA BENTUK MALAYSIA BARU YANG NAJIB INGINKAN

“Siapa Menteri Umno yang tidak bermasalah” – Sharizat NFC


TENGOK TU - LAKI BINI TERSENGEH SENYUM MEREMBAT DUIT RAKYAT-MANA POLIS DAN SPRM

Sandiwara terbaru skandal ‘lembUMNO’ bernilai RM250 juta menyaksikan ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail diheret ke mahkamah atas dua pertuduhan kononnya menipu Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Perkembangan terbaru itu sekaligus telah menyelematkan Mohamad Salleh yang juga suami kepada Datuk Seri Sharizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita Umno Malaysia.

Shamsulbahrin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shamsubahrin Ismail Resouces Sdn Bhd bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pengakuan Shamsulbahrin itu dibuat di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain petang Jumaat lepas.

Shamsulbahrin, 45, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, dibenarkan bebas dengan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah mengarahkan beliau menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 31 Januari tahun depan.

Isteri Sharizat mengaku ditipu ileh Shamsulbahrin ketika membuat proses pembayaran perkhidmatannya di sebuah restoran dekat Bukit Tunku sekitar 6 petang pada 20 November lepas.

Tidak cukup dengan itu, Shamsulbahrin ditahan pada 21 Disember lepas atas dakwaan cuba menyogok beberapa pegawai kanan polis yang mengendalikan siasatan NFC dengan wang berjumlah kira-kira RM1.7 juta bagi mengelak daripada ditahan.

Shamsulbahrin masih lagi ditahan reman sehingga dibicarakan di Mahkamah pada Jumaat.

NFC mencetuskan kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober mendedahkan penyelewengan duit rakyat dikaitkan dengan kemewahan suami dan anak-anak keluarga Sharizat.

Itu, belum termasuk pendedahan pihak oposisi mengenai pembelian kondo mewah di Bangsar, Kuala Lumpur dan terbaru di Singapura yang mencecah jutaan ringgit.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru memulakan siasatan, itupun selepas skandal ini riuh di Parlimen, media alternatif hatta pelbagai lapisan masyarakat.

Skandal berprofil tinggi itu telah mendorong beberapa pemimpin Umno BN termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri memberi isyarat supaya Sharizat melepaskan jawatan dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta parti Umno.

Sharizat dalam reaksi terbaru berkata, “”siapa Menteri Umno yang tidak bermasalah?”

Difahamkan, reaksi itu ditujukan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Seri Noh Omar.

Sumber : DI SINI

No comments: