DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, November 19, 2011

SUAMI SHAHRIZAT AKHIRNYA BERSUARA TETAPI CERITA LEMBU TETAP PELIK

Oleh : Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle

Suami Menteri Wanita Shahrizat Jalil akhirnya telah membeli 2 buah unit kondo mewah di Bangsar setelah menerima RM 250 juta untuk projek ternakan lembu Malaysia.

Setelah berita tersebut tersebar, beliau telah menyepi selama beberapa hari dan akhirnya memecah kesunyian untuk mempertahan bahawa beliau tidak menyalahgunakan dana yang datang daripada rakyat itu. Bersama beliau adalah peguam Umno popular Shafee Abdullah, yang kehadirannya sahaja sudahpun kelihatan seperti memancarkan aura bersalah.

Logik cerita suami Shahrizat

Mengikut logik suami Shahrizat, anda boleh sahaja mendapatkan pinjaman berjuta-juta daripada kerajaan untuk tujuan projek yang akan memberi faedah kepada rakyat, kemudian anda bolehlah membelanjakannya sesuka hati. Anda boleh beli tanah di Yukon, yang semestinya akan naik harga 2-3 ratus tahun akan datang, melakukan ekspedisi cari gali berlian di Antartika ataupun membina terusan-terusan di Sahara untuk anak-anak Tuareg mandi manda.

Ataupun laksanakan sahaja apa jua idea yang mungkin sambil duduk di kafe-kafe di Bangsar memikirkan bagaimana anda boleh mendapat faedah daripada kerjaya politik pasangan anda..

Anda boleh juga melabur dalam hartanah, walaupun pada tahun 2008, kebanyakkan firma-firma gergasi dunia seperti Lehman telah mejadi bankrap disebabkan mereka percaya harga hartanah akan terus meningkat.

Pelaburan yang baik atau pecah amanah?

Mengapa kerajaan memberi kuasa penuh kepada NFC untuk menggunakan dana awam untuk tujuan yang selain daripada yang sepatutnya? Bukankah ia suatu pecah amanah?

Terdapat juga butiran yang mengatakan bahawa RM 800 000 telah digunakan NFC untuk wang perjalanan “Direktor” mereka dan mereka ini adalah anak Shahrizat. Salleh Ismail menegaskan bahawa mereka tidak menggunakan Kelas Pertama untuk perjalanan udara. Adakah mereka menggunakan Kelas Perniagaan menggunakan dana awam? Ini tidak boleh diterima! Kini, pegawai-pegawai eksekutif Syarikat multi national besar juga menggunakan kelas ekonomi untuk perjalanan mereka. Kemudian ada lagi penyalahgunaan lain misalnya, derma kepada ahli Umno dan wang yang dibayar kepada Shahrizat sendiri.

Lembu Segera

Salleh Ismail juga mempertikaikan laporan Ketua Audit Negara yang menolak projek NFC gagal. Walaubagaimanapun, Salleh mengakui membeli lembu-lembu dari Australia dan kemudian menjualnya semula. Ini sahajalah nampaknya yang NFC telah dilakukan. NFC memberi makan lembu sebelum ia dijual. Satu cara yang agak menghairankan untuk 'membangunkan' industri lembu Malaysia.

Dalam masa yang sama juga, Salleh telah membandingkan lembu pada pokok-pokok sawit, seolah-olah dalam sebuah puisi Lewis Carroll. Beliau juga menegaskan bahawa mereka akan 'menghasilkan 60,000 ekor lembu pada tahun 2015’ dengan cara yang sudah semestinya- membeli dari Australia

Lembu yang ditunjukkan dikaca TV kelihatan dalam keadaan yang sesak, di tempat berlumpur dan jelas sekali kelihatan tidak selesa dan sengsara. Mungkinkah Jabatan perkhidmatan veterinar pula yang perlu menyiasat NFC untuk penganiayaan haiwan serta pencabulan kebersihan sebagaimana SPRM perlu menyiasat NFC untuk rasuah .

Ia seolah-olah hanya RCI yang akan dapat menghilangkan semua persoalan- yang dilemparkan terhadap skandal NFC.

Mengapa tiada siapa yang bertanggungjawab?

Sekali lagi, kita kembali kepada persoalan yang kita lepas pandang.

Kenapa Kementerian Pertanian tidak berbuat apa-apa tentang skandal- skandal yang masih berlaku ini? Adakah Kementerian Kewangan sedang tidur di tempat kerja dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku?

Menteri Kewangan ialah Najib Razak, yang juga Perdana Menteri. Beliau harus dipersalahkan 2 kali ganda daripada pihak lain. Najiblah yang akhirnya perlu bertanggungjawab ke atas kemarahan yang dirasai oleh pembayar cukai di Malaysia.

Bagi Shahrizat Jalil, jika dia mempunyai mana-mana pemahaman tentang konsep akauntabiliti atau mempunyai sebarang rasa hormat, beliau akan meletak jawatan sekarang.Tetapi nampaknya itu tidak akan berlaku. Pernahkah kita mendengar mengenai Menteri BN yang berani mengambil tanggungjawab dan meletak jawatan?

Sumber : Malaysia Chronicle

No comments: