DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, November 19, 2011

KES PROJEK LEMBU KINI DISIASAT JSJK BUKIT AMAN



Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah memulakan siasatan termasuk kemungkinan wujudnya elemen pecah amanah atau penipuan berhubung pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta, yang dikatakan menggunakan wang Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang mengesahkan perkara itu hari ini, berkata antara lain pasukan siasatan akan memanggil mana-mana individu yang terlibat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

"Kita baru dapat laporan daripada SPRM semalam. Pengarah JSJK Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan pasukannya sedang meneliti laporan...(tengok) apa kesalahan dia... CBT (pecah amanah), penipuan dan sebagainya. Siasatan awal telah kita mulakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perwakilan asing di Malaysia, di Maktab PDRM Cheras di Kuala Lumpur.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain wujud dakwaan pembelian kondominium mewah di Bangsar yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merujuk kepada polis berhubung laporan pembelian kondominium itu dan mengklasifikasikannya sebagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah bidang kuasa SPRM seperti yang termaktub dalam Akta SPRM (ASPRM 2009).

Sumber : Malaysiakini

Ulasan :

Sharizat dan keluarga tidak perlu risau siasatan yang dilakukan oleh pasukan polis ini. PM dan TPM serta beberapa pemimpin UMNO termasuk menteri kata projek ini OK dan tidak ada sebarang bentuk penyelewengan dan berdaya maju. Lagi pun Sharizat adalah Ketua Wanita UMNO yang penuh taat setia tidak berbelah bagi menyongkong kepimpinan Najib-Rosmah (bukan pimpinan Pakatan Rakyat). Mereka sekeluarga boleh tidur lena di kondo yang baru mereka dibeli itu. Siasatan yang dijalankan oleh polis ikut formality sahaja dalam usaha membersihkan Sharizat dan keluarga. Proses ini sudah ramai para pemimpin UMNO lalui. Semua mereka selamat

Menarik juga ulasan yang dibuat oleh Khiry Jamaludin yang disiarkan oleh TheMalaysianInsider berhubung penyiasatan yang dijalankan oleh polis ini.

Saya amat percaya dan yakin bahawa rakyat Malaysia boleh membuat penilaian sendiri dalam menilai bermula dan kesudahan kes penyiasatan ini.

No comments: