DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, October 17, 2011

TAWAU & KALABAKAN….DALAM GENGGAMAN ANWAR?

BN Sabah perlu berada di landasan yang terbaik jika mahu memastikan kemenangan 100 % dalam PRU akan datang. Anwar nampaknya sudah meneliti satu persatu kawasan Parlimen di Sabah dan mula yakin bahawa beberapa kawasan Parlimen akan dapat dirampas daripada BN. Anwar yakin kerana beberapa petanda yang menunjukkan bahawa BN tidak sepakat dan bermasalah dalam meletakkan calon – Tawau dan Kalabakan adalah contoh yang paling nyata.

Anwar ketawa bila mendengar laporan PKR Sabah kononnya Koh Tsu Koon (Menteri Pengiring) sudah menyatakan minat meletakkan calon parti GERAKAN di kawasan tersebut. Apa asas pemerhatian Koh Tsu Koon? Winnable candidate dalam GERAKAN Tawau? Siapa? Kalaupun dia winnable candidate – GERAKAN itu sendiri bukan lagi WINNABLE party. Minta maaf cakap.

Koh Tsu Koon menggunakan kedudukan di JPM bagi memastikan PM mendengar keperluan GERAKAN. Tsu Koon menggunakan alasan keperluan GERAKAN bertanding di kawasan yang ‘luar jangka’ bagi menzahirkan kemenangan kepada BN. Sudah tidak ada modal lain?

Tsu Koon ini memang sudah menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan. Tidak ada keperluan pun Tsu Koon berada di dalam kabinet. Buat menghabiskan beras sahaja.

Keinginan Tsu Koon meletakkan calon GERAKAN di Tawau mengundang tawa Anwar dan pimpinan PKR. Mereka tahu betapa ‘desperate’ Tsu Koon untuk meletakkan calon GERAKAN – ketika mana dirinya sendiri pun tidak tahu akan terhempas di mana. Mana kerusi selamat untuk Tsu Koon?

UMNO Tawau nampak lebih solid dan bersungguh dalam memastikan kemenangan BN di Tawau. Anwar khabarnya sangat risau jika UMNO meletakkan Tawfiq di Parlimen; sekaligus meninggalkan Apas kepada calon lebih muda daripada Pemuda UMNO. Kalau ini direalisasikan; Anwar melihat kedudukan hampir mustahil untuk PR menawan Tawau. Namun, jika parti komponen lain – ianya akan memberikan advantage kepada Pakatan Rakyat.

Kalabakan

Demikian juga dengan Kalabakan. Mahu kekalkan MP yang lama? Sudah tua bah. Sudah tidak boleh berkhidmat dengan efektif lagi. UMNO perlu berani menukar pemimpin yang sudah tidak efektif.

Namun pada Anwar – Ghapur adalah penentu kemungkinan untuk PR menang. Kalau Ghapur masih bertanding – Anwar melihat peluang PR akan lebih cerah untuk menang. Bagi kerusi Kalabakan, mungkin UMNO perlu melihat calon ‘luar UMNO’ bagi menarik minat orang ramai. Anwar juga sedar dengan hakikat ini. Ruang sabotaj akan timbul dan menyusahkan. Ini semua akan digunakan oleh Anwar dan jentera PKR Sabah dengan sebaik mungkin.

* masalah PKR adalah ‘pool’ calon yang tidak mencukupi di Sabah. mereka yang wibawa cukup berkurangan. Anwar juga pernah menggelar PKR Sabah sebagai ‘problematic organization’ yang menyusahkan parti. kita sama-sama tengok cara Anwar mengatur jalan politik di Sabah. jangan underestimate ya….

Sumber : DISINI

No comments: