DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, October 17, 2011

AZIZ BARI PUN JADI REBUTAN PAS/PKR?


Memang menjadi rumours kuat di dalam UIAM bahawa Aziz Bari akan meletakkan jawatan dalam masa yang terdekat ini. Khabarnya, Aziz sudahpun memberitahu kalangan rakan-rakan rapat bahawa POLITIK akan menjadi jalan seterusnya buat beliau meneruskan perjuangan. Sementelahan merasakan perlantikan Rektor UIAM sebagai tidak berasaskan merit dan hanya disebabkan ‘know-who’; Aziz menyifatkan tidak ada sebab untuk dia kekal di dalam UIAM yang dibina oleh aspirasi kerajaan BN.

Malahan, dalam beberapa siri pertemuan dalaman antara Aziz Bari dan kelompok intelektual UIAM: Aziz Bari hanya memberikan tempoh 6 bulan untuk Rektor UIAM baru berkuasa. Selepas daripada itu, dia akan mengosongkan semula jawatan Rektor kerana tidak tahan dengan tekanan dalaman.

Kita sememangnya sedar, UIAM (GOMBAK, PJ, KUANTAN) adalah markaz kepimpinan baik untuk PAS dan PKR. Kedua-dua parti ini mendapat nikmat besar daripada kalangan ahli akademik dan pelajar UIAM. UIAM adalah ‘support-based’ yang mantap bagi PKR dan PAS.

Sewaktu ditanya oleh seorang rakan akademik UIAM – samada Aziz akan bertanding atas parti apa; jawapan yang diberikan sungguh menduga. ‘Ana boleh bertanding waima atas tiket DAP’. Steady.

Kita memang mengharapkan pseudo-academician seperti Aziz Bari membuang wibawa akademiknya dan terjun ke dalam politik sepenuh masa. Jangan tangguh lagi. Buat sekarang.

Aziz Bari tahu bahawa dia mempunyai ‘resistant’ yang sangat kuat di dalam PAS. Kritikan Aziz Bari kepada TG Hadi Awang adalah kemuncak – bahawa Aziz Bari sudah membina kumpulan musuh yang besar di dalam PAS.

Contoh, adalah kenyataan akhbar Tuan Ibrahim di atas desakan Aziz Bari agar Hadi meletakkan jawatan :-

17 Jamadil Awal 1432 H | 20 April 2011
Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004, dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi, berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya.

Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.

Aziz Bari tidak menolak kemungkinan bahawa dia akan bertanding di kampung halamannya di Sabak Bernam (PAS). Dalam masa yang sama, PKR juga menawarkan kerusi Parlimen Gombak kepada Aziz Bari (Azmin – Lembah Pantai; Nurul Izzah – Permatang Pauh).

Tak ramai intelektual seperti Aziz Bari yang boleh pilih antara PAS dan PKR. Hebat…

Sumber : DISINI

No comments: