DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, August 20, 2011

WAJAH SEBENAR PASUKAN POLIS KITA

Pasukan polis tugas utamanya adalah untuk menjaga keselamtan rakyat dan Negara, bukan melakukan perkara sebaliknya, tetapi apabila 5 orang konstabel didakwa di Mahkamah Sesyen atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan terhadap 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu, ia amat menghairan kerana dari nawaitu pengurusan tertinggi polis sampai ke bawah, ke prebet lapok pun mereka beria-ia benar menghalang himpunan BERSIH 2.0 dengan alasan untuk menjaga kenteraman awam, iaitu kelesaan kehidupan ramai rakyat, terhindar dari sebarang anasir pengacau.

Bukan setakat itu sahaja, seluruh aktiviti Pakatan Rakyat diganggu dan dipantau dengan tujuan yang sama iaitu bagi menjamin keselamatan awam tidak terjejas kesan isu-isu yang ditimbulkan oleh Pakatan. Contohnya ceramah-ceramah yang dianjurkan mengikut perlembagaan juga turut diganggu dan tidak dibenarkan (permut tidak dikeluarkan). Bagi mencapai matlamat tersebut, maka pihak penganju, penceramah malah perserta yang hadir untuk mendengar ceramah turut ditangkap. Ceramah PKR di Tapah 6 orang ditangkap dan lebih kurang 30 anggota polis berkampung di situ bagi menghalang ceramah tersebut dilangsungkan. Jadi, ia mengambarkan pasukan polis sangat prihati terhadap keselamatan rakyat, tidak mahu rakyat diganggu dengan isu-isu yang dibawa oleh Pakatan (PKR).

Amat malang, pada masa yang sama ada pegawai polis yang berkerjasama dengan UMNO. Contohnya, dalam kes video fitnah seks Anwar, pegawai kanan Polis sendiri, SAC 1 , Datuk Dr Abd Rahman Ismail yang berkempen (baca juga DISINI dan DISINI) memfitnah Anwar dengan menyatakan Anwar terlibat dalam video seks tersebut. Ucapannya itu disampaikan dalam satu seminar bertajuk “ISU-ISU KESELAMATAN NEGARA MASAKINI’ melalui 4 siri seminar yang melibatkan 2,000 warga pendidik di Kelantan.

Yang terbaru didedahkan, ada seorang pegawai polis (sebenarnya ramai lagi yang menjadi tukang kempen UMNO) Superintendendent Mohd Yusri bin Mohd Yunus, Pegawai Turus Ancaman Sosial PDRM Cawangan Khas Kedah berkomplot dengan para pemimpin melakukan brainwash ke atas para pelajar baru di universiti-universiti dan kolej-kolej tempatan supaya menyokong UMNO dan mengalakkan para pelajar membenci kepada Pakatan Rakyat. Dan bermacam-macam lagi kerenah pasukan polis yang kita tahu mereka lakukan dulu, kini dan selama-lamanya (kalau UMNO masih hidup) bagi menjamin kelansungan politik UMNO dalam Negara ini.

Sungguh pun begitu, moral dan akhlak para anggotanya semakin merosot teruk. Berbagai gejala negative melanda pasukan polis kita yang disiarkan oleh media tempatan, tetapi tidak ada tindakan tegas diambil ke atas mereka yang terlibat. Malaysiakini, contohnya melaporkan seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas 7 tahun dicabul oleh 11 anggota polis (kejadian berlaku pada tahun 2004), beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu. Pihak polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.

Teladan dari 2 insiden itu (dan lain gejala negative yang berlaku) mengambarkan bahawa bala dari Allah swt mulai menimpa ke atas pasukan polis kita yang mana persepsi rakyat terhadap kebolehpercayaan, pertanggungjawapan dan intergriti pasukan polis semakin hari semakin terukai. Kepercayaan rakyat terhadap pasukan polis semakin mengecil kesan dari tindakan pasukan polis sendiri. Apa yang dibimbangkan (sekiranya tidak dipulihbaikan) pada satu hari nanti pasukan polis kita tidak dihormati lagi seolah-olah sebagai patong bernyawa sahaja.

Oleh itu PDRM perlu segera kembali ke pangkal jalan. Jangan jadikan pasukan polis sebagai perkakas UMNO untuk terus berkuasa. Masih ada ruang untuk diperbailki.

No comments: