DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, August 5, 2011

PASUKAN POLIS MANGSA KERAKUSAN KUASA REGIM NAJIB LAKNATULLAH



PERSEPSI TERHADAP POLIS MEROSOT SELEPAS 9 JULAI

Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) menjangka perhimpunan 9 Julai lalu akan memberi kesan negatif orang awam terhadap pasukan polis.

Pengarah bidang keberhasilan utama negara (NKRA) bagi pengurangan
jenayah, Eugene Teh Yee berkata, ia akan menterbalikkan peningkatan dalam persepsi tersebut sejak tahun 2009.

"Ya, (tahap persepsi orang ramai terhadap polis) akan terjejas, tetapi mudah-mudahan kita boleh memperbaikinya," katanya kepada pemberita selepas taklimat media mengenai Program Transformasi Kerajaan di Petaling Jaya hari ini.

Antara sebab-sebab yang mungkin menjadi punca kemerosotan rating terhadap polis, katanya, ialah kecepatan perkongsian maklumat awam mengenai tindakan keras pihak polis pada hari berkenaan.Beliau berkata, gambar dan video diedarkan dengan serta-merta, tetapipolis mengambil masa beberapa hari untuk mengemukakan penjelasan mereka.

Cerita para saksi pula disiarkan di internet mengenai dakwaan keganasan pihak polis ketika kira-kira 15,000 orang memenuhi jalan-jalan di Kuala Lumpur, bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Kajiselidik yang dijalankan oleh PEMANDU pada bulan Mei menunjukkan 55 peratus daripada 2,000 responden puas hati dengan perkhidmatan

polis - meningkat daripada 35,8 peratus pada bulan Disember 2009.

Sumber : Malaysiakini.com

Sementara itu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menemui semua anggota polis yang didakwa bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas. Wakil dari BERSIH 2.0, Suaram, Tenaganita dan Peguam for Liberty, menyerahkan 17 video, 15 testimoni umum dan 17 testimoni khusus mengenai dakwaan gas pemedih mata di tembak ke dalam perkarangan

Hospital Tung Shin.

Selepas ini kita akan melihat satu lagi lakonan drama apabila semua anggota polis yang terlibat dalam insiden itu dipanggil untuk memberi keterangan, mereka hanya akan membaca skrip (teks) yang telah disediakan oleh pihak-pihak tertentu sepertimana mereka telah lakonkan dalam peristewa Perhimpunan 100,000 di Kebun Bunga pada tahun 2000 lalu.

Kasihan pasukan polis kita kerana dua tiga kerat pegawai tertinggi pasukan yang bertindak lebih kuah dari sudu, atau lebih UMNO dari UMNO demi mengejar pangkat darjat, kuasa dan wang.

Dari persepsi sebahagian besar rakyat menunjukkan bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap pasukan polis (juga system keadilan dalam Negara ini, RTM (dan lain-lain media di bawah kawalan UMNO), SPR, SPRM dan institusi-institusi awam lainnya) berperanan untuk menjaga survival UMNO dan pemimpinnya yang korup, bukan untuk kepentingan rakyat dan Negara.

Sudah tidak tempat lagi rakyat untuk mengadu. Apabila wujudnya pertembungan berkepentingan di antara rakyat dengan UMNO dan pemimpinnya, maka UMNO dan pemimpinnya diutamakan. Ini menunjukkan satu bentuk kezaliman kemanusiaan yang paling serious dan menandanya Negara ini akan hancur dan puak lain pula akan mengambilalih pemerintahan.

Pada saat itu, bangsa Melayu akan menjadi semacam rakyat Palestain. Tidak ada guna untuk menyesal lagi kerana semuanya itu kerana kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO yang kurop.

No comments: