DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, August 5, 2011

PAS SELANGOR TUNTUT PENJELASAN HASAN ALI


PAS Selangor menuntut penjelasan exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini sehinggalah laporanberkaitan diperoleh terlebih dahulu.

“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan JAIS dan mesyuarat dewan bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.

“Kita nak tengoklah apa bukti yang dia kata ada itu,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

JAIS sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Setakat ini, “kecuali satu” pihak, tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam, tambah Khalid.


Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid menegaskan, Islam menegaskan bahawa prinsip bahawa rumah ibadat mesti dihormati tidak kira apa agamanya sekali pun.

“Kalau hadir, (Datuk Seri) Najib (Razak) pun pergi ke Vatican bertemu Pope. Itu sebesar-besarnya gereja di dunia,” katanya sambil berhujah tindakan itu tidak boleh dijadikan kesimpulan sebagai proses memurtadkan Islam.

Tindakan tak beretika

Bagaimanapun, tegasnya, tindakan “masuk tanpa waran dan tanpa kebenaran” ke tempat suci tersebut haruslah dielakkan kerana ia juga dikira isu sensitif yang boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan antara kaum.

“(Insiden) ini hasil didikan dan pentarbiayahan BN selama ini. Nak tunjuk kuat, ramai, ada kuasa. Tetapi lebih penting tunjuk akhlak dan keperibadian mulia dan mampu hormati satu sama lain,” katanya.

“Saya baru balik dari Gaza. Di Gaza Israel ceroboh masjid ikut suka, kita bantah. Kita ada perasaan begitu. Saya rasa orang agama lain pun ada perasaan, pandangan sama. Pada pandangan PAS, tempat ibadat perlu dihormati,” katanya.

Berhubung serbuan JAIS kelmarin, Khalid berhujah, sekiranya terdapat individu melarikan diri sekali pun ia tidak bermaksud melakukan perbuatan salah.

“Biasalah, bila rempuh orang akan cuba lari. Mungkin dia rasa duduk (situ) pun kesalahan, (jadi) dia takut,” kata Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika dan kurang sopan.

“Pengalaman dulu JAIS pernah masuk surau dan masjid secara kurang beretika. Tetapi itu zaman dulu, tetapi terbawa (hingga sekarang) mungkin,” katanya.

Sumber : Malaysiakini.com

Ulasan :

Hassan Ali kata dia ada bukti Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya menjalankan kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam dalam majlis makan malam tersebut.

Sementara itu PAS Selangor meminta laporang lengkap dari Hassan Ali apa yang sebenarnya yang berlaku dan MB Selangor pula mengeluarkan larangan kepada semua anggota EXCO negeri itu supaya tidak membuat sebarang kenyataan berhubung serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja berkenaan.

Retatan peristewa ini mengambarkan bahawa sesuatu yang tidak kena dengan Hassan Ali ini dan jangan terkejut pada suatu hari nanti Hassan Ali akan berada di atas pentas UMNO menghentam kepimpinan dalam Pakatan Rakyat sepertimana yang dilakukan oleh Ezam Mohd Noor. Berkemungkinan besar mereka akan beradu tenaga, suara, strategi dan tektik bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor (sekiranya selepas PRU ke-13 nanti Pakatan masih berkuasa di Selangor dan UMNO masih kekal berkuasa di pusat).

Sama-sama kita tunggu drama ini selanjutnya. Apa yang perlu kita tahu ialah dalam politik tidak selamanya kawan menjadi kawan dan musuh kekal menjadi musuh. Ia senantiasa berubah mengikut suasana dan keadaan khususnya perkembangan politik semasa.

No comments: